8 September 2014

- Mr.Sunshine -

Mr.Sunshine..
Aku tak pasti kau anggap aku kawan atau lebih dari seorang kawan. Kadangkala aku sendiri keliru dengan sikap dan perwatakan kau. Waktu kau ada couple dulu, akulah tempat kau meluahkan masalah. Tiap suka duka bersama couple kau cerita kat aku. Reaksi aku ? aku dengan dengan senang hati. Bila kau putus dengan couple kau, pun kau cerita kat aku. Hati aku sayu bila dengar kau bercerita sambil menangis. Hurmmm bertapa kau sayangnya kat dia. Hampir tujuh bulan kau membujang lepas putus dengan dia, dan kita semakin rapat. Sepanjang 7bulan tue, kau sentiasa ada disisi aku. setiap pagi kau 'wish good morning' , setiap tengah hari kau mesti tanya 'awak dah lunch ke belum' , setiap malam kita mesti on call dan kau akan wish 'good night' kat aku.

Mr.Sunshine..
Masa kian berlalu, tanpa sedar aku hanyut dengan perasaan aku sendiri. Bila kau menyepi aku resah , bila kau menghilang aku tercari , bila kau merajuk aku yang haru. Apakah erti semua nie ? aku mula sayangkan kau ! aku sayangkan kau ! tapi kau anggap aku tak lebih dari seorang kawan. Hurmmm.. dalam diam kau kian rapat dengan seseorang. tanpa aku sedar, kau kembali memegang tittle 'taken'. Ternyata kau dah berpunya , kau milik dia bukan aku. Dari hari ke hari , kita kian renggang. Tiap pagi aku tertunggu khabar kau , tiap tengah hari aku menanti pertanyaan kau , dan tiap malam aku tertidur dalam penantian panggilan kau. Ternyata kau kian berubah tapi aku setia menunggu hingga kini.

Mr.Sunshine..
Hampir dua bulan kau menyepi dari aku, setiap panggilan aku tak terangkat dan setiap masej aku tak berbalas. Aku kuatkan hati dan belajar terima hakikat bahawa aku dah kehilangan kau even sebagai seorang kawan. Hari-hari aku lalui dengan menyibukkan diri dalam setiap tugasan yang ada tapi kenapa saat aku hampir mampu melupakan nama kau, dengan tiba-tiba kau muncul balik. 

Mr.Sunshine..
Tahu tak hati aku sakit ? tahu tak hati aku terasa dengan sikap kau ? tahu tak ? kau cari aku balik disebabkan nak mengadu tentang dia. Oich kau gaduh dengan dia so baru cari aku . Kau ada masalah dengan dia baru ingat aku. Terbaik ! memang aku sentap dengan perangai kau. 

Mr.Sunshine..
Seandainya kau baca coretan nie , aku nak kau tahu bahawa aku sayang kau tapi aku tak pasti aku sayangkan kau sebagai apa. Memang aku terasa sakitnya bila kau bersama orang lain tapi dalam masa yang sama aku masih tak mampu hapuskan rasa sayang yang pernah hadir dalam hidup aku untuk insan yang telah melukakan hati aku hingga saat nie. Pernah aku berjanji dulu bahawa biarlah dia cinta terlarang terakhir yang aku sayang dan aku taked untuk kotakan janji tue tapi bila munculnya kau , aku menjadi blur..

Mr.SunShine..
Apapun aku doakan kebahagiaan kau. Semoga kau sentiasa gembira disisi orang yang kau sayang, apapun yang berlaku kau tetapi kawan aku. Kaulah kawan yang paling giler pernah aku ada..oren.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Take Note Bigfoot..1000 ♥