14 Oktober 2014

- Gerhana Senja - PART 2

Assalamualaikum Reader...

Pagi-pagi lagi Puan Ramlah sudah bangun. Dia menjenguk Alya Natasha yang masih dibuai mimpi. Dia tidak mahu menggangu anaknya yang disangkanya tidak sihat itu. Selepas mandi, cepat-cepat dia menyediakan sarapan. Setelah memberitahu Alya Natasha, pantas dia mengatur langkah ke sekolah anaknya itu.
Kalau boleh dia mahu melaksanakan semua rancangan yang disusun dan dihajatinya semalam. Cuti sehari cukuplah. Kalau ambil cuti banyak hari, nanti bosnya marah dan yang paling ditakutinya ialah kalau dia dibuang kerja. Dia tidak mahu dibuang kerja. Nanti susah nak cari kerja lain.  Lagipun selama ini dia berusaha keras sebelum berjaya menyandang  jawatan Penolong Executive sekarang ini. Mengingatkan itu, cepat-cepat dia menghabiskan kerja. Dia tidak mahu segala rancangannya tergendala dan memakan masa yang panjang.
Gempar satu sekolah bila mengetahui yang ibu Alya Natasha menyerang Cikgu Salma. Berita sensasi itu cepat merebak bagaikan goreng pisang panas. Semua warga sekolak itu, dari tuan pengetua sehinggalah pelajar tingkatan peraihan memperkatakannya. Tapi, tidak seorang manusia pun di sekolah itu yang mengetahu cerita sebenarnya. Yang merebak dan meroyak adaah cerita rekaan yang ditokok tambah dari satu mulut ke satu mulut yang lain. Tuan pengetua sendiri masih beum mendapat penjelasan sepenuhnya. Cikgu Sama terpaksa mengurungkan diri dalam bilik ERT bersama-sama Cikgu Shamsiah bagi mengelakkan dia diterpa oleh pemberita-pemberita tidak professional. Agipun perasaan terkejutnya masih ada dan dia sendiri belum mempunyai ruang untuk memakumkan kepada tuan pengetua.
Niat Puan Ramlah untuk bertemu tuan pengetua pada mulanya terpaksa dibatalkan apabila kerani sekolah memberitahu yang tuan pengetua ada mesyuarat penting. Lama dia termenung mencari akal dan idea supaya rancangannya dapat berjaan lancer. Masa dua jam meninggu tuan pengetua menghabiskan mesyuarat benar-benar mencabar kesabarannya. Rasa geram dan sakit hatinya memuncak bila dirasakan semua guru yang masuk ke pejabat meihatnya. Kemudia mereka akan bercakap-cakap dengan kerani yang ditemuinya pagi tadi sambil tersenyum-senyum. Dia rasa tersindir! Akhirnya keputusan nekad dibuat. Dia bertanya kelas anaknya dari peon yang tidak jauh dari situ. Kebetuan Cikgu Sama sedang mengajar. Setelah memastikan bahawa itulah Cikgu Salma daripada pekerja yang sedang menyapu korido di luar kelas itu, dia terus menyerbu.
            “Cikgu tak ada hati perut ke? Mendenda pelajar dan tidak membenarkan mereka makan tengah hari. Kalau anak cikgu orang buat macam tu, cikgu marah tak?”
Cikgu Salma terpinga-pingga. Melihat guru itu tidak menjawab, Puan Ramlah semakin berang. Dia semakin berani menyerang. Lupa dia pada keadaan sekeliling. Biar apa pun yang terjadi, dia tidak peduli asalkan dia dapat memuntahkan seluruh kemarahannya kepada guru yang selalu menyakiti dan mencari kesalahan anaknya itu.
Cikgu Salma berari ke bilik ERT dan meepaskan rasa terkejutnya di sana.
Daam perjaanan hendak puang, Puan Ramlah sempat menjenguk ke bilik pengetua. Masih belum ada!
Tetapi tiba-tiba hatinya berbunga gembira bila dilihatnya penolong kanak ada di biliknya. Dia harus masuk walaupun tidak pasti apa sebenarnya tugas penolong kanan hal ehwal murid itu. Ketika itu cerita Cikgu Salma diserang masih belum sampai ke pejabat sekolah.
            “Selamat pagi, cikgu.”
            “Selamat pagi. Sila duduk. Boleh saya bantu puan?”
            “Terima kasih. Saya mahu meaporkan kepada cikgu tentang Cikgu Salma yang mendera anak saya. Memang tak ada hati perut angsung!” perasaan marahnya masih belum pudar.
Tergamam seketika penolong kanan itu.
“Saya mahu ciku ambil tindakan terhadap cikgu tersebut.” Hujahnya cukup hebat.
Penolong kanan kutu memandangnya. Menanggalkan cermin mata lalu diletakkan di atas meja.
            “Siapa anak puan?”
            “Alya Natasha.”
            “Tingkatan?”
            “Lima.”
Cikgu Siva mencatat sesuatu di atas kertas di hadapannya. Puan Ramlah berpuas hati cara penolong kanan itu melayannya. Cikgu Siva bangun menuju ke cabinet yang banyak di situ. Mengambil salah sebuah fail, membelek dan menyelak kertas-kertas yang terdapat di dalamnya itu lalu dibawa ke tempat didiknya tadi.
            “Puan, terima kasih kerana puan dapat datang pada hati ini. Sebenarnya pihak sekolah memang berhasrat untuk memanggil puan ke sekolah. Banyak perkara yang nak saya bincangkan tentang anak puan ini.” Cikgu Siva berhenti seketika.
            “Kenapa? Guru sial tersebut akan ditukarkan ke?” soal Puan Ramlah tidak sabar. Dia masih belum dapat menduga apa yang bakal diperkatakan oleh Cikgu Siva.
            “Anak puan telah didapati berulang kali melanggar peraturan sekolaj. Dia juga telah berkali-kali berlaku biadap terhadap guru disamping berlaku kasar terhadap pengawas.”
Cikgu Siva menunjukkan fail yang bertulis Alya Natasha binti Mohd Rusli di hadapan Puan Ramlah. Puan Ramlah membaca setiap perkataan yang tertera di dalam fail. Matanya rakus mengikut pen yang digunakan oleh Cikgu Siva sebagai penunjuk. Dia membaca setiap salah laku yang siap dicatat tarikh, tempat dan masa berlakunya seseuatu kesalahan.
            “Mungkin anak saya dianiaya, cikgu. Mungkin guru yang melaporkan atau pengawas yang melapirkan perkara-perkara ini dengki atau bencikan anak saya.” Puan Ramlah masih mempertahankan anaknya.
            “Puan, setiap kesalahan pelajar yang melakukan kesalahan akan dipanggil dan ditanya tentang kesalahannya. Sekiranya dia mengaku bersalah, dia akan menandatangani satu boring yang dikenali sebagai BORANG PENGAKUAN SALAH LAKU seperti ini, ini tandatangan anak puan, Alya Natasha.”
Kali ini Puan Ramlah tidak dapat berkata apa-apa lagi. lidahnya kelu dan kerusi yang didudukinya terasa panas. Kesempatan ini digunakan sepenuhnya oleh Cikgu Siva untuk menyambung penerangannya. Dia mengambil sebuah lagi fail dan diunjukkan kepada wanita yang semakin mengalah itu.
            “Setelah pihak lembaga disiplin sekolah bermesyuarat pada 11 haribulan Jun lepas, satu keputusan telah dicapai iaitu sama ada Alya Natasha berpindah dari sekolah ini atau dia mesti mengisi borang perjanjian ini bersama oenjaganya. Dia juga harus menunjukkan perubahan sikap dan menunjukkan kesungguhan untuk belajar di sekolah ini setelah menjalani hukuman digantung persekolahan selama dua minggu.”
Kali ini Puan Ramlah tidak berkata apa-apa. Dia sudah tidak dapat membaca apa yang ditulis dalam borang yang ditunjukkan kepadanya.
            “Bolehkan anak saya menyambung persekolahannya di sini?” Suaranya mulai mengendur.
            “Puan harus mengisi borang ini dan esok datang  bersama-sama anak puan bertemu saya untuk mengisi borang ini pula.”
Banyak sangat borang! Puan Ramah jadi keliru. Tanpa sedar dia bangun, berjalan ke tempat parking kereta. Dia harus segera sampai untuk bertemu Alya Natasha! Tak sabar rasanya untuk bertanya anaknya tentang apa yang didengarnya tadi. Kalau anaknya tidak mengaku.. siap! Satu sekolah akan terima padahnya!
* **************
“Sha, ibu pergi ke sekolah Sha dulu.”
Alya Natasha bangun. Dia menuju ke tingkap dan menyelak langsir yang menutupi tingkapnya. Setelah dipastikan kereta ibunya bergerak melepasi pintu pagar, dia pantas bersiap. Dia keluar menaiki bas dan terus ke pasar lambak yang terletak kira-kira tiga belas kilometer dari rumahnya. Tak sabar rasanya hendah bertemu Danny Burger yang sudah lama tidak ditemuinya. Bekas rakan sekelas merangkap teman tapi mesranynya itu berhenti sekolah sewaktu di tingkatan empat dulu.
            “Hai Danny! Lama tak jumpa.” Dia bersuara girang setelah dilihatnya Danny sedang menyediakan burger.
            “Hai. Happy Nampak?” Danny menghulurkan tangannya. Digenggemnya erat tangan Alya Natasha sambil memuncungkan mulut ke pipi Alya Natasha seolah-olah menciumnya. Alya Natasha ketawa mendengar soalan Danny itu.
            “Boleh Sha tolong Danny jual burger?”
            “Pucuk dicita ulam mendatang. Danny memang tunggu kedatangan Sha pun. Kalau Sha jual di sini terus lagi Danny suka.”
            “Amboi Danny, ikutkan hati Sha ni, hari-hari Sha nak datang lepak sini, beb. Tapi Danny tahulah, ibu Sha tu macam mana. Kalau kantoi dengan dia, matilah Sha.”
            “Alah Danny cakap ajelah. Eh, Sha tak contact Nick ke? Baru-baru ni dia ada call Danny, tanya pasal Sha.”
            “Nick? Pakwe mana pula tu?”
            “Itulah Sha, pasang lagi sekeliling pinggang, kan dah nyanyuk. Alah abang jambu yang kita jumpa waktu lepak dekat mall aritu. Ingat?”
            “Ouh, budak tu? Ish.. perhabiskan to4 Sha saja melayan dia. Malaslah.” Ujar Alya Natasha sambil memuncungkan mulutnya
Danny menggeleng kepala mendengar kata-kata Alya Natasha sambil ketawa. Tidak dia nafikan, Alya Natsha memang mempunyai daya tarikan yang tersendiri. Dia pun masih lagi menyayangi Alya Natasha biarpun kini mereka bukan lagi pasangan kekasih. Danny masih cuba sehabis daya untuk kembali memikat hati Alya Natasha.
‘Cinta sejenis, mana mungkin dapat bersatu’, getus hati kecil Danny. Sungguh pun dia menyedari keadaan itu, namun perasaannya yang lebih cenderung meminati kaum sejenis telah menghalang untuk dia berfikir secara lebih waras. Dia menyedari akan dosa yang dia lakukan namun di tetap meneruskannya juga.
Alya Natasha tersenyum. Dia boleh lama-lama duduk di gerai burger Danny. Ibunya tentu belum pulang lagi. balik nanti dia akan berpura-pura sakit semula. Kalau ibunya beri cuti seminngu, lagi best. Boleh dia tolong Danny jual burger sambil tu boleh release tension seketika. Bukan apa, saja nak lupakan sikap menyampah si Kiera seketika. Ada sesuatu yang mengasyikkan yang dapat dinikmatinya di situ dan tiada di tempat lain termasuklah di rumahnya sendiri. Hanya dia dan Dannya yang tahu.
**************************

Di rumah, Puan Ramlah gelisah menanti Alya Natasha. Hendak dicari, tak tahu ke mana. Sudah puas di menelefon Alya Natasha namun tidak dijawabnya. Hendak ditunggu, sudah empat jam dia menunggu tapi batang hidung pun belum muncul-muncul lagi. hatinya membara panas!

---------- BERSAMBUNG ----------

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Take Note Bigfoot..1000 ♥