27 Oktober 2014

- Kehilangan itu menyakitkan -

Assalamualaikum reader...

Kehilangan itu sesuatu yang menyakitkan. Siapa sanggup kehilangan insan yang disayanginya? Siapa tegar berjauhan dengan insan yang dicintainya? Pastinya nanti rindu akan bertandang, kan? Hurmmmm...

Kematian itu adalah satu kepastian. Semua orang tahu tarikh lahirnya tapi semua orang tidak ketahui tarikh kematiannya. Sebenarnya aku berentry pada petang ni hanyalah sekadar untuk meluahkan kesedihan dihati. Hurmmm kenapa? Sebenarnya aku baru sahaja kehilangan kakak sepupu yang paling rapat dengan aku pada pagi tadi. Mesti korang terfikirkan, dalam keadaan macam ni sempat lagi aku berblogging. Ya, masih sempat untuk aku berblogging. Kerna disinilah tempat untuk aku meluahkan segala apa yang terpendam. Aku lebih suka dan lebih selesa meluahkan segala yang terbuku dihati tanpa berkata-kata. Cukuplah hati aku menolong sambil jari jemari bertaip mengikut rentak hati.

Sedih, memang aku sedih. Tanggal 27/10/14, jam 5:38am aku kehilangan kakak sepupu yang paling rapat dengan aku. Dalam keadaan separuh sedar, aku menerima perkhabaran tersebut dengan muka yang terpinga-pinga. Hurmmm.. rasanya baru minggu lepas aku berbual dengan arwah. Kami rancak berborak di kenduri tahlil pakcik saudara minggu lepas..

Ya Allah, sesungguhnya apa yang berlaku pasti ada hikmahnya. Kepedihan hati yang aku rasai tidak terkata. Minggu lepas tanggal 19/10/14, jam 3:25am aku kehilangan pakcik saudara dan kini untuk hari ini aku kehilangan kakak sepupu pula. Sungguh, ujianMu datang bertimpa kepada kami, anak- beranak dan cucu cicit Haji Embong. Pakcik saudara aku meninggal disebabkan komplikasi jantung. Menurut kata doctor arwah terkena serangan jantung secara tiba-tiba sehingga menyebabkan pembuluh darahnya pecah dan meninggal. Arwah meninggalkan seorang isteri dan empat orang anak yang berumur dalam lingkungan sebelas tahun dan tujuh bulan. Dan kakak sepupu aku pula meninggal ketika ingin melahirkan anak keduanya. Ajal, maut, jodoh dan pertemuan di tangan Tuhan. Arwah meninggal bersama-sama anak yang dilahirkannya akibat perdarahan yang teruk. Hurmmm.. arwak meninggalkan seorang suami, seorang anak perempuan yang berusia dua tahun setengah, dan kami semua saudara maranya.

Sedih dihati tak siapa yang tahu. Aku cuba untuk kuat tapi airmata seakan mudah benar mahu menitis. Aku terpandang wajah umi arwah, sayu hati aku melihat mata kemerahannya, aku memandang suami arwah, sayu hati aku melihat wajah sugulnya, dan memandang anak arwah, sungguh hati aku tersentuh. Wajah polos Fatimah Al-Zahra yang tidak mengerti akan sebuah kehilangan itu membuatkan rasa sedih aku kian bertambah. Hurmmm.. sebak dihati tak terkata.

Semoga arwah ditempatkan dikalangan orang-orang yang beriman dan tenang disana..
dan semoga kami redha dan tabah dalam menempuhi dugaan dariMu, ya Allah.
Korang kalau free jemput TEKAN sini

5 ulasan:

  1. Baca entri ni pun dah sedih. Takziah ye dan saya harap awak bnyk2 bersabar. Sedekah banyak Al Fatihah pada mereka. Saya doakan semoga roh mereka dicucuri rahmat dan ditempatkan dalam kalangan orang beriman. Amin...

    BalasPadam

Take Note Bigfoot..1000 ♥