10 Disember 2014

- Pengalaman sebelum bergelar pelajar IPTA -

Assalamualaikum...

Hai readers, hai korang, hai semua, hai hai dan terus hai hai buddy. *Oich berapa banyak hai laaa..
Okay, sebenarnya niat aku berentry hari ini adalah untuk meluahkan sedikit keterujaan aku dalam mengira hari untuk sambung belajar. Hahahaaa.. teruja giler kowt. Teruja ke? Agaklah teruja sikit, tapi dalam teruja ada juga terselit rasa gusar. Kenapa aku gusar? Hurmmm.. entahlah !

Sebab pertama: Maybe sebab dah hampir setahun kowt aku tinggal tittle sebagai pelajar, so untuk kembali memegang tittle tu, terasa macam kekoklah pulak. Sebab kedua: Tak pun maybe sebab tempat study nanti nun jauh dari family. Yalah, kan aku dapat tawaran dekat Sepang, Selongor so jauhlah dari family tercinta yang bertapak di Terengganu ni sejak aku lahir lagi sehiggalah kini. Sebelum ni pun, habis jauh aku study setakat di Kuantan, Pahang aje kowt. Hihihiii tue pun tiap-tiap dua minggu sekali memang wajib aku balik kampung. Oichhh.. nanti mesti rindu family. Huhuuu.. Sebab ketiga: Hurmm.. nie first time aku akan jejak kaki ke Sepang. Dahlah untuk setakat ni aku tade geng lagi. Tapi apapun harap-harap nanti di sana segalanya dipermudahkan. Sebeb keempat: Maybe sebeb couse yang ditawarkan sedikit mencabar jiwa aku.

Medical cheak up. Untuk pengetahuaan u'all, tanggal 9/12/14, pertama kali seumur hidup aku pergi buat medical cheak up yang detil sedetil detilnya. Hahahaaaa, yalah mana tidaknya, sebelum nie untuk aku sambung study, pihak instituti hanya meminta untuk melakukan urien test aje kowt. Tapi berlainan untuk kali nie. Well, korang bayangkan.. tanggal 9/12/14 jam 8:00am aku dah siap terpacak depan kaunter pendaftaran Hospital Sultanah Nur Zahirah Kuala Terengganu (HSNZ). Kononnya datang awal sebab tak nak berebut-rebut dan tertunggu lama-lama tapi berlainan pula ceritanya last sekali. hari itu, hari yang paling mencabar jiwa dan kesabaran aku. Okay, settle mengisi borang yang diperlukan, aku pergi dari satu tempat ke satu tempat, masuk dari satu bilik ke satu bilik dan menunggu dengan penuh ketidak kesabaran.  Bayangkan dari klinik mulut, terpaksa berkejaran ke klinik mata, dari klinik mata perlu pulak berkejaran untuk urien test, dari urien test harus pulak berkejaran ke bilik pengambilan darah, dari bilik pengambilan darah harus pulak terkejar-kejar ke bilik untuk cheaking BMI dan akhirnya rest sekejap sementara menanti jam 2:00PM untuk pendaftaran dan x-ray pula. Apapun alhamdulillah segalanya dipermudahkan. Settle juga medical cheak up aku untuk hari tersebut. Tapi tanggal 16//12/14 nanti, sekali lagi aku perlu ke HSNZ untuk proses pengambilan urien test (dadah) dan temujanji dengan doktor handsome. Hahahahaaa.. Macam-macam kerenah dan ragan yang aku jumpa. Ada doktor yang peramah, ada doktor yang berlagak sombong, ada staff nurse yang peramah ada staff nurse yang garang nak mati! Giler, memang menguji keimanan aku. Dalam apa aku bersabar, mulut tak lepas dengan bebelan. Apapun thanks pada Noor Hafiza Yatie Ruslan, sebab sudi temankan aku sehari suntuk. 

Alhamdulillah, settle dua step sebelum tarikh lapor diri aku. Untuk saat nie, aku sedang bertungkus lumus menyediakan segala bagai dokument dan borang-borang yang diperlukan untuk proses Permohonan bantuan Persediaan ke IPTS/IPTA, Yayasan Terengganu. Untuk makluman semua, pihak kerajaan Negeri Terengganu ada menawarkan tajaan/bantuan pendidikan untuk anak-anak Terengganu melanjutkan pelajaran. Untuk maklumat lanjut, sesiapa yang berkenaan bolehlah melayari Borang Permohonan bantuan Persediaan atau Yayasaan Terengganu Keutamaan diperikan kepada anak Terengganu yang menetap di Terengganu.

Okaylah, rasanya dah panjang lebar aku meluahkan apa yang terbuku dihati untuk petang ni. Jari jemari pun dah letih menari di atas keyboard. Kepala pun dah hampir ketandusan idea dan hati pun dah hampir tergelincir lalu merapu-rapu, so sebelum aku melalut plus merapu-rapu rasanya better aku stop berentry untuk setkat ni sahaja. Kepada reader, kawan, sahabat, sayang dan musuh tercinta, doakan perjalanan aku untuk kembali bergelar seorang pelajar dipermudahkan ya. InsyaAllah nanti terasa nak berentry aku akan kembali berentry di lain hari dan lain tarikh berserta dilain masa. Assalamualaikum.



4 Disember 2014

- Kembali bergelar pelajar -

Assalamualaikum...

Hai reader..
Rasanya dah berkurun aku tak menjengguk masuk blog nie, kan? Huhuuu.. entah apa berita terbaru korang, aku sendiri tak tahu. Ok takpe, nanti aku follow up korang satu persatu, ye. Janji! heheheee..

Sebenarnya malam ni aku tergerak hati nak buka blog sebab aku nak share berita gembira kat dalam ni. Huhuhuuu.. aku berjaya sambung belajar lagi. Ye, aku sambung belajar. Couse apa? Dekat mana? Couse 'Chargeman' . Aku ditatawarkan sambung belajar di Institut Kemahiran Tinggi Sepang, Selangor.

Mesti ada yang tertanya-tanya, apakah itu 'Chargeman'. Kan? 'Chargeman' ataupun dalam bahasa bonda 'Penjaga Jentera Elektrik'. Oichhh sekali dengar macam pelik aje, kan? Hihiiii sebenarnya aku apply couse nie, setelah aku berjaya menamatkan couse 'Wireman' pada awal tahun aritu. Nak dijadikan cerita, memang dari zaman sekolah lagi aku dah plan. Aku nak dapatkan 'Wireman', 'Chargeman', dan seangkatan dengannya yang lebih tinggi lagi. Maybe ada yang memperlehehkan kemampuan aku. Ye, laaa.. aku ni gurl tapi berangan ambik couse yang dimonopoli oleh kaum lelaki, kan? Hahaaa peduli apa aku dengan kata-kata yang langsung tak membantu aku untuk terus mencerahkan masa depan aku. Alhamdulillah, aku maju setapak lagi dalam misi mengejar cita-cita aku. Hurmm... aku tahu couse 'Chargeman' lebih rumit dari couse 'wireman'. Kalau dulu, couse 'wireman' memanjang ada matematik, sistem kira-kira. Rasa-rasanya dalam couse 'Chargeman' mesti lebih rumit lagi matematik dan sistem kira-kira yang ada. Hohohohoooo... dari zaman sekolah sampai lah zaman IPT, aku dan matematik, add math, mamang tak dapat dipisahkan. tak sangka pulak, dalam dunia elektrik nie penuh dengan pengiraan. Penuh dengan sistem nombor-nombor. Tapi takpe, semua tue tidak akan sama sekali mematah atau melemahkan semangat aku. InsyaAllah, aku akan lebih bersemangat. 

Sebenarnya, aku tak sabar nak memulakan kelas. Tak sabar nak masuk kelas. Tak sabar nak pergi kelas pakai baju kurung. Heheeee... bayangkan selama dua tahun aku study 'Wireman'. Dua tahun dunia aku dibaluti jeans, t-shirt dan jaket bengkel. Huhuuu kekadang rasa teringin sangat nak pakai baju kurung bila nampak pelajar-pelajar couse lain pergi kelas berpakaian baju kurung dengan selendang belit-belit bagai. Oichh... tapi aku tak mampu sebab couse aku memang lebih selesa berjeans. Lebih selamat sebenarnya. Apapun, pengalaman dua tahun digelar pekajar 'Wireman' telah pun selamat aku habiskan. Huhuuu.. selepas nie, akan aku lalui dan kutip pengalaman digelar pelajar jurusan 'Chargeman' pula selama dua tahun setengah. InsyaAllah, semoga segalanya dipermudahkan.


Kawan-kawan, doakan segala urusan aku dipermudahkan, ye. InsyaAllah seandainya tiada arah melintang, aku akan melaporkan diri pada tanggal 05/01/2015, jam 9:30AM, bertempat di Institut Kemahiran Tinggi Sepang.