29 September 2014

- Encik Idham & Cik Myra - PART 1

Assalamualaikum Reader..

Aku? Tak tahulah apa yang tak kena. Ada saja salah aku di mata dia. Sehari tak marah aku, gamaknya tidak serupa orang. Nak kata aku ni tak cantik, di dalam ofis ni ada lagi yang tak cantik. Pening aku memikirkan perangai separa harimau bos aku. terfikir juga aku nak berhenti kerja, tapi zaman sekarang susah nak dapat kerja. lagipun sudah hampir lima tahun aku kerja dekat sini. Cuma enam bulan kebelakangan ni, tekanan yang aku terima agak melampau. Itu pun semenjak Encik Idham dinaikkan pangkat dan ditugaskan menjadi bos aku.

                     "Macam mana awak buat kerja ni, hah? Semua jumlah salah! Awak buat kerja pakai mata ke tidak?" Encik Idham menghempas fail biru di atas meja aku kemudian dia mengcekak pinggang. matanya bulat memandang aku bersama renungan tajam yang sudah menusuk jantung.

Hampir aku menangis bila ditengking sebegitu di hadapan pekerja-pekerja yang lain. Tak bolehkah bercakap dengan elok? Ya, aku sedar aku ni cuma seorang kuli tapi aku pun ada perasaan. Ikutkan hati yang marah, memang ada yang habis dengan aku hari ini. Semakin melampau. tak teragak-agak langsung nak maki hamun orang. Ikut sedap mulut dia saja. Sabar Myra, tradisi timun dan durian, tergolek lagu mana pun timun juga yang sakit. Jadi tahan telingan dan tahan perasaan.

                    "Semua salah! semua tak betul! Saya belum pernah jumpa pekerja sebebal awak ni. Awak ni pernah pergi sekolah ke tidak?" marah Encik Idham lagi.

Aku tunduk. malas hendak menentang wajah lelaki bajet bagus. Tiba-tiba saja mataku terasa pedih. Besar benarkah kesalahanku sampai aku diperlakukan sedemikian rupa?

                    "Selagi benda ni tak siap, awak jangan balik. Saya mahu semua laporan ni siap dan mesti ada atas meja saya pagi esok," arah Encik Idham tanpa belak kasihan langsung. Perlahan aku mengambil semula fail berwarna biru dan Encik Idham terus beredar ke bilik pejabatnya.

                   "Kau ni tau buat kerje ke tak Myra? takkan kerja macam ni pun kau tak boleh buat. Memalukan bahagian jualan sahaja." Murni bercakap dari tempat duduknya. Pedih juga telinga mendengar tapi aku sabarkan hati dan perasaan.  Aku tidak mahu bergaduh. Karang elok-elok boleh balik, terus tak boleh balik. Ikutkan, kalau nak ajak aku bergaduh, aki boleh aje. Jangan dipelawa.

                    "Kita orang balik dulu ya, Myra. lain kali kerja tu buat betul-betul. Jangan buat syarikat ni macam tok nenek kau punya." Murni ketawa kecil. Konon dia hendak buat lawak, tapi bagi aku, Murni itu sedang menyindir aku. Murni sedang menyakiti hati aku yang sedia sakit sejak dimarahi tadi.

Encik Idham muncuul ketika semua pekerja bahagian jualana di syarikat yang membekalkan alat-alat ganti kereta jenama luar negara itu sudah pulang. Tinggal aku yang tak pulang-pulang lagi.

Hah! dah nak balik? bagus. Cepatlah berambus. Mata aku pun dah cukup sakit melihat lelaki yang seorang ini. Sombong ya amat. Kalau dia tidak suka aku, seribu kali aku tak suka dia. Sebesar hati kuman pun aku tak suka. Tapi yang peliknya, Encik Idham tak terus meninggalkan pejabat. Dia duduk di tempat Irfan yang bertentangan dengan mejaku.

Tepat pukul 7:30 malam, aku bangun. Nak solat maghrib sekejap.

                    "Nak ke mana?" soal Encik Idham. Dia memandang aku dengan jelingan tajam. Garang semacam.

                    "Solat," jawabku sepatah. Dia ingat aku nak lari balik ke? Aku tahu akan tugas aku yang belum selesai..

Aku bergerak menuju ke bilik rehat yang terletak bersebelahan pejabat jualan. rasa cukup penat. Seketika aku duduk di kerusi yang disediakan untuk melepaskan rasa penat yang sudah tidak tertanggung. Macam-macam yang aku rasakan saat ini dan akhirnya aku nekad. Aku mengaku kalah. Kesabaran aku  hanya cukup sampai di sini. Sebab aku seda, aku tidaklah sesabar mana dan tidaklah sebaik mana untuk menerima kemarahan orang setiap hari.

Aku bangun untuk berwuduk. Selesai solat maghrib, aku kembali ke pejabat. Aku lihat pejabat jualan kosong. Bermakna Encik Idham sudah pulang. Aku menarik nafas lega. Bolehlah aku bekerja dengan aman. Tapi perasaan legaku tak sampai mana apabila Encik Idham muncul semula. Encik Idham meletakkan sebungkus burger McDonald's bersama sebekas air di atas mejaku. Huh! Tak balik lagi rupanya. Ingat dia dah balik. Kemudian dia ke bilik rehat. Nak solat agaknya.

Aku hanya memandang sebungkus burger dan sebekas air itu dengan hujung jelingan. Sudah Puas aku dihambur degan makinan, kini ada hati nak memujuk hati aku pula? Mintak maaflah. Tak ingn aku menjamahnya. Kalau perasaan aku sudah tercalar, susah hendak pulih semula. Pujuklah degan apa cara sekalipun, perasaan aku tetap tak akan berubah.

Tidak lama selepas itu, Encik Idham keluar dari bilik rehat. Rambutnya yang lurus nampak basah. bermakna dia memang baru selesai solat. Tangan baju kemejanya juga sudah dilipat paras siku, Sewaktu dia lalu di hadapanku, dia menjeling sekilas. Cepat-cepat aku memunduk. Karang dia kata aku syok dekat dia pula. Lagi parah. Selap banyaklah aku nak syok dekat dia. Ceh!

Dia menutup komputer Irfan sebelum melangkah ke biliknya, Ah, amannya dunia. Barulah selesa handak membuat kerja. Kalau tidak, terasa seperti dperthatikan saja.

Aku menyelesaikan kerjaku degan cepat. Akhirnya siap ketika jam menunjukkan pukul 10:30 malam. Bergegas aku bangun dan berjalan ke arah bilik pejabat Encik Idahm. Aku mengetuk pintu terlebih dahulu. Terdengar suaranya dari arah dalam memberi arahan agar aku masuk.

          "Saya dah siapkan laporan yang encik nak tu," kataku sambil meletakkan fail berwarna biru ke atas mejanya. Selepas itu, aku terus meninggalkan bilik pejabat Encik Idham tanpa menunggu dia bersuara. Bergegas aku mengemas barang dan sebelum aku meninggalkan mejaku, aku meninggalkan sesuatu di dalam laci. Esok biarlah menjadi satu kejutan. Biar lelaki bajet bagus tu tahu siapa aku sebenarnya. Cukuplah selama enam bulan ini dia memaki hamun aku sesuka hatinya. Aku tak akan biarkan diriku menjadi mangsanya lagi. Tengoklah esok.

Burger dan juga minuman aku biarkan saja di atas meja. Tidakku ubah langsung kedudukannya. Itu sudah menunjukkan yang aku tidak langsung menyentuk pemberiannya. Tanpa bertangguh lagi, aku bergerak meninggalkan pejabat dengan kadar segera.

Keadaan di luar bangunan syarikat terasa sepi. Bangunan setinggi lima tingkat itu tidak semeriah waktu siang. Aku mula berasa sedikit gerun dan mula teringatkan kejadian pelik yang dialami oleh beberapa kakitangan yang lain. Ah, sebenarnya tiada makhluk yang lebih menakutkan daripada lelaki bajet bagus itu. Mengingatkan lelaki yang memegang status mr.perfect selama empat tahun berturut-turut itu, hati aku lebih berasa sakit. Dia selayaknya memegang status mr.arrogant, tak pun encik bajet bagus. Mr.perfect konon. Nak muntah hijau aku mendengarnya.

          "Naik!" arah Encik Idham tiba-tiba apabila dia muncul dengan kereta Honda City berwarna hitam. Separuh jiwaku melayang sebab terkejut. Ini semua gara-gara mengutuknya, sehingga aku tidak sedar dia sudah berada di hadapanku. Tapi aku buat-buat tak mendengar arahannya. Aku masih melilau, menanti kehadiran teksi. Di dalam pejabat aku memang pekerja dia, tapi di luar pejabat, dia tiada hak terhadap diriku. Minta maaflah. Aku lebih rela berjalan kaki dari menumpang keretanya.

Aku ternampak Encik Idham keluar dari keretanya kemudian melangkah menuju ke arahku. Kebetulan waktu itu, ada sebuah teksi berhenti di hadapanku. Aku terus masuk ke dalam teksi dan langsung tidak pedulikannya. nasiblah!.

Aku turun dari teksi betul-betul di hadapan rumahku. melayang juga RM14. Sebaik saja aku menolak pintu pagar, sebuah kereta berhenti betul-betul di hadapanku. Cepat-cepat aku menoleh. Encik Idham? Dia mengekori teksi yang aku naiki tadi? Gila meroyan ke apa Encik Idham ni? Asyik menyusahkan hidupku saja. Encik Idham meluru keluar dari kereta dan menarik tanganku kasar.

          "Encik ni kenapa"" soalku sambil menolak tangannya, juga dengan kasar. Tak pasal-pasal pula menurun peangai tak betulnya. Cukuplah di pejabat saja, jangan terbawa-bawa ke luar pula. Kini, di depan rumah aku pula dia masih berani lagi. Karang aku campakkan dia masuk ke dalam taong sampah baru padam muka. Ingat aku tak berani ke nak buat semua tu?

          "Awak faham bahasa ke tidak?" soalnya dengan suara sedikit kuat.

          "Encik, tolong hormat sikit. Sini kawasan rumah orang, bukan dalam hutan. Kalau dalam hutan bolehlah encik terjerit-jerit macam tarzan." Aku bercakap degan berani.

          "Tadi saya suruh awak naik dengan saya, kenapa awak tak nak?' soalnya degan nada yang tidak jauh bezanya daripada tadi.

          "Encik susah hati ke kalau saia tak naik degan encik?" Sekarang aku sedikit pun tidak berasa takut sebab ada sepucuk surat di dalam laci yang bakal menjawab segalanya, jadi aku tidak perlu bersusah hati lagi.

          "Memanglah saya susah hati. Buatnya pemandu teksi tu apa-apakan awak, macam mana??" soal Encik Idham. terdiam aku seketika.

          "Kalau saya mati sekalipun, tak ada kena-mengena degan encik." Aku menarik puntu pagar. Malas rasanya hendak melayan lelaki bajet bagus tanpa perasaan itu. Menyakitkan hati saja.

          "Awak masih di bawah tanggungjawab saya. Siapa kata saya tak ada kena-mengena degan awak?"

          "Dahlah, encik. Baik encik balik saja. tak payah nak tunjuk hero pula kat sini. Lagi pun, saya kuli encik kat pejabat saja, kat luar saya bukal lagi urusan encik. Tak perlulah nak tunjuk sikap budiman encik." Geramnya. Nak berpura-pura ambil berat pasal aku pula.

          "Saya minta maaf kalau sikap saya selama ini kurang menyenangkan. Saya tak sengaja."

          "Mana encik belajar, marah orang tu perbuatan yang tidak sengaja?" Aku tersenyum sinis. Meluat. Pelik betul. Boleh lagi dia berkata perbuatannya yang memarahi aku selama ini adalah perbuatan yang tidak disengajakan.

          "Saya tak sengaja nak marahkan awak, okay. Faham sikit cakap orang." Suara Encik Ihdam masih sama. Dasar tidak sedar diri.

          "Suka hati enciklah, sengaja atau tak. Apa kena-mengenak dengan saya? Dahlah. Kalau nak tunjuk suara kaat encik, tak payahlah nak ikut saya sampai rumah." Aku menendang pintu pagar dengan kuat tanda tunjuk perasaaan. Biarlah. Dia ingat aku takut? Jangankan pintu pagar, dia sekalipun aku berani tendang. Aky mengatur langkah laju menuju ke halaman rumah.

          "Myra!" Encik Idham menjerit memanggil namaku. Aku terus buat tidak peduli. Malas nak memandang wajahnya lagi. Selamat tiggal ex-boss!

          "Apa hal?" Iza yang baru sampat terus bertanyaku. Masing-masing mencari kunci rumah.

          "Orang gila," jawabku.

          "Orang gila pakai tali leher? Lawaklah tu.: Iza bantai gelak. Nak saja aku belasah Iza. Tapi disebabkan dia anak kepada tuan rumah yang aku menumpang sekarang, maka aku cuna bersabar.

           "Segak juga orang gila tu." Iza tak habis lagi memuji.

Segak? Hilang ingatan ke apa cakap lelaki itu segak.

          "Cepatlah buka pintu," Aku menengkingnya.

          "Marah pula. Pakwe dah hantar balik, marah-marah lagi."

          "Kau kalau tak nak esok buat gigi baru, baik jangan cakap apa-apa lagi." Aku memberi amaran sebab sudah hilang sabar.

          "Tak faham betullah dengan kau ni." Iza menolak pintu rumah. Masa itulah aku mendengar bunyi enjin kereta yang meninggalkan pintu pagar. Tahu pun nak balik ke rumah sendiri.

 Kami berebut masuk ke dalam rumah.

          "Stok baru dah sampai?" Iza bertanya kepada aku.

          "Stok apa?"

          "Yang tadi tu."

          "Weh, aku tengah penat ni."

          "Serius, yang tu memang aku berkenan. Mungkin taste aku yang putih-putih kot." Iza tergelak. Kalau tak mengusik aku, memang tak sah. Sabar ajelah.

          "Aku tak nak cakap apap-apa. Aku tengah bengang ni. Siapa nak guna bilik air dulu?" Aku bertanya. Kepala aku sedang berserabut. Iza mengajak aku bergurau pula. Karang degan dia sekali aku maki.

          "Kaulah. Aku penat sangat ni."

Aku mengatur langkah ke bilik. Aku tak nak fikir apa-apa lagi. Aku mahu hidup dengan senang meskipun aku sedar aku bukanlah orang yang senang, Sekurang-kurangnya biarlah aku hidup dengan senang hati.

---bersambung...

6 ulasan:

  1. Nice blog gan,, blogwalking nya jalan terus..

    BalasPadam
  2. Ini cerpen rekaan ke atau kisah benar? Kalau ni cerpen, ceritanya sangat bagus tapi kalau ni kisah benar, saya dah lama berhenti kerja tu. Huhu. Tak tahan saya dapat boss dan kawan sekerja yang kurang ajar macam tu. Cepat cepat la sambung cerita ni ye...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Nie sekagar cerpen jep.. Tapi rasanya maybe ada kowt yang hadapi situasi macam nie... Huhuuu... InsyaAllah nanti ada sambungannya...

      Padam
  3. Balasan
    1. jemput laa terus membaca ye... InsyAllah nanti akan disambung lagi.. :)

      Padam

Take Note Bigfoot..1000 ♥