27 Oktober 2014

- Kehilangan itu menyakitkan -

Assalamualaikum reader...

Kehilangan itu sesuatu yang menyakitkan. Siapa sanggup kehilangan insan yang disayanginya? Siapa tegar berjauhan dengan insan yang dicintainya? Pastinya nanti rindu akan bertandang, kan? Hurmmmm...

Kematian itu adalah satu kepastian. Semua orang tahu tarikh lahirnya tapi semua orang tidak ketahui tarikh kematiannya. Sebenarnya aku berentry pada petang ni hanyalah sekadar untuk meluahkan kesedihan dihati. Hurmmm kenapa? Sebenarnya aku baru sahaja kehilangan kakak sepupu yang paling rapat dengan aku pada pagi tadi. Mesti korang terfikirkan, dalam keadaan macam ni sempat lagi aku berblogging. Ya, masih sempat untuk aku berblogging. Kerna disinilah tempat untuk aku meluahkan segala apa yang terpendam. Aku lebih suka dan lebih selesa meluahkan segala yang terbuku dihati tanpa berkata-kata. Cukuplah hati aku menolong sambil jari jemari bertaip mengikut rentak hati.

Sedih, memang aku sedih. Tanggal 27/10/14, jam 5:38am aku kehilangan kakak sepupu yang paling rapat dengan aku. Dalam keadaan separuh sedar, aku menerima perkhabaran tersebut dengan muka yang terpinga-pinga. Hurmmm.. rasanya baru minggu lepas aku berbual dengan arwah. Kami rancak berborak di kenduri tahlil pakcik saudara minggu lepas..

Ya Allah, sesungguhnya apa yang berlaku pasti ada hikmahnya. Kepedihan hati yang aku rasai tidak terkata. Minggu lepas tanggal 19/10/14, jam 3:25am aku kehilangan pakcik saudara dan kini untuk hari ini aku kehilangan kakak sepupu pula. Sungguh, ujianMu datang bertimpa kepada kami, anak- beranak dan cucu cicit Haji Embong. Pakcik saudara aku meninggal disebabkan komplikasi jantung. Menurut kata doctor arwah terkena serangan jantung secara tiba-tiba sehingga menyebabkan pembuluh darahnya pecah dan meninggal. Arwah meninggalkan seorang isteri dan empat orang anak yang berumur dalam lingkungan sebelas tahun dan tujuh bulan. Dan kakak sepupu aku pula meninggal ketika ingin melahirkan anak keduanya. Ajal, maut, jodoh dan pertemuan di tangan Tuhan. Arwah meninggal bersama-sama anak yang dilahirkannya akibat perdarahan yang teruk. Hurmmm.. arwak meninggalkan seorang suami, seorang anak perempuan yang berusia dua tahun setengah, dan kami semua saudara maranya.

Sedih dihati tak siapa yang tahu. Aku cuba untuk kuat tapi airmata seakan mudah benar mahu menitis. Aku terpandang wajah umi arwah, sayu hati aku melihat mata kemerahannya, aku memandang suami arwah, sayu hati aku melihat wajah sugulnya, dan memandang anak arwah, sungguh hati aku tersentuh. Wajah polos Fatimah Al-Zahra yang tidak mengerti akan sebuah kehilangan itu membuatkan rasa sedih aku kian bertambah. Hurmmm.. sebak dihati tak terkata.

Semoga arwah ditempatkan dikalangan orang-orang yang beriman dan tenang disana..
dan semoga kami redha dan tabah dalam menempuhi dugaan dariMu, ya Allah.
Korang kalau free jemput TEKAN sini

25 Oktober 2014

Dua Hari Satu Malam 'terindah'

Assalamualaikum Reader...

Alhamdulillah, saat nie aku masih lagi berpeluang untuk bertaip taipan di ruangan ni. Hurmm rasanya dah beberapa hari aku tak singgah menjenguk, kan? Maklumlah sejak beberapa hari kebelakangan nie banyak sangat kerja yang tertanggu kat opis tu. Tertunggak gara-gara sikap sesetengah pekerja yang suka membuat kerja disaat-saat akhir, contohnya aku. Hahahaaa...

Okay, tutup cerita yang tidak berkenaan itu. Sebenarnya aku menulis disaat nie degan hati yang happy walaupun sedikit kepenatan. Kenapa aku happy? Kenapa aku kepenatan? Hahaaa aku happy sebab aku dapat menghabiskan masa selama dua hari satu malam dengan sahabat yang aku sayang. Dan aku kepenatan kerana sepanjang dua hari satu malam tu, kami menjelajah menerokai hampir keseluruhan pelusok bandar Terengganu. Ishhh.. bayangkan kami redah panas dan hujan semata-mata nak berjimba.. lalalalaaa

Okaylah, aku pun malas nak bertaip panjang berjela so apa kata korang cuci mata dgn sedikit gambar yang sempat kami rakamkan sebagai kenangan bersama..

Yeyeeehhh..Hahahaa dalam kereta sempat lagi kami posing..
Kimchi!!! Cakkkk.. si cantik tudung coklet tu #Moyang a.k.a Kak Oyienz
dan si comel yang semangat pakai seatbell tue pulak #Embak a.k.a fatin.
Hahaa dan yang muncung ala-ala muncung itik tu #Nenek a.k.a akulah!
Hurmmm #Opah aje yang tade dalam ni, sebab dia tak dapat nak join untuk
percutian kali nie.

Kimchi!! Cakkk.. setelah penant lelah panjat tangga akhirnya
kami sampai juga ke Bukit Puteri. Walahhh, bila duduk kat atas Bukit Puteri
ni, korang akan nampak sebahagian kawasan istana dan
bandar Terengganu.. Cantik sangat permandangan kat atas ni.

Penat mendaki tangga, kita pekena air segera dulu. Olalalalaaa, niat dihati kami sebenarnya
nak menghayati permandangan dekat sini lama-lama tapi memandangkan tiba-tiba cuaca bertukar,
maka kami pun terpaksa ubah plan. Risaulah juga, dengan kilat dan guruh, tiba-tiba hujan renyai
pulak dipetang hari.

Kimchi lagi!!!. Nampak tak background dekat belakang tu.
Itulah sebahagian kawasan di #Masjid Kristal.

Kimchi lagi!!! Gambar yang atas tue, kami snap pada sebelah petang
dan yang berdua posing tengah jalan tu pulak, kami
snap pada malam hari. Lawa pulak cahaya tanglung tu..

Cakkk! Kami berada di #Lorong Payang di #Kampung Cina berdekatan #Pasar Payang
Semangat giler kowt kak oyienz snap pic. Hahaaa muka serius habis kaw.!

Olalalaa kepenatan! hilang dah sedikit tenaga. Kami sekarang berada di #Lorong Chowkit.
Di lorong nie terdapat tulisan-tulisan cina yang lama dan ada sebahagian perkakas
zaman dahulu senja.Nampak tak pondok yang disebelah fatin? Itulah pondok telefon
pada abad ke berapa entah. dan si batu besar tempat aku menongkat dagu tu
pulak, sebenarnya itu adalah tempat simpanan surat. 

Senyum... Snap! Nampak tak background kami? Itulah #Masjid Kristal.
Kebetulan waktu kami datang, ada sepasang hamba Allah tengah menjalankan urusan
Akad nikah. So kami pun tumpanglah sekaki menghayati nasihat yang disampaikan
oleh Tok kadi buat pasangan pengantin tu. Apapun masih sempat untuk kami bergambar.

Smile.. cakk.. lagi di sekitar #Masjid Kristal. Waktu ni orang tengah berpusu-pusu
keluar dari masjid sebab majils akad nikah baru je habis. Apapun semoga pasangan pengantin
tersebut bahagia dipanjangkan jodoh, Amin.

Cakkk! Hahhaaa inilah hasilnya, kami tangkap gambar menggunakan camera poloried.
Alaaa camera yang versi Korea punya tu.. Bila kita tangkap, terus keluar gambar terus.

Kimchi...! ini pulak kami di #Pantai Teluk Ketapang. Nikmat giler kowt angin petang
dekat sini. Korang nampak tak myvi putih kat belakang tu?
Hahaa itulah transport yang banyak berjasa kepada kami. Olalalaaaa
Myvi putih hak milik Kak Oyienz (:

lagi sekali Kimchi!!! Sempat lagi kami posing berbeca..
nampak tak background? itulah suasana #Pasar payang :)

Cakkk! Akhirnya dapat juga kami posing dekat signboardnie..
Hahaaa inilah bukti bahawa kami pernah datang ke sini..

Kimchi lagi!!! Okay, dan ini pulakk tempat makan malam kami.. #D'Ganu Cafe
yang terletak di #Pulau Duyong. Dekat sini paling popular masakan Steamboat.
So untuk malam tu kami makan steamboat sambil menghayati siaran langsung
bola sepak, Kedah lawan Pahang. Hahaa nampak tak muka serius Fatin?
Alaa biasalah kak Oyienz dan fatin kan warga Pahang so diaorang mestilah menghayati bola tu
dengan bersungguh-sungguh. Hahahaaa tiap kali bola masuk goll, dengan selamber aje dyornag bersorakkk..
Oh ya lupa nak bagitahu, sebenarnya si fatin dan kak oyien nie memang hantu bola. So tiap kali ada perlawanan
pahang menantang apa-apa aje, comfrem muka diaorang akan terpacak dalam Stadium Darul Makmur tu.
#Nota Hati : Aku happy sebab dapat hang out dengan kesayangan-kesayangan aku. #Moyang #Nenek #Opah #Embak.. itulah panggilan manja diantara kami. Pada aku merekalah sahabat, merekalah adik, merekalah kakak pada aku. Sesungguhnya mengenali mereka merupakan satu rahmat buat aku. Biarpun kini kami hampir dua tahun sudah kami meninggalkan zaman kolej, namun ikatan persahabatan tetap untuh diantara kami. Walaupun jarak kami berjauhan namun wechat, whatsApp, twitter, instagram dan sebagainya tetap mendekatkan kami. Apapun semoga persahabatan kami berkekalan hingga sehingga ke Jannah, Aamin.

18 Oktober 2014

- Cinta Stadium Terakhir -

Assalamualaikum reader...

Tuhan, perubahannya semakin terlihat dimataku
Salah apa diriku, ku semakin merasa jauh
Mungkinkah rasa sayangku tak lagi bererti untuknya
Tuhan, aku sangat menyayanginya
Aku disini akan selalu menunggumu
Sampai bila pun aku akan menunggumu
Walau hati ini selalu kau sakiti
Kerana yang aku inginkan hanya kamu
Kembalilah, duhai kekasihku
Teruskan kisah yang telah terhenti
Ingatlah janji kita untuk saling setia
Walau aku tahu ini berat bagimu..



Take Note : Rasa sayang yang hadir jauh di dasar hati aku bukanlah satu permainan. Rasa cinta yang kian utuh kewujudannya bukanlah satu perjudian. Seharusnya kau bersyukur akan rasa cinta dan sayang yang aku tujukan untuk diri kau. Bukannya kau membalasnya dengan janji-janji palsu  dan menyakitkan hati aku. Sedarlah, ucapan sayang itu bukanlah satu kebiasaan yang aku tuturkan. Hanya yang teristimewa sahaja yang mendengar kata keramat itu terbit dari bibir aku. Mungkinkah bagi kau sayang itu tidak lebih sekadar dibibir dan langsung tidak terkesan dihati? Tolong, jangan pernah samakan aku dengan insan-insan yang pernah kau kenali. Jangan pernah bandingkan aku insan-insan yang pernah kau sayangi dan melukakan hati kau. Nilailah kehadiran aku dari suatu sudut positif. Anggaplah kehadiran aku merupakan sesuatu yang teristimewa di hati kau. Tolong, tolong jangan pernah menyakiti hati aku yang telah retak ini. Tolong jangan biarkan sama sekali hati aku pecah berderai..

16 Oktober 2014

- Tempe ibu -

Assalamualaikum reader...


Tau tak bila kita mimpi, mimpi kita tu selalu mengarut-ngarut. Sekejap kita tengah makan pisang ditepi pantai then tetiba kita tengah berenang cari timun laut dengan Lee Hong Ki. Hahahaaa tak masuk akal langsung!

So malam tadi abang mimpi arwah mak abang iaitu Cik Hanim. Jalan cerita simple aje. Masa tu abang tengah lepak dalam bilik kat Sussex ni then tetiba ada orang datang ketuk pintu.

Bukak-bukak, tengok mak abang datang bawak sepeket tempe! Haha tak tau apa signifikasinya tempe tersebut.

Then kita orang lepak-lepak, borak-borak sampailah abang terjaga.

Lulz. Then bila tengok jam pagi tu, abang ternampak yang hari ni 14 hb 10. Which means dah genap sebulan abag kat tempat orang. And sepanjang sebulan tu abang tak pernah post apa-apa pasal CIK Hanim kat mana-mana. Mesti dia sentap lettuw. Hahahaaa...

Anyways, mak, orang tak lupa pun kat mak. In fact, pagi sebelum orang fly ke Uk, orang gigih cari bunga ros untuk mak. Sampai ke depan Batu Caves orang cari.

Then orang pegi rumah mak dan letak bunga ros tu depan pintu. Siap snap gambar lagi. Hahahaa

Orang dah terpikir nak upload gambar tu lama dah tapi tak berani. Sebab orang tau yang orang akan sedih time tulis caption.

Don;t worry, orang ok aje kat sini. Makan pakai semua cukup. Cumanya kadang-kadang ada teringat kat mak. Kalau mak ada lagi, mesti mak dok sibuk suruh cucu-cucu  tolong bukak skype sebab nak tengok orang, kan? Hahahaa

Thanks lah sebab melawat orang kat Sussex ni Thanks juga for that tempe. Hahahaa Oklah. Orang nak sambung tengok dunia. mak jaga diri kat sana. Al-fatihah :)

P/S: One of my greatest fears is happening. Abang dah makin lupa suara mak abang..


Take Note : Tengah-tengah meroyan dalam twitter tadi, tiba-tiba terasa idea muncul, maka terhasillah 'Tempe Ibu'. 'Tempe Ibu', sketsa kehidupan yang sering kali kita alami. Kata orang mimpi itu mainan tidur. Kata orang mimpi itu adalah petanda sesuatu yang akan berlaku. Dan kata orang lagi mimpi itu adalah petanda yang sesuatu perkara itu pernah terjadi dalam kehidupan kita. Entah! berapa puluh orang yang berkata-kata. Apapun fikir dan fahamilah sendiri. Belajarlah tafsir mimpi-mimpi yang dialami. Tapi jangan terlalu tabsub dengan segala mimpi-mimpi. Ada juga orang berkata, apabila kita sangat rindukan seseorang sehinggakan kita termimpikan dia, maka sebenarnya dia juga sedang merindui kita. Benarkah? Wallahualam..
 korang kalau free jom TEKAN sini

- Kami kembali berjauhan, aku sedih -

Assalamualaikum reader...

Hai korang ! sihat? Good! Tak sihat? Padam muka! Hahahaa tade lah, cepat-cepat pergi telan ubat sebelum nak blogging, okay. Huhuhuuuu.. korang nampak tak tajuk kat atas tu?

Nampak ke tidak tajuk yang kat atas tu? Kami kembali berjauhan.. Mesti korang terfikirkan apa maksud tajuk aku tu.. Olalalaa sebenarnya esok (arini laa 16/10/14) abang kesayangan aku akan berangkat kembali ke Labuan. Labuan tu, jauh nyaaaaa... Sobb sobb sobbbb !_! katanya esok pagi flight 8:30Am dari Kuala Terengganu ke KLIA, then jam 11:00Am dari KLIA ke Labuan.

Rasanya macam sekejap aje, padahal dalam tak sedar hampir tiga bulan dah pun berlalu. Maknanya hampir tiga bulan sudah abang kesayangan aku tu ada dekat rumah. Hurmm.. nak dijadikan cerita, petang semalam tengah syok-syok kita orang berborak dengan family dekat ruang tamu. Tiba-tiba along (abang kesayangan aku) bukak topic perantauan dia. Katanya, pihak company dia dah panggil balik ke Labuan. Perhhh, senyap kejap aku dengar berita tu. Maknanya lepas nie tade dah geng aku nak buat gaduh dekat rumah. tade dah geng untuk aku ajak teman kuar bershopping. Oichh tidak..

Kekadang aku terfkir juga, kenapalah along tu kerja jauh sangat ea? Kenapalah sampai ke Labuan perginya semata-mata tuntutan kerjanya? Kenapalah dia tak stay aje dekat company di Kemaman tu? Kenapa sampai perlu ke Labuan. Oichhh.. persoalan yang aku tak ade jawapan sebenarnya. Tapi bila difikir-fikirkan balik, nak buat macam mana, dah memang rezekinya di sana. Nak tak nak, haruslah dia ke sana juga, kan? hishhh..

Tadi aku ada tolong menyibuk waktu along packing barang-barang dia. sempat jugak aku bertanya, bila lagi dia akan balik. Katanya maybe awal tahun depanlah kowt. Makkk aikk lambat lagi nak tunggu dia balik. hurmm entah.. malas dah aku nak bertaip.. kepala dengan blur + sedih + celaru + tak mampu nak berfikir..


Take note : Kepala tengah serabut, otak tengah celaru dan hati tengah sedih time aku bertaip-taip mencipta entry nie. Hahaaa aku pun sebenarnya tak tahu dan tak berapa nak faham apa yang aku tulis. Entah! malas aku nak baca, aku just taip dan terus taip apa yang terkeluar dari kepala time nie. Aku menulis sekadar untuk melepaskan rasa sedih yang bersarang dihati. Sedih sebab along akan kembali berjauhan dari kami untuk sekian kalinya dalam satu jangka masa yang lama. Apapun aku doakan perjalanan along selamat dan dipermudahkan. Semoga along selamat pergi dan selamat balik. Kami kat sini akan menunggu kepulangan along lagi. Huhuuuu kalau along baca entry nie mesti dia perli aku rapat-rapat. Hahaa dia tak berangkat pun lagi aku dah tunggu kepulangan dia. Nanti dia dekat sana berbulan-bulan macam manalah ye. Apapun semoga segalanya dipermudahkan. Bak kata along, "Along ke sana untuk mencari rezeki, even terpaksa berjauhan dari family tercinta dan tunang tersayang. Apapun jangan risau nanti balik along akan pastikan kek lapis Sarawak dan chocolate dari Labuan special untuk insan-insan yang along sayang". Apa-apa ajelah along, semoga along selamat dan dipermudahkan segalanya, Aamin. We love you!

14 Oktober 2014

- Encik Idham & Cik Myra - PART 7

Assalamualaikum Reader..

Sebenarnya aku malas nak pergi, tapi Nani asyik mendesak. Apabila aku teringatkan Murni dan haikal, aku berasa seperti tidak mahu berjumpa dengan sesiapa lagi. pasti orang menuduh aku berhenti kerja disebabkan Haikal. Mesti ada yang cakap aku sedang kecewa sangat kerana putus cinta. Jadi nak tak nak aku kena juga tunjukkan muka. Aku harus memberitahu kepada semua orang yang kehidupan aku langsung tidak terjejas dengan fenomena tersebut.
Jamuan perpisahan konon, tapi sebenarnya jamuan untuk meraikan ketiadaan aku di pejabat itu. Huh! Pasti kini mereka berasa gembira. Tapi aku terkejut juga apabila ternampat Encik Idham turut serta dalam jamuan itu. Buang tabiat pula ke? Selalunya, dia mana pernah nak ikut sama dalam acara seperti ini. Jauh sekali nak keluar dengan anak-anak buah. Dia kan bajet bagus!
            “Orang yang kita tungu-tunggu dah sampai.” Nani menyambut kedatanganku dengan senyuman manis. Kata-kata aluan yang tak berapa suka aku nak dengar. Masing-masing memandang aku termasuklah Murni. Muka Murni lain macam sahaja. Muka orang bersalah mestilah seperti itu.
            “Dah lama tunggu?” Aku bertanya oun sebab nak memaniskan muka. Karang mereka kata aku sombong pula.
            “Baru juga lagi.” Ryan menjawab, mewakili yang lain. Aku duduk bersebelahan Nani dan Tajul, berhadapan dengan Encik Idham dan Irfan.
            “Hmmmm, dah dapat kerja baru?” soal Nani. Cis, bukan nak tanya aku  baik ke tidak, kerja baru aku pula yang sibuk ditanyanya.
            “Dah.” Aku menjawab selamba dan terus memandang muka Encik Idham. Encik Idham juga memandang aku. Kalau Encik Idham membocorkan rahsia, aku tak teragak-agak membelasah dia di sini juga. Aku tak kira. Apa nak jadi, jadilah.
            “Kau dapat kerja apa?” Tajul pula bertanya. Aduhai, nak jawab apa ni? Aku dah berasa bingung dan bengang.
            “Dah buat pesanan?” Encik Idham bertanya tiba-tiba. Garang dan tegas. Kalut Nani dan Murni melihat buku menu. Akhirnya soalan Tajul tadi, tidak dihiraukan lagi.
            “Kau nak makan apa, Myra?” soal Nani pula.
            “Aku tak tahu. Aku tahu makan aje sebab kau orang yang nak belanja aku makan, kan?” Aku menjawab dengan selamba. Sebenarnya aku nak mengetuk mereka cukup-cukup tapi disebabkan bos dia orang ada, maka aku biarkan saja. Kau orang bernasib baik pada hari ini.
Ketika Nani,Murni,Tajul dan Irfan kalut membelek buku menu, aku dan Encik Idham kalut bermain acara renung merenung. Dia mengangkat kening sekali kemudian tersenyum. Tak guna. Buat aku sakit hati saja.
            “Eh, kau kerja kat mana tadi?” Tajul bertanya sekali lagi.
            “Berapa company sana bayar awak?” Encik Idham bertanya dengan suara serius seperti hendak memotong soalan Tajul. Dia ni nak menyelamatkan aku atau nak memotong kepala aku?
            “Bolehlah..” Aku menjawab sepatah.
            “Awak kerjalah semula dengan kita orang. Saya akan minta HR naikkan gaji awak.” Selesai saja Encik Idham berkata-kata, semua mata memandang Encik Idham.
            “Terima kasihlah. Saya rasa selesa di tempat baru walau gajinya tidaklah sebanyak mana. Yang penting saya gembira dan langsung tak susah hati.” Aku menjawab dengan selamba. Tak susah hati? Erk, ayat yang cukup menjengkelkan.
            “Betul ke?” soal Encik Idham. Tahu dah, pasti akan keluar soalan memerli tu. Macamlah aku tak faham.

            “Haah..” Senafas aku menjawab.
            “Sebenarnya antara ramai-ramai ni, awak yang terbaik.” Encik Idham berkata dengan suara agak perlahan. Sah-sah yang lain terperanjat sebab Encik Idham menyebut di depan mereka. Memang berani gila betullah dia ni.
            “Sebab itu bila awak tak ada, saya betul-betul rasa kehilangan. Hanya awak saja pekerja yang mampu memenuhi kehendak saya. Yang lain tak standing awak. Saya harap awak dapat kerja semula dengan saya.” Aku tersenyum tawar mendengar pujian dan tawaran Encik Idham. Maaf, tak berminat.
            “Yalah Myra, kau tak ada memang tak best.” Nani mencelah. Gaya cakap lain macam saja. Seperti memerli Encik Idham pun ada.
Selepas itu, makanan yang dipesan oleh Nani dan gengnya pun sampai.
            “Hari ni saya belanja sempena Myra bakal menyertai team kita semula,” kata Encik Idham tiba-tiba. Aku mengangkat muka dan terus memandang muka Encik idham. Encik Idham langsung tak memandang aku sebaliknya dia tersenyum nipis sambil memedang pinggannya.
            “Saya tak cakap pun nak kerja balik.”
            “Tak payah nak belit-belit cakap. Makan ajelah.”
Tak puas hati aku dengan dia ni! Rasa seperti sekarang juga aku nak pergi ke kompleks membeli belah dan membelanjakan ribuan ringgit dengan kad kreditnya. Biar putih mata dia dan biar dia diisytiharkan muflis. Susah betul nak faham perangain dia. Sekejap seperti mat romeo, sekejap pula seperti mat Bangla yang tak faham bahasa. Pening, pening.
Selepas makan, Encik Idham meminta diri terlebih dahulu. Katanya ada urusan. Tinggallah kami menghabiskan makanan yang terhidang.
            :kau kerjalah balik, Myra. Kami dah bosan dengan perangan Encik Idham tu. Setiap kari ada aje yang tak kena. Habis satu opif dia amuk,” kata Tajul dengan gayanya yang lembut seperti memujuk aku.
            “Jadinya kalau aku masuk balik kerja, aku sorang sajalah yang kena maki. Itu yang kau nak sangat, kan?” Aku membalas selamba.
            “Tahu taka pa,” kata Tajul sambil tergelak. Tak sudah-sudah lagi dia ni. Suka sangat menyakat aku.
            “Alah, dah perangai dia macam tu, nak nak diapakan lagi. buat pekak sudah.” Nani menokok. Hanya Murni yang tidak bersuara sedari tadi. Senyap dan sunyi. Seperti mulut sudah tertinggal di rumah saja.
            “Memanglah boleh buat pekak. Tapi makan dalam.” Tajul menokok. Waktu itulah aku menerima pesanan ringkas daripada Encik Idham.
Balik cepat
Amboi. Ingat aku orang rumah dia ke nak bagi amaran bagai. Agak-agaklah. Cepat saja aku membalasnya.
            Tak senang!
Nasiblah! Aku tak takut pun dengan dia. Aku menyambung makan.
            “Hmmmm, entah-entah Encik Idham minat kat kau tak?” soal Tajul tiba-tiba. Tersedak aku dibuatnya. Melampau betul.
            “Weh, agak-agaklah.” Aku menjeling tajam ke arah tajul.
            “Ah! Tak ada masa dia nak suka kat aku. Aky tahu sangat taste lelaki macam Encik idham tu.” kata Murni. Aku terus memandang Murni sebab suara Murni sudah lain macam. Ada nada kurang senang. Berani pula dia bersuara. Ingatkan tadi nak diam seperti tikus mondok sampai balik.
            “Sebenarnya lelaki ni lain sikit. Kadang-kadang kami tunjuk rasa minat kami terhadap seseorang gadis tu dengan cara yang berbeza.” ujar Irfan lalu meneguk minumannya.
            “Tak ada maknanya, dia nak minat Myra,” kata Murni lagi. Minah ni kenapa? Meroyan ke apa? Asyik mencari pasal saja dengan aku.
            “Hmmm, aku pun tak harap dia sukakan aku…” Aku menjawab dengan gaya gedik. Saja aku nak biarkan Murni cemburu. Entah apa-apalah mereka ni. Suka sangat fikir benda yang bukan-bukan.
            “Sebabnya, dia macam tarik perhatian kau aje.” Irfan tak sudah lagi meneka.
            “Betul tu. Aku sokong pendapat kau, Irfan. Lepas kau berhenti, dia macam hilang punca. Mengamuk tak tentu pasal. Semua jadi mangsa.” Tajul tukang bersetuju dengan kata-kata Irfan.
            “Hah, padam muka kau orang.” Aku tergelak jahat, suka hati aku apabila mendengar mereka dimarahi Encik Idham. “Kalau tidak aku aje yang kena.”
            “Emm, kau orang dah tahu aku dah putus dengan Haikal?” tiba-tiba aku terasa mahu berkongsi tentang perkara itu dengan mereka.
            “Kau putus dengan Haikal? Bila?” Nani menunjuk riak terkejut, bermakna berita itu belum mereka ketahui. Pandainya Murni dan Haikal menyimpan rahsia. Aku terus memandang muka Murni. Lain macam saja muka Murni.
            “Haah, baru lagi.”
            “Kenapa?” tajul pula bertanya.
            “Dia dah ada perempuan lain.” Muka Murni sudah merah padam. Nasiblah, sendiri makan cili, sendirilah rasa pedas. Ada aku kisah?
            “Aku jumpa mereka kat One Utama masa nak tengok wayang. Siap pegang-pegang tangan.” Memang aku sengaja mahu mendedahkan semuanya. Aku tak mahu menyimpannya lagi. Maaf Murni, aku tak sebaik mana,
            “Habis tu apa jadi?” Tajul bersungguh-sungguh hendah tahu nampaknya.
            “Aku hentamlah dua-dua sekali. Patah kut hidung masing-masing.” Selepas aku menyebut perkataan patah hidung, nani dan tajul memandang Murni. Mungkin mereka perasan hidung Murni yang bertampal sebelum ini.
            “Kau ke perempuan perampas tu?” Nani bertanya kepada Murni.
            “Mana ada. Aku Cuma kawan dengan Haikal saja. Myra yang salah faham.” Murni seperti mahu membela diri sendiri. Geram saja aku mendengarnya,
            “Aku tak tahu alasan kau, tapi aku dah ambil keputusan untuk putus terus dengan Haikal. Sekarang ni kau nak dia, ambillah. Aku tak hairan dah.” Aku caka sekali lagi keputusanku. Kali ini dengan harapan semua yang berada di situ akan jelas dengan perkara sebenarnya,
            “Eh, tergamak kau buat macam tu, Murni.” Irfan menyampuk. “Padanlah budak stor cakap kat aku, dia ada beberapa kali terseremak kau dan Haikal dalam keadaan teman tapi mesra. Tak sangka betul kau sanggup buat macam tu. Carilah lelaki lain, contohnya Tajul ke.”
Aku dah tergelak bila Irfan menolak bahu Tajul.
“Tak kuasa aku.” Tajul menolak membuat gaya gedik.
            “Aku dengan Haikal tak ada apa-apa, okay. Cuma kawan saja.” Murni masih menegakkan benang yang basah.
            “Malas, aku nak layan kau, Murni.” Aku sudah bengang sebab Murni seperti mahu menafikan perkara tersebut.
            “Eh, dah lama saya tunggu ni.”
Tiba-tiba Encik Idham muncul semula. Semua yang ada di situ menunjuk riak terperanjat. Aku lagilah terkejut apabila melihat Encik idham.
            “Encik nak hantar saya balik ke?” soalku.
            “Habis saya hantar SMS tadi ajak pergi shopping ke?” soal Encik Idham pula. Pandangannya memang tepat ke arahku.
Aduhai, cakaplah nak hantar aku balik. Ini suruh balik aje. Apalah punya manusia. Tak pasal-pasal kena sumpah dengan aku.
            “Aku balik dululah…” Aku bangun kemudian bersamam dengan Nani, dan Murni ala kadar. Dengan Murni, aku cuba tidak mahu bermusuhan.
            “Encik Idham hantar kau balik?” Murni menyoal bersama wajah yang lain macam. Muka cemburu pun ada. Cemburu? Cemburukan aku dengan Encik Idham? Habis, haikal nak diletaknya di mana?
            “Haah.” Aku menjawab sepatah. Sebab tidak mahu bersoal jawab lagi, aku terus mengejar Encik Idham. Ketika aku menoleh ke belakang, aku nampak semua kehairanan, tapi wajah Murni paling hairan. Kenapa ya? Pelik ni.
            “Orang SMS pun buat bodoh dia aje.” Encik Idham sambung berleter sewaktu aku sudah dekat dengan dia. Dia ni, nak hantar aku balik atau nak membasuh aku?
            “Mana saya tahu. Saya ingan encik suruh saya balik. Bukannya encik cakap nak hantar saya balik. Siapa yang salah sebenarnya?”
            “Menjawab. Kalau tak menjawab, tak boleh?” Dia sudah menghadapkan badannya kea rah aku. Serupa nak menampar aku pun ada, cepat-cepat aku berundur. Tapi pecayaah, kalau dia tampar aku sekali, aku tak teragak-agak menampar dia dua kali. Ingat aku takut? Silap banyaklah.
            “Ada mulut, saya jawablah.”
            “Hah, menjawab lagi!”
Dia mencekak pinggang sambil memandang aku. Lucu pula apabila melihat kelakuannya itu.
            “Cepat masuk,” arahnya apabila kami sudah menghampiri kereta milik Encik Idham. Cepat-cepat aku masuk dan duduk diam-diam.
Di dalam kereta, kami tak bercakap sehinggalah Encik Idham berhentikan keretanya di hadapan rumahku. Aku mengeluarkan kad kredit muilik Encik Idham. Mana boleh simpan lama-lama. Karang tak pasal-pasal orang itu diisytiharkan muflis.
            “Simpanlah. Tu memang untuk Myra.” kata Encik Idham.
            “Saya tak nak. Nanti encik ada masalah disebabkan kad ini. Jadi bantulah saya agar tidak menjadi seorang mata duitan,” balasku dengan jujur. “Saya yang rosak nanti,” kataku lagi.
Encik Idham memandang aku dan perlahan-lahan dia mengambil kad tersebut.
            “Terima kasih banyak-banyak.” Aku cakap sebelum menutup pintu keretanya.
            “Sama-sama. Kalau ada masalah, jangan segan-segan beritahu saya. Myra bukan orang lain lagi dengan saya.”
            “Yalah, saya orang gaji engik, kan.” Aku menjawab.
            “Kalau saya cakap lebih dari tu macam mana?”
            “Maknanya saya lebih teruk dari taraf orang gajilah?”
            “Bukan begitu. Saya tak pernah anggap Myra sebagai orang gaji saya. Saya dah anggap seperti orang rumah saya saja.” Encik Idham tersenyum.
Aku malas melayannya lagi, maka aku terus keluar dari kereta itu.  Dulu subjek Bahasa Melayu gagal agaknya. Tak tahu ke orang rumah yang disebut-sebutnya itu bermakna seorang isteri. Suka-suka hati aje nak menggelarkan aku sebagai orang rumah dia. Teruk punya orang!
            “Terima kasih,” ucapku sekali lagi.
            “Sama-sama.” Dia mengangkat tangan dan terus berlalu pergi. Aku menarik nafas panjang dan kuhembuskannya. Kemudian aku memandang langit. Langit malam Nampak kelam. Bulan juga sedang berselindung di sebalik awan.
Aku mengatur langkah masuk ke dalam rumah bersama perasaan yang pelbagai.
-------------------- BERSAMBUNG --------------------


- Gerhana Senja - PART 4

Assalamualaikum Reader...

Sejak kejadian hari itu, Alya Natasha semakin rajin ke sekolah. Seboleh mungkin dia akan mencari jalan supaya dapat bertemu dan bercakap dengan Farid. Tapi sayang, Farid memiliki seraut wajah yang sangat serius di samping menawarkan senyuman dengan harga yang paling mahal. Dia tidak akan bercakap tanpa sebarang urusan yang penting. Alya Natasha seakan kecewa. Setelah beberapa kali terserempak, Farid seolah-olah tidak mengenalinya. Walaupun begitu Alya Natasha degil dan sentiasa berusaha memenangi hati pemuda itu. Apatah lagi musuh ketatnya, Kiera juga berusaha untuk mendekati Farid.
Chim, Zira dan Yati berkali-kali menasihati Alya Natasha supaya jangan mengharap pada lelaki itu tetapi Alya Natasha tetap mempunya agendanya tersendiri
            “Sudahlah Alya. Tak guna kau cuba tackle dia. Dia bukannya layan engkau.” Chim memberikan pendapatnya.
            “Yalah. Dia bukannya layan engkau. Engkau yang terhegeh-hegeh..” Zira pula mengiakan pendapat Chim.
            “Ukur baju di badan sendirilah. Lagipun dia top student di sekolah kita ni. Takkan dia pandang orang tak pandai macam kita.” Yati berasa puas dapat memperkatakan apa yang terbuku di hatinya. Sahabatnya yang seorang ini memang degil. “Lagi pula akutengok gaya dia macam orang sombong saja.” Tambah Yati lagi. Zira dan Chim mengangguk, tanda mengiakan kata-kata Yati.
            “engkau orang tak tahu apa-apa baik kau orang dia. Aky tahu apa yang aku buat.” Alya Natasha melangkah meninggalkan kawan-kawan karibnya itu.
Memang Alya Natasha cuba melupakan Farid tetapi dia tidak berjaya. Dia sendiri berperang di dalam hati antara sukakan Farid ataupun menjauhkan diri dari pemuda yang dianggap sombong itu. Satu hari jiga tidak melihat wajah farid pasti dia akan rasa moodnya hilang. Farid seringkali menjadi igauan Alya Natasha. Dia akan sentiasa terbayangkan wajah jejaka paling tampan di sekolahnya itu.
Sebenarnya Alya Natasha sering menelefon Farid dan Farid pasti akan melayannya dengan penuh mesra. Tetapi apabila di sekolah, Farid seolah-olah tidak mengenalinya. Ini yang membuatkan Alya Natasha sedikit terkeliru. Keliru dalam mentafsir watak sebenar Farid dan keliru dalam menterjemah keinginan dirinya sendiri. Kata-kata kawan-kawannya memang diakui ada benarnya.
Beberapa hari lalu sewaktu menelefon Farid, Alya Natasha menceritakan yang di dirotan pengetua kerana bergaduh dengan Kiera. Harapannya farid akan bersimpati tetapi malangnya Farid sekadar mendengar dan kemudian menasihatinya supaya tidak mengulangi lagi kesilapan yang sama. Sedikitpu tidak Farid menyatakan rasa simpati. Sebagai seorang perempuan, Alya Natasha juga ingin dihargai. Dia kecewa bila Farid menunjukkan sifat hambar tentang kisah itu. Dia bermati-matian berusaha untuk mendapatkan Farid sebaliknya Farid seolah-olah tak perasan apa yang sedang berlaku. Tidak berperasaankah lelaki ini atau sengaja dia mahu menjunjung ego yang tinggi melangit. Fikiran Alya Natasha semakin kacau.
Dua hari Alyan Natasha tidak menelefon Farid lantaran berasa kecewa di atas sikap Farid. Dia mahu lelaki itu berasa terseksa dan dia mahu mendera perasaan lelaki itu lebih lama tetapi perasaannya sendiri pula yang terdera. Apatah lagi, pagi tadi Alya Natasha melihat Farid datang ke kelas 5C dan bercakap-cakap dengan Dina, pelajar yang pintar dalm semua mata pelajaran. Walaupun dia tidak tahu apa yang dibualkan oleh mereka tetapi dia tetap berasa cemburu.
Peristiwa tersebut benar-benar mengganggu pemikirannya hingga terbawa-bawa ke rumah. Akhirnya Alya Natasha mencapai pena dan kertas lalu mencoretkan warkah pilu buat Farid. Tal kupa juga diselitkan perasaan rindu dan kasih pada Farid.
Dia harus cepat sebelum orang lain memenangi hati Farid. Dia nekad kini!
Farid yang dikagumi,
Andainya kau mengerti isi hati ini, bacaah coertan ini hingga ke noktah yang terakhir. Bersama warkah tak diundang ini, Alya hulurkan kemaafan sekiranya coretan ini bisa mengganggu perasaanmu.. bukan niat Alya untuk mengganggu ketenangan Farid, Cuma kerana terpaksa lantaran Farid terlalu susah untuk ditemui! Apa pun anggapan Farid terhadap Alya yang pasti Alya mula menyintai farid. Maafkan Alya, Farid kerana menyintaimu tanpa izin Farid! Sudah berkali-kali Alya cuba melupakan Farid namun amat sukar dan ianya amat mustahil untuk berlaku. Wajah Bad dan sifat-sifat Farid tersimpul kukuh dalam ingatan Alya. Apa lagi yang mampu Alya lakukan untuk melupai Farid? Alya sudah berusaha sedaya mungkin, namun jawapannya tetap sama. Alya bukannya mengaharapkan bulan jatuh ke riba tetapi sekadar mengharapkan setitis kasih dari orang yang benar-benar dapat mengubah hidup Alya. Percayalah! Walaupun Alya agak lincah tetapi Alya benar-benar terpikat pada Farid. Ketika-ketika tertentu bila Alya menghubungi Farid, Farid akan melayan Alya penuh mesra tetapi kenapa semasa di sekolah Farid seolah-olah tidak mengenali Alya? Jangankan menegurm senyum pun tidak. Apakah farid ungin menjual senyuman dengan harga kasih sayang yang paling mahal? Alya berada dalam situasi berteka-teki bagi menterjemahkan erti sebenar persahabatan kita. Sedikit kepastian terlalu sukar untuk hadir. Farid membina tombak ego terlalu tinggi hingga tidak tergapai oleh tangan. Memng Alya lemah apatah lagi dalam memenangi hati seorang lelaku seperti Farid.
            Tolonglah Farid! Jangan sampai luka membaluti hati ini. Alya sebenarnya takut menghadapi kekecewaan yang bakal mendatang.
            Alya akui, Alya silap memilih teman, mungkin Farid tidak layak berdampingan dengan Alya atau Farid menganggap Alya tidak cocok buat Farid tapi perasaan Alya sangat susah untuk ditempis. Semakin Alya cuba melupakan farid semakin besar gambaran wajah Farid menghantui diri Alya dan yang paling membimbangkan Alya sekiranya orang lain berjaya memenangi hati Farid. Alya memang cemburu kiranya Farid bercakap dengan orang lain.
            Sebenarnya Alya sendiri keliru dengan perasaan Alya. Alya tak faham kenapa Alya harus menagih kasih pada yang tak sudi. Apa apakah bias Alya melawan kata kati ini. Benar kata orang, ‘cinta itu buka.’ Tapi.. Alya menilai farid bukanlah tanpa mata. Alya menilai Farid dengan mata hati! Biar apa pun anggapan Farid pada Alya, namun bagi Alya, cinta itu tulus. Cinta itu kudus. Mungkin Alya adalah manusia yang paling malang kerana gagal memenangi hati Farid. Alya bersumpah farid bahawa Alya tak akan menyintai dan jatuh cinta lagi selain daripada Farid. Itu janji Alya pada diri Alya. Biarlah segala keindahan dan ketulusan cinta it uterus bersemadi dalam diri ini walaupun ianya hanyalah sekadar khayalan dan impian yang tak kesampaian. Secara jujur Alya akui yang Alya tidak pandai menilai diri. Akhirnya harap Farid mengerti perasaan su!
Yang menyintaimu
Alya Natasha.
Alya Natasha mengesat air matanya. Dia mengulangi membaca surat tersebut berkali-kali. Bimbang juga hatinya kalau-kalau Farid tidak melayannya atau surat itu sekadar dicampak ke dalam bakul sampah. Dia melipat surat itu lalu dimasukkan ke dalam sampul. Esok dia sendiri akan memberikan kepada Farid. Hatinya puas kerana dapat meluahkan apa yang tersirat di hatinya, doanya semoga Farid mengerti.
Sejak surat tersebut diposkan, Alya Natasha menjadi pemeriksa tetap peti surat. Setiap kali pualng dari sekolah, pasti peti surat itu yang dijenguknya dahulu. Dia tidak lagi merayau-rayau selepas habis sesi persekolahan. Baginya, jawapan warkah dari Farid adalah penting. Jika dilayan perasaan hatinya sudah tentu dia akan bertanya kepada Farid bilakah lelaki tersebut akan membalas suratnya.
            Seminggu kemudian…
Andai dapat dikhabarkan pada dunia pasti sudah lama Alya Natasha akan laungkan bahawa dialah manusia yang paling bahagia ketika itu. Walaupun mulanya perasaannya hampa ketika memeriksa peti surat tetapi hatinya melonjak kegirangan apabila matanya terpandang satu bungkusan di atas meja di ruang tamu bersama-sama seuju surat di dalam sampul berwarna biri. Pantas dia mencapai surat nampa setem tersebut lalu terburu-buru membukanya.
            Sha yang disayangi, maaf kerana mengganggu di saat Sha sayangku akan menghadapi peperiksaan SPM. Kenapa sudah lama tidak mengunjungi Danny? Sudah lupakah Sha pada Danny? Rasanya seperti sudah sepuluh tahun kita tidak bersua. Percayalah, Sha! Danny sangat merindui Sha! Berkali-kali juga Danny cuba menelefon Sha taetapi tiada jawapan. Mengapa, Sha? Tiba-tiba sahaja Danny dilupakan? Apakah salah Danny pada Sha?
Tolonglah, Sha! Datanglah bertemu Danny di tempat biasa secepat mungkin. Rasanya tidak dapat hidup tanpa Sha!
Oh ya! Terimalah hadiah ini sebagai tanda ingatan kasih yang tidak terhingga daripada Danny sempena harijadi Sha yang ke tujuh belas.
Happy Birthday, Sha!
Yang menyayangi dan merinduimu,
Danny.
Oh, malang apa lagi yang menimpa! Serta-merta kegembiraan yang tadinya ekar gugur terkulai. Alya Natasha melempar surat tersebut ke tepi. Bungkusan tersebut langsung tidak disentuhnya!
            ‘Sampai hatimu, Farid!’

Hatinya terasa amat sebak. Air mata mulai turun perlahan-lahan sebelum merembas laju. Akhirnya dia tertidur di atas kerusi di ruang tamu.

---------- BERSAMBUNG ----------

- Gerhana Senja - PART 3

Assalamualaikum Reader...

Pergantungan persekolahan selama dua minggu benar-benar mengembirakan Alya Natasha. Ini bermakna setiap hari dia boleh bertemu Danny Burger untuk melepaskan kerinduannya. Bagaimanapun rancangannya itu tidaklah mudah untuk dilaksanakan kerana kali ini ibunya meletakkan syarat yang sangat ketat selepas peristiwa tempoh hari. Dia rimas dan semakin bosan. Keluar dari rumah tidak boleh lebih dari tiga jam. Pulang ke rumah mestilah sebelum pukul enam. Berbual dalam telefon tidak boleh melebihi sepuluh minit. Mengulang kaji pelajaran sekurang-kurangnya tiga jam sehari. Ahhh! Semua syarat-syarat ini benar-benar menyusahkannya.
Jangankan mengulangkaji tiga jam, mengadap buku lima belas minit pun dia sudah terlelap di meja belajar. Pun begitu dia sangat cekap dalam memastikan rancangannya untuk bertemu Danny Burger berjaya. Ibu yang terpaksa keluar mencari rezeki mana mungkin dapat mengikat anak daranya di rumah. Alya Natasha semakin berani melanggar syarat! Malam hari, dia akan meneruskan lakonan profesianalnya dengan berteleku berjam-jam di meja belajar. Puan Ramlah menyangka Alya Natasha sedang tekun menelaah pelajaran sedangkan sebenarnya gadis suntik itu khusyuk menulis lirik lagu yang berkumandang si corong radio.
Dua minggi dirasakan terlalu pantas berlalu. Dua minggu juga tidak dapat menginsafkannya terhadap apa yang telah berlaku. Alya Natasha masih belum mengakui kesilapan dirinya. Rasanya cuti belum puas dia berseronok menghadapi cuti dianugerahkan istimewa kepadanya itu. Esok dia harus menyambung persekolahan semula.
Ini bermakna dia terpaksa berdepan dengan tiga orang manusia yang paling dibencinya di dunia ini.
Alya Natasha termenung. Dia mula merancang untuk ponteng sekolah dan berjumpa Danny Burger di pasar lambak. Setelah memastikan yang rancangannya pasti akan berjaya, Alya Natasha tersenyum sendirian.
Dia memaukkan t-shirt dan seluar jeans ke dalam begnya. Tidak ketinggalan juga sikat, bedak, gincu dan alat-alat solek lain. Dia puas.
Keesokan paginya Alya Natasha sangat terkejut. Lain yang dirancang lain pula yang menjelang! Pagi-pagi lagi ibunya telah membuat kejutan dengan menawarkan diri untk menghantar Alya Natasha ke sekolah. Kebetulan kawan ibunya yang selalu menumpang ke tempat kerja hendak singgah ke sekolah sekejap bagi menguruskan urusan buku teks anaknya. Ahhh! Alya Natasha mula cemas. Kata ibu harus dituruti. Melawan atau membantah bermakna dia harus pulang ke kampung dan tinggal bersama nenak atau bapa saudaranya. Lebih baik ke sekolah daripada pulang dan tinggal di kampung.
‘Tak apalah. Mungkin esok aku ada peluang ponteng,’ Alya Natasha cuba memujuk hatinya.
Menunggu untuk melaporkan diri kepada Cikgu Siva adalah saat yang sangat menyakitkan bagi Alya Natasha. Terpandang Cikgu Siva berjalan ke pejabat, dia mengurut dada lega.
Di kelas, seboleh mungkin dia tidak mahu melayan pertanyaan kawan-kawannya. Dia sekadar tersenyum dan sengaja memekakkan telinga apabila kejadian emaknya menyerang sekolah ditimbulkan.
            “Mana buku nota Sejarah awak?” Cikgu Salma bertanya.
Alya Natasha menggaru-garu kepalanya yang tak gatal. Dia berpura mencari sesuatu di dalam beg walaupun dalam beg itu tiada sebuah buku pun. Pada masa yang sama, seorang pelajar kelas lain mengetuk pintu memanggil Cikgu Salma dan kerentak itu juga Alya Natasha mengenyitkan mata kepada Chim yang duduk di barisan sebelahnya.
Chim sudah faham dengan isyarat rakannya itu dan menghulurkan buku nota Sejarahnya. Selepas bercakap sesuatu dengan pelajar tadi, Cikgu Salma masuk dan kembali ke meja Alya Natasha melihat buku nota Sejarahnya. Kali ini dia tersenyum.
            “Tengok pelajar-pelajar. Ini yang saya mahu. Perubahan sikap masam inilah yang saya suka. Bagus Alya Natasha. Teruskan usaha. SPM dah tak sampai tiga bulan lagi. masih ada peluang untuk awak.”
Alya Natasha membuat muka selamba. Sampai keluar air mata Yati dan Zira menahan ketawa melihat kelakuan Alya Natasha yang berpura-pura bodoh itu. Mereka memang arif sangat dengan perangai Alya Natasha yang malas menyiakan sebarang kerja rumah.
            “Ha, awak Kiera! Apa fasal kerja rumah yag sedikit ini tak dapat siapkan. Sekolah datang setiap hari. Tengok Alya, walaupun dia tidak datang sekolah tetapi kerjanya bagus. Apa pun waktu rehat nanti awak jangan keluar dan habiskan kerja awak di tempat saya. Sebelum waktu balik, awak harus tunjukkan kerja awak.:
Kiera terperanjat. Serentak itu air matanya mengalir perlahan. “Faham cikgu,” Dia menjawab lemah.
Sehingga waktu rehat, Alya Natasha pening mencari helah demi helah bagi melepaskan diri. Dia tidak sanggup berhelah lagi. dia harus mencari jalan supaya dapat memboloskan diri dan pergi ke tempat Danny Burger.
Setiba di pintu pagar sekolah, sesuatu yang cuba dielakkannya berlaku juga. Kelihatan Fendi sedang bertugas dengan seorang pelajar baru yang agak asing pada pandangannya. Pelajar tersebut tidak memakai seragam pengawas.
            “Lagi satu bala! Lepas ini entah apa lagi yang akan berlaku kepada aku.’ Alya Natasha panic. Dia malu kepada Fendi. Pelajar baru tu…. Ahhh! Lantaklah! Dia bukannya kenal aku!
            “Hi Alya! Nak ke mana gopoh-gopoh ni?”
“Saja jalan-jalan ambil angin.” Spontan dia menjawab tanpa berfikir panjang.
            “Cuti panjang hari tu kemana?”
Alya Natasha dapat merasakan yang darah menyirap ke seluruh mukanya. Wajahnya merona merah. Pelajar lelaki di sebelah Fendi sedang membaca sesuatu tanpa menghiraukan perbualan dia manusia di hadapannya.
            “Oh ya! Petang nanti kita ada latihan kawad. Alya boleh hadir kan?” Fendi seolah-olah lupa pada sindirannya awal tadi. Alya Natasha hanya mampu mengangguk.
            “Kita ada komanden baru tau. Kenalkan, ini Farid, pelajar baru sekolah ni.” Badrul memberikan senyuman. Alya Natasha membalas. Senyuman mereka bertaut.
            “Rid, ini Alya pelajar tingkatan lima yang paling aktif.”
Alya Natasha terperanjat. Dia tidak dapat menangkap maksud Fendi adakah memuji atau sekadar menyindir.
Loceng berakhir waktu rehat menjerit nyaring. Semua pelajar berasak-asak memasuki kelas masing-masing. Alya Natasha terpaksa berpatah balik ke kelas. Perutnya berkeroncong hebat. Hari ini memang benar-benar malang! Dia tidak dapat meramalkan apa lagi yang bakal berlaku sehingga waktu petang. Kacau. Memang kacau.
----------------------------------
Pulang dari latihan petang itu, Alya Natasha berjalan pantas. Kawan-kawannya yang selalu pulang bersamanya ditinggalkan jauh di belakang. Dia tidak mengendahkan mereka walaupun berkali-kali Yati dan Zira memanggilnya. Mereka jadi hairan. Tentu ada sesuatu yang disembunyikan daripada kawan-kawannya. Sebenarnya dia berasa malu kepada Fendi dan Farid! Berkali-kali dia didenda berjalan itik tapi masih juga tidak boleh melakukan sesuatu aktiviti dengan memuaskan.
Setaip saat yang berlalu dirasakan sangat lambat. Walaupun kawan-kawannya sudah menaiki bas untuk pulang ke rumah masing-masing, Alya Natasha masih menanti bas dengan wajah yang muram. Sehingga hampir ke Maghrib, Alya Natasha masih tegah berdiri di tepi jalan menanti bas dengan penuh bosan. Dia cuba menelefon ibunya namun tidak diangkat.
            “Alya tunggu siapa?” Alya Natasya tergamam.
            “Bas.”
            “Mari saya hantar balik.”
Alya Natasha masih tidah berganjak dari tempatnya berdiri walaupun Farid sudah membukakan pintu kereta.
            “Marilah. Dah hampir senja ni. Nanti pakcik jaga akan tutup pintu pagar.”
Alya Natasha melihat sekelilingnya, hari beransur gelap. Dia berasa ngeri memikirkan cerita-cerota seram yang pernah didengarinya. Tapa sedar, Alya Natasha melangkah masuk ke dalam kereta Farid.
            “Rumah Alya kat mana?”
            “Taman Aman Desa.”
            “Jadi kena membelok ke kirilah, ya?”
Alya Natasha sekadar mengangguk.
Tiada perkara yang dibualkan mereka. Masing-masing melayan perasaan. Rupanya hari ini tidak semalang yang disangkakan! Sebaik Farid memberhentikan kereta, Alya Natasha terburu-buru masuk ke dalam rumah setelah mengucapkan terima kasih kepada Farid.
Sehingga tengah malam itu, Alya Natasha masih terkenangkan detik-detik manis menumpang kereta Farid. Dia tidak dapat melelapkan matanya. Sebaliknya terus memasang angan-angan.

---------- BERSAMBUNG ----------