10 Oktober 2014

- Encik Idham & Cik Myra - PART 6

Assalamualaikum Reader..

Sewaktu aku sampai ke rumah orang itu, perasaan aku bertambah gementar. Tak tahulah kepada pada kali ini aku rasa begitu gementar dan berdebar-debar. Mungkin sebab aku sudah tahu gerangan empunya kediaman tersebut dan orangnya sungguh tidak aku sangka.
Tiba di ruang tamu aku melihat ada sedikit perubahan. Keadaan rumah tidaklah begitu semak-samun. Nampaknya seperti ada orang mengemas. Hmmm, pandai pula.  Nak menjaga hati aku ke? Apa hal pula mahu menjaga hati aku. Aku tak akan mudah terpengaruh dengan semua ini. Plastic belaka!
Selepas meletakkan beg galas ke atas sofa, aku menuju ke bilik tidur. Aku melakukan kerja-kerja mengemas seperti biasa. Cadar dan sarung bantalnya aku gantikan dengan yang baru. Selepas mengemas bilik, aku pergi ke dapur. Tergamam aku melihat ada bakul berisi bunga di atas meja makan. Bunga ros merah hati yang masih segar menjadi hiasan. Ah! Hati perempuan mana yang tidak cair melihat bunga secantik ini.
Perlahan, aku mengambil kad kecil yang terselit di celah kuntuman ros itu meskipun aku tidak pasti jambangan bunga ini untuk siapa sebenarnya.
            Anak babun gosok gigi, harap sudi terima bunga ni.
Oh, untuk aku rupa-rupanya. Cis, bodoh punya pantun. Tapi masih mampu buat aku tersenyum. Hmmm, pandainya dia mengambil hatiku. Ah! Ini yang lemah. Tanpa rasa terpaksa, senang saja aku mengambil telefon bimbitku dan menaip sesuatu.
            Anak babun pergi berkelah, terima kasih ajelah.
Cepat saja aku menekan Send pada nombor Encik Idham. Harap-harap dia dapat masej daripadaku. Setelah itu, aku mencium kuntuman tersebut. Kali terakhir aku menerima bunga sempena hari lahirku pada dua tahun yang lepas. Haikal yang berikan. Itupun sekuntum. Sekuntum itulah yang Haikal ungkitkan siang dan malam. Bodohnya aku. Selama ini, aku tidak sedar yang Haikal tidak ikhlas sebenarnya.
Selepas beberapa minit, kedengaran mesej.
            Anak babun makan cuka, Cik Myra suka?
Wah, melampau ini lelaki. Berani bermain SMS pada waktu kerja. Dia ingat syarikat itu datuk nenek dia yang punya ke? Aku terus menekan nombor telefon pejabat. Panggilanku dijawab oleh seorang lelaku yang memiliki suara yang tidak sedap. Sah, itu suara Amirul!
            “Encik Idham ada?” soalku terus.
            “Dia tak ada. Dia kat conference room.”
            “Okay, taka pa.” Aku menutup semula telefon bimbit dan laju menaip perkataan. Bermakna sekarang Encik Idham sedang berada di bilik persidangan. Seronok kalau dapat mengenakan dia ni.
            Anak babun makan Maggi, sukalah sebab orang yang bagi.
Kesianlah pada anak babun sebab sudah menjadi mangsa SMS kami. Tapi dia juga yang memulakannya dengan anak babun. Aku tersenyum sendirian sambil memandang bunga ros di dalam bakul itu. Kenapa perasaanku boleh menjadi begini? Kembang semacam, rasa sedikit selesa dan bungga-bunga merah yang selama ini subur dalam diri bagai hilang satu persatu.
Selepas beberapa minit, aku menerima pesanan ringkas daripada Encik Idham lagi.
            I’m sorry, okay… I’m really sorry.. I love you!
Migraine aku terus datang sebaik sahaja membaca masej tersebut. Mabuk tahap kronik ke Encik Idham ni? Dia sayangkan aku? Wah, nak terbalik agaknya dunia ini kalau Encik Idham sayangkan aku. Apapun alasannya, jangan kenang perkara yang lepas, Myra. Berfikiran terbukalah.
Aku termenung buat beberapa ketika sambil memandang jambangan bunga, pemberian Encik Idham. Aku jadi serba tidak kena. Tibatiba perasaan jadi lain macam. Perkara yang terbaik adalah memaafkan orang dan membuang perasaan dendam.
Aku memulakan tugas selepas itu dengan mengemas ruang tamu. Mengemop lantai merupakan kerja yang paling aku tak tahan. Rasa nak patah pinggang. Tak nak buat macam mana, daj menjadi satu tanggungjawab. Patah pinggang ke patah kaki ke, Alaskan jangan patah nyawa sudahlah.
Sedang melayan perasaan, tiba-tiba telefonku berbunyi. Tuan rumah dalam talian. Apa lagi yang dia nak? Nak menengking aku? Sama seperti ketika aku bekerja di pejabat dulu?
“Assalamualaikum encik.” Aku member salam.
            “Waalaikumussaam. Buat apa tu?” jawab Encik Idham dan terus bertanya. Nampak sangat aku mencuri tulang.
            “Sedang gosok baju encik.”
            “Hmm, nak saya hantar makanan?”
            “Tak payah. Lepas gosok baju encik ni, saya dah nak balik.”
            “Dah nak balik? Tak tunggu saya?”
            “La, tunggulah. Nanti saya hantar Myra balik rumah. Rumah Myra jauh juga, kan?”
            “Terima kasihlah encik. Saya boleh balik naik bas. Lagi pun tak jauh mana.”
            “Myra, janganlah macam tu. Saya memang nak hantar Myra balik.” Ada nada merayu di situ dan kedengaran seperti bersungguh-sungguh.
            “Encik, kalau encik cakap macam tu, saya hanguskan baju encik ni.” Aku mengugut. Aku tidak mahu terbeban dan rasa yang bukan-bukan. Semakin Encik Idham berubah perangainya, semakin aku berasa lain macam.
            “Kalau hangus, saya boleh beli baru. Baju saya boleh beli, tapi Myra saya nak beli di mana.” Suara Encik Idham bertambah gedik!
            “Eee.. Encik ni kenapa? Salah makan ubat ke?”
            “Kenapa pula? Tak betul apa yang saya cakap?”
            “Memang tak betul. Cakap yang pelik-pelik!.”
            “Tak ada peliknya, Cuma Myra saja yang tak faham dengan apa yang saya cakap ni.” Encik Idham tidak mahu mengalah. Dia juga yang betul.
            “Suka hati enciklah.” Aku menutup telefon bimbit. Aku mahu menyambung kerjaku dan mahu meninggalkan rumah ini dengan kadar segera. Tak senang aku nak duduk lama-lama di sini.
Belum sempat aku menyambung kerja, telefonku berbunyi lagi.
            “Encik nak apa lagi?” soalku. Tadi aku memang rasa hendak memaafkan dia, tapi kalau beginilah gayanya, aku tarik balik niatku itu.
            “Myra marah saya?” soalnya.
            “Saya bukan macam encik, nak marah orang tak tentu pasal.”
            “Habis tu, kenapa tutup telefon macam tu saja?”
            “Saya sibuk, saya nak buat kerja. Lagi pun saya malas nak dengar encik merepek yang bukan-bukan.” Selamba aku menjawab. Menang ya pun. Aku malas hendak mendengar dia merepek yang bukan-bukan.
            “Yalah, saya sedar siapa saya ni. Saya bercakap pun orang tak nak dengar.”
Eh, merajuk pula orang tua ni. Macamlah aku senang sangat nak memujuk dia. Lantaklah nak merajuk kea pa ke.
            “Okaylah encik, saya nak sambung buat kerja ni. Assalamualaikum.”
            “Waalaikumussalam.” Jawab Encik Idham.
Nak main drama dengan aku pula. Tak ingat ke dosa yang dia dah buat terhadap aku? Aku pun dia tak pernah pujuk, tiba-tiba nak aku memujuk dia pula. Banyak cantik muka dia.
            Selesai solah zuhur, aku meninggalkan rumah Encik Idham. Aku bercadang hendap merayap sorang-sorang ke Sunway Pyramid. Dah lama tak mencium bau komples membeli-belah. Bukan nak membeli apa-apa pun, Cuma mahu memcuci mata.
-------------------------------------------------
Dari tingkat satu ke satu tingkat di Sunway Pyramid aku tawaf. Banyak betul benda yang aku senaraikan, tapi aku hanya boleh membelinya kalau aku berkahwin dengan lelaki yang bergaji lima atau enam ribu. Kalau setakat seribu lapan ratus, kena fikir jugalah dalam empat atau lima kali. Bagi aku, perut lagi penting daripada semua benda itu.
            “Hmm, cari apa?”
            “Makkkk…” Aku separuh menjerit ketika ada orang bercakap betul-betul di telingaku. Rasa seperti hendak gugur jantung aku. Aku ingatkan lelaki gatal mana yang duk mengurat aku.
            “Encik nak tengok saya mati tergolek ke?” soalku sebaik sahaja terpandang wajah Encik Idham. Boleh lagi dia berbisik-bisik denganku di khalayak ramai. Hilang ingatan kea pa dia ni?”
            “Dari tadi saya ikut. Myra tak perasan ke?” soalnya sambil mempamerkan sekuntum senyuman. Senyuman yang Nampak lain. Serupa orang yang berasa gembira saja. Selama aku mengenali dia, aku tak pernah Nampak dia begini.
            “habis, encik jalan belakang saya, memanglah saya tak perasan.” marahku. Memang hilang semangat aku sebentar tadi. Kalau lelaku lain yang membuat perangai seperti tadi, memang aku hempuk dah dengan beg tangan.
            “Maaf, maaf,” kata Encik Idham sambil mengangkat tangan. Dia tergelak perlahan selepas itu. Tapi macam mana dia tahu aku merayap ke Sunway Pyramid ni?
            “Err, jom saya belanja Myra makan. Kebetulan saya belum makan tengah hari lagi.” Dia membuat mua merayu.
            “Pukul tiga encik belum makan tengah hari?” soalku.
            “Tak ada masa nak makan.” Jawapan seperti tidak jujur dikeluarkannya.
            “Masa makan tak ada, tapi masa merayap ada? Kalau MD tahu, mahu dia demam seminggu. Peerja kesayangan lari dari kerja.” Aku memerli.
            “Bukan merayap. Kebetulan nak beli barang sikit. Lepas tu ternampak Myra, jadi saya ikutlah dari belakang. Jomlah, lapar ni.”
            “Encik pergilah makan. Saya tak lapar.” Menipu kau, Myra. Perut awak pun dah bunyi semacam, mana ada makan apa lagi sejak tadi.
            “Eh, jangan banyak songeh, boleh? Saya tahu Myra pun lapar juga tu. Jom, kita makan KFC. Dah lama tak pekena KFC.”
Gila apa dia ni? Aku lapar nasi, kenapa pula dia mengajak aku makan KFC? Dia ni memanglah. Tak sensitive dengan ehwal keadaan betullah.
            “nak saya tarik Myra ke?” soal Encik Idham apabila aku masih berkira-kira lagi hendak menyumpah dalam hati. Geram betul. Buatnya dia main tarik-tarik, mahu orang cakap ada penggembaraan drama di sini.
Sampai di KFC, aku mencari tempat duduk dan Encik Idham pergi membuat pesanan. Aku memilih tempat duduk paling tengah. Sambil duduk aku memerhatikan Encik idham. Bagaimanalah aku bileh terlibat dengan lelaki tanpa perasaan ini. Ingatkan setelah aku berhenti kerja, aku boleh lari dari dia, tapi rupa-rupanya masih juga terikat. Terikat dan semakin rapat. Jelas tak bileh nak elakkan lagi.
Semakin aku pelik, kemeja lengan panjang berwarna kelabu asap yang dipakainya itu, aku jugalah yang menyeterikanya. Seluar berwarna hitam yang dipakainya itupun aku yang menyeterikanya. Aneh betu. Rasa tak masuk akal saja. Baru aku pberasa yang dunia ini tidaklah sebesar mana.
Encik Idham memusing badannya dan terus memandang aku. Aku juga memandang Encik Idham. Seketika pandangan kami bertaut. Marah itu masih ada, tetapi kenapa hanya tinggal separuh? Aduh, kenapa harus jadi seperti ini? Adakah aku sudah jatuh cinta sekali lagi? Jangan merepek Myra. Dia tu Idham, lelaku tanpa perasaan.
Aku kembali berlagak seperti biasa bila melihat Encik idham datang bersama dulang berisi makanan. Aku tidak mahu Encik Idham perasa apa-apa yang pelik pada wajahku.
            “Jadi macam mana kerja di rumah saya? Selesa”” soal Encik Idham sebaik sahaja dia duduk. Sekilas dia menjeling aku, kemudia dia menghulur burger dan minuman kepadaku.
            “Sangat memenatkan. Rumah encik besar sangat.” Nam mengutuk semak samun, seperti tak patut pula, jadi cukuplah perkataan besar itu mewakili perkataan yang berkenaan.
            “Mana besar. Kecil aje tu.” Encik Idham tersenyum.
            “Besarlah tu. Nak besar macam mana lagi. karang patah pinggang pula orang nak mengemasnya.” Aku membalas kata-katanya tadi sambil mengunyah burger.
            “Myra suka rumah saya?” Dia menjeling ke arahku.
            “Suka aje..” Laju pula aku menjawab.
            “Hmmm, nak tambah apa-apa?”
            “Maksud encik?” Serius aku tak faham. Nak tambah apa sebenarnya. Tambah burger ke> kalau burger, perut au terima aje. Tak ada hal punya.
            “Perabot dalam rumah saya tu. Nak tambah apa-apa ke?”
            “Rumah encik, suka hati enciklah.”
            “Saya mintak pendapat Myra saja. Tadi kata suka rumah saya.
            “Suka rumah encik, tak sama macam saya syka rumah saya. Rumah encik tetap rumah encik. Mana boleh jadi rumah saya.”
            “Apa salahnya anggap rumah Myra.:
            “Tak ada maknanya…”
Encik Idham tersenyum sambil mengunyah burger. Aku pun kembali mengunyah burger ayang yang ada di tanganku.
            “Emmmm, dapur tu nak ubag suai ke?” soal Encik Idham semula.
            “kenapa pula encik tanya saya? Saya mana tahu dalam bab-bab nak ubah suai.”
            “Myra bukan ke bakal jadi orang dapur saya? Kenalah mintak pendapat Myra.”
            “Apa, encik? Orang dapur encik? Encik cakap pasal apa ni?”
            “Saya sebut orang dapur ke ? Bukan saya sebut prang rumah saya ke? soal Encik Idham.
Aku terus menampar bahu Encik Idham. Mana tahu mabuk kea pa ke. kalau tidak, takkan merepek tahap teruk seperti itu sekali.
            “Merepek apa encik ni.” Aku bercakap dengan mulut yang penuh.
Encik Idham tergelak dengan kuat. Suka betul dia. Seperti aku sedang membuat lawak. Tiba-tiba dia menyapu bibirku dengan tisu. Nyasir aku nak tercekik.
“Pelan-pelan sikit makannya.”
Aku tak tahu nak berkata apa. Kalau boleh aku nak lari balik sekarang juga. Tapi badan seperti sudah terkena gam. Kamu serta-merta.
            “Hmmm, kenapa tak habiskan burger tu?” soal Encik Idham, sekaligus mematikan kebekuan aku. Aku mengangkat muka dan memandangnya. Ada sekuntum senyuman menghiasi bibirnya.
            “Cepat makan, nanti saya hantar Myra balik.”
            “Eh, tak payahlah. Lagi pun saya nak jalan-jalan lagi. tak puas cuci mata,” jawabku. Memang aku belum puas tawaf kompleks memberli-belah ini.
Encik Idham mengeluarkan beg duitnya dan menghulurkan beberapa wang kertas RM50 kepadaku. “Myra belilah apa yang Myra nak beli.” katanya lagi.
Aku sekadar memandang wany yang dihulurkan itu tanpa bersambut. “Ambillah, jangan nak rasa apa-apa” Encik Idham menolak-nolak wang tersebut ke arahku.
            “Banyak ini aje ke? Kalau banyak ni saya nak beli apa?” soalku. Aku malas nak tunjuk baik. Biar tunjuk mata duitan sikit. Baru dia tahu siapa aku sebenarnya.
Dia mengeluarkan pula kad kredit. “Nah, belilah apa yang Kasih nak beli.”
Aku memandang wajah Encik idham. “Encik betul ke ni?” soalku. Seperti tak percaya saja apabila lelaki tak ada perasaan ini begitu pemurah.
            “Betullah. Myra gunalah kad tu.”
Aku menolak kad kredit tersebut. “Saya main-main aje. Nak tengok encik jenis kedekut ke tidak. Encik simpanlah. Jangan murah hati sangat. Nanti muflis encik.” Aku memerli dia. Asal berjumpa perempua, dia terus memberikan kad kredit. Konon hebat sangatlah tu.
            “Myra gunalah. Tak pernah saya bagi kad kredit pada orang lain. Cuma Myra sorang.”
            “Terima kasihlah encik. Setakat ni saya tak memerlukannya.” Wang yang dihulurkan tadi aku tolak betul-betul di hadapan Encik Idham.
            “Kira ni sebagai bonos awak.”
            “Tak apalah encik. Tak payahlah nak beri bonos bagai.”
            “Kalau Myra tak ambil, saya cium Myra kat sini juga. Jadi sebelum saya buat benda memalukan, baik ambil.” Tegas suaranya sambil menolak semua wang kertas tersebut bersama kad kredit. Tidak seperti bergurau lagi.
Jadi untuk memendekkan cerita, aku ambil juga wang kertas dank ad kredit tersebut. Selepas ini aku akan kendurikan kedua-duanya. Kalau apa-apa berlaku kelak, aku akan bertepuk tangan. Silap banyaklah kerana menyerahkan kad kredit kepada perempuan.
            “Kan bagus macam tu.” Encik Idham tersenyum. Selagi boleh tersenyum, awak senyumlah. Takut nanti dah tak ingat bagaimana hendak tersenyum selepas ini.
Aku menyedut air dengan segera sebab di dalam kepala aku sudah beratur senarai benda yang hendak ku beli.
            “Okay sayang, abang pergi dulu.”
Tesembur terus air dari dalam mulut. Encik Idham selamba saja mengelam mulutnya dengan tisu. Dia menghabiskan minumannya kemudian bangun. Dia mengatur langkah tanpa memandang aku yang kelu seribu bahasa. Melampau betul dia memanggil aku sayang. Mulut memang tak ada insurans betul.

--------------- bersambung ---------------

2 ulasan:

  1. Sweetnya.... Encik Idham... Teringin nak jadi.macam dia. Citer ni.dah makin best gila. Saya tunggu sambunganya tau.

    BalasPadam

Take Note Bigfoot..1000 ♥