Sebenarnya aku malas nak pergi, tapi Nani asyik
mendesak. Apabila aku teringatkan Murni dan haikal, aku berasa seperti tidak
mahu berjumpa dengan sesiapa lagi. pasti orang menuduh aku berhenti kerja
disebabkan Haikal. Mesti ada yang cakap aku sedang kecewa sangat kerana putus
cinta. Jadi nak tak nak aku kena juga tunjukkan muka. Aku harus memberitahu
kepada semua orang yang kehidupan aku langsung tidak terjejas dengan fenomena
tersebut.
Jamuan perpisahan konon, tapi sebenarnya jamuan
untuk meraikan ketiadaan aku di pejabat itu. Huh! Pasti kini mereka berasa
gembira. Tapi aku terkejut juga apabila ternampat Encik Idham turut serta dalam
jamuan itu. Buang tabiat pula ke? Selalunya, dia mana pernah nak ikut sama
dalam acara seperti ini. Jauh sekali nak keluar dengan anak-anak buah. Dia kan
bajet bagus!
“Orang
yang kita tungu-tunggu dah sampai.” Nani menyambut kedatanganku dengan senyuman
manis. Kata-kata aluan yang tak berapa suka aku nak dengar. Masing-masing
memandang aku termasuklah Murni. Muka Murni lain macam sahaja. Muka orang
bersalah mestilah seperti itu.
“Dah
lama tunggu?” Aku bertanya oun sebab nak memaniskan muka. Karang mereka kata
aku sombong pula.
“Baru
juga lagi.” Ryan menjawab, mewakili yang lain. Aku duduk bersebelahan Nani dan
Tajul, berhadapan dengan Encik Idham dan Irfan.
“Hmmmm,
dah dapat kerja baru?” soal Nani. Cis, bukan nak tanya aku baik ke tidak, kerja baru aku pula yang sibuk
ditanyanya.
“Dah.”
Aku menjawab selamba dan terus memandang muka Encik Idham. Encik Idham juga
memandang aku. Kalau Encik Idham membocorkan rahsia, aku tak teragak-agak
membelasah dia di sini juga. Aku tak kira. Apa nak jadi, jadilah.
“Kau
dapat kerja apa?” Tajul pula bertanya. Aduhai, nak jawab apa ni? Aku dah berasa
bingung dan bengang.
“Dah
buat pesanan?” Encik Idham bertanya tiba-tiba. Garang dan tegas. Kalut Nani dan
Murni melihat buku menu. Akhirnya soalan Tajul tadi, tidak dihiraukan lagi.
“Kau
nak makan apa, Myra?” soal Nani pula.
“Aku
tak tahu. Aku tahu makan aje sebab kau orang yang nak belanja aku makan, kan?”
Aku menjawab dengan selamba. Sebenarnya aku nak mengetuk mereka cukup-cukup
tapi disebabkan bos dia orang ada, maka aku biarkan saja. Kau orang bernasib
baik pada hari ini.
Ketika Nani,Murni,Tajul dan Irfan kalut membelek
buku menu, aku dan Encik Idham kalut bermain acara renung merenung. Dia
mengangkat kening sekali kemudian tersenyum. Tak guna. Buat aku sakit hati
saja.
“Eh,
kau kerja kat mana tadi?” Tajul bertanya sekali lagi.
“Berapa
company sana bayar awak?” Encik Idham bertanya dengan suara serius seperti
hendak memotong soalan Tajul. Dia ni nak menyelamatkan aku atau nak memotong
kepala aku?
“Bolehlah..”
Aku menjawab sepatah.
“Awak
kerjalah semula dengan kita orang. Saya akan minta HR naikkan gaji awak.”
Selesai saja Encik Idham berkata-kata, semua mata memandang Encik Idham.
“Terima
kasihlah. Saya rasa selesa di tempat baru walau gajinya tidaklah sebanyak mana.
Yang penting saya gembira dan langsung tak susah hati.” Aku menjawab dengan
selamba. Tak susah hati? Erk, ayat yang cukup menjengkelkan.
“Betul
ke?” soal Encik Idham. Tahu dah, pasti akan keluar soalan memerli tu. Macamlah
aku tak faham.
“Haah..”
Senafas aku menjawab.
“Sebenarnya
antara ramai-ramai ni, awak yang terbaik.” Encik Idham berkata dengan suara
agak perlahan. Sah-sah yang lain terperanjat sebab Encik Idham menyebut di
depan mereka. Memang berani gila betullah dia ni.
“Sebab
itu bila awak tak ada, saya betul-betul rasa kehilangan. Hanya awak saja
pekerja yang mampu memenuhi kehendak saya. Yang lain tak standing awak. Saya
harap awak dapat kerja semula dengan saya.” Aku tersenyum tawar mendengar
pujian dan tawaran Encik Idham. Maaf, tak berminat.
“Yalah
Myra, kau tak ada memang tak best.” Nani mencelah. Gaya cakap lain macam saja.
Seperti memerli Encik Idham pun ada.
Selepas itu, makanan yang dipesan oleh Nani dan
gengnya pun sampai.
“Hari
ni saya belanja sempena Myra bakal menyertai team kita semula,” kata Encik
Idham tiba-tiba. Aku mengangkat muka dan terus memandang muka Encik idham.
Encik Idham langsung tak memandang aku sebaliknya dia tersenyum nipis sambil
memedang pinggannya.
“Saya
tak cakap pun nak kerja balik.”
“Tak
payah nak belit-belit cakap. Makan ajelah.”
Tak puas hati aku dengan dia ni! Rasa seperti
sekarang juga aku nak pergi ke kompleks membeli belah dan membelanjakan ribuan
ringgit dengan kad kreditnya. Biar putih mata dia dan biar dia diisytiharkan
muflis. Susah betul nak faham perangain dia. Sekejap seperti mat romeo, sekejap
pula seperti mat Bangla yang tak faham bahasa. Pening, pening.
Selepas makan, Encik Idham meminta diri terlebih
dahulu. Katanya ada urusan. Tinggallah kami menghabiskan makanan yang
terhidang.
:kau
kerjalah balik, Myra. Kami dah bosan dengan perangan Encik Idham tu. Setiap
kari ada aje yang tak kena. Habis satu opif dia amuk,” kata Tajul dengan
gayanya yang lembut seperti memujuk aku.
“Jadinya
kalau aku masuk balik kerja, aku sorang sajalah yang kena maki. Itu yang kau
nak sangat, kan?” Aku membalas selamba.
“Tahu
taka pa,” kata Tajul sambil tergelak. Tak sudah-sudah lagi dia ni. Suka sangat
menyakat aku.
“Alah,
dah perangai dia macam tu, nak nak diapakan lagi. buat pekak sudah.” Nani
menokok. Hanya Murni yang tidak bersuara sedari tadi. Senyap dan sunyi. Seperti
mulut sudah tertinggal di rumah saja.
“Memanglah
boleh buat pekak. Tapi makan dalam.” Tajul menokok. Waktu itulah aku menerima
pesanan ringkas daripada Encik Idham.
Balik
cepat
Amboi. Ingat aku orang
rumah dia ke nak bagi amaran bagai. Agak-agaklah. Cepat saja aku membalasnya.
Tak senang!
Nasiblah! Aku tak takut
pun dengan dia. Aku menyambung makan.
“Hmmmm, entah-entah Encik Idham minat kat kau tak?” soal
Tajul tiba-tiba. Tersedak aku dibuatnya. Melampau betul.
“Weh, agak-agaklah.” Aku menjeling tajam ke arah tajul.
“Ah! Tak ada masa dia nak suka kat aku. Aky tahu sangat
taste lelaki macam Encik idham tu.” kata Murni. Aku terus memandang Murni sebab
suara Murni sudah lain macam. Ada nada kurang senang. Berani pula dia bersuara.
Ingatkan tadi nak diam seperti tikus mondok sampai balik.
“Sebenarnya lelaki ni lain sikit. Kadang-kadang kami
tunjuk rasa minat kami terhadap seseorang gadis tu dengan cara yang berbeza.”
ujar Irfan lalu meneguk minumannya.
“Tak ada maknanya, dia nak minat Myra,” kata Murni lagi.
Minah ni kenapa? Meroyan ke apa? Asyik mencari pasal saja dengan aku.
“Hmmm, aku pun tak harap dia sukakan aku…” Aku menjawab
dengan gaya gedik. Saja aku nak biarkan Murni cemburu. Entah apa-apalah mereka
ni. Suka sangat fikir benda yang bukan-bukan.
“Sebabnya, dia macam tarik perhatian kau aje.” Irfan tak
sudah lagi meneka.
“Betul tu. Aku sokong pendapat kau, Irfan. Lepas kau
berhenti, dia macam hilang punca. Mengamuk tak tentu pasal. Semua jadi mangsa.”
Tajul tukang bersetuju dengan kata-kata Irfan.
“Hah, padam muka kau orang.” Aku tergelak jahat, suka
hati aku apabila mendengar mereka dimarahi Encik Idham. “Kalau tidak aku aje
yang kena.”
“Emm, kau orang dah tahu aku dah putus dengan Haikal?”
tiba-tiba aku terasa mahu berkongsi tentang perkara itu dengan mereka.
“Kau putus dengan Haikal? Bila?” Nani menunjuk riak
terkejut, bermakna berita itu belum mereka ketahui. Pandainya Murni dan Haikal
menyimpan rahsia. Aku terus memandang muka Murni. Lain macam saja muka Murni.
“Haah, baru lagi.”
“Kenapa?” tajul pula bertanya.
“Dia dah ada perempuan lain.” Muka Murni sudah merah
padam. Nasiblah, sendiri makan cili, sendirilah rasa pedas. Ada aku kisah?
“Aku jumpa mereka kat One Utama masa nak tengok wayang.
Siap pegang-pegang tangan.” Memang aku sengaja mahu mendedahkan semuanya. Aku
tak mahu menyimpannya lagi. Maaf Murni, aku tak sebaik mana,
“Habis tu apa jadi?” Tajul bersungguh-sungguh hendah tahu
nampaknya.
“Aku hentamlah dua-dua sekali. Patah kut hidung
masing-masing.” Selepas aku menyebut perkataan patah hidung, nani dan tajul
memandang Murni. Mungkin mereka perasan hidung Murni yang bertampal sebelum
ini.
“Kau ke perempuan perampas tu?” Nani bertanya kepada
Murni.
“Mana ada. Aku Cuma kawan dengan Haikal saja. Myra yang
salah faham.” Murni seperti mahu membela diri sendiri. Geram saja aku
mendengarnya,
“Aku tak tahu alasan kau, tapi aku dah ambil keputusan
untuk putus terus dengan Haikal. Sekarang ni kau nak dia, ambillah. Aku tak
hairan dah.” Aku caka sekali lagi keputusanku. Kali ini dengan harapan semua
yang berada di situ akan jelas dengan perkara sebenarnya,
“Eh, tergamak kau buat macam tu, Murni.” Irfan menyampuk.
“Padanlah budak stor cakap kat aku, dia ada beberapa kali terseremak kau dan
Haikal dalam keadaan teman tapi mesra. Tak sangka betul kau sanggup buat macam tu.
Carilah lelaki lain, contohnya Tajul ke.”
Aku dah tergelak bila
Irfan menolak bahu Tajul.
“Tak kuasa aku.” Tajul
menolak membuat gaya gedik.
“Aku dengan Haikal tak ada apa-apa, okay. Cuma kawan
saja.” Murni masih menegakkan benang yang basah.
“Malas, aku nak layan kau, Murni.” Aku sudah bengang
sebab Murni seperti mahu menafikan perkara tersebut.
“Eh, dah lama saya tunggu ni.”
Tiba-tiba Encik Idham
muncul semula. Semua yang ada di situ menunjuk riak terperanjat. Aku lagilah
terkejut apabila melihat Encik idham.
“Encik nak hantar saya balik ke?” soalku.
“Habis saya hantar SMS tadi ajak pergi shopping ke?” soal
Encik Idham pula. Pandangannya memang tepat ke arahku.
Aduhai, cakaplah nak
hantar aku balik. Ini suruh balik aje. Apalah punya manusia. Tak pasal-pasal
kena sumpah dengan aku.
“Aku balik dululah…” Aku bangun kemudian bersamam dengan
Nani, dan Murni ala kadar. Dengan Murni, aku cuba tidak mahu bermusuhan.
“Encik Idham hantar kau balik?” Murni menyoal bersama
wajah yang lain macam. Muka cemburu pun ada. Cemburu? Cemburukan aku dengan
Encik Idham? Habis, haikal nak diletaknya di mana?
“Haah.” Aku menjawab sepatah. Sebab tidak mahu bersoal
jawab lagi, aku terus mengejar Encik Idham. Ketika aku menoleh ke belakang, aku
nampak semua kehairanan, tapi wajah Murni paling hairan. Kenapa ya? Pelik ni.
“Orang SMS pun buat bodoh dia aje.” Encik Idham sambung
berleter sewaktu aku sudah dekat dengan dia. Dia ni, nak hantar aku balik atau
nak membasuh aku?
“Mana saya tahu. Saya ingan encik suruh saya balik.
Bukannya encik cakap nak hantar saya balik. Siapa yang salah sebenarnya?”
“Menjawab. Kalau tak menjawab, tak boleh?” Dia sudah
menghadapkan badannya kea rah aku. Serupa nak menampar aku pun ada, cepat-cepat
aku berundur. Tapi pecayaah, kalau dia tampar aku sekali, aku tak teragak-agak
menampar dia dua kali. Ingat aku takut? Silap banyaklah.
“Ada mulut, saya jawablah.”
“Hah, menjawab lagi!”
Dia mencekak pinggang
sambil memandang aku. Lucu pula apabila melihat kelakuannya itu.
“Cepat masuk,” arahnya apabila kami sudah menghampiri
kereta milik Encik Idham. Cepat-cepat aku masuk dan duduk diam-diam.
Di dalam kereta, kami
tak bercakap sehinggalah Encik Idham berhentikan keretanya di hadapan rumahku.
Aku mengeluarkan kad kredit muilik Encik Idham. Mana boleh simpan lama-lama.
Karang tak pasal-pasal orang itu diisytiharkan muflis.
“Simpanlah. Tu memang untuk Myra.” kata Encik Idham.
“Saya tak nak. Nanti encik ada masalah disebabkan kad
ini. Jadi bantulah saya agar tidak menjadi seorang mata duitan,” balasku dengan
jujur. “Saya yang rosak nanti,” kataku lagi.
Encik Idham memandang
aku dan perlahan-lahan dia mengambil kad tersebut.
“Terima kasih banyak-banyak.” Aku cakap sebelum menutup
pintu keretanya.
“Sama-sama. Kalau ada masalah, jangan segan-segan beritahu
saya. Myra bukan orang lain lagi dengan saya.”
“Yalah, saya orang gaji engik, kan.” Aku menjawab.
“Kalau saya cakap lebih dari tu macam mana?”
“Maknanya saya lebih teruk dari taraf orang gajilah?”
“Bukan begitu. Saya tak pernah anggap Myra sebagai orang
gaji saya. Saya dah anggap seperti orang rumah saya saja.” Encik Idham
tersenyum.
Aku malas melayannya
lagi, maka aku terus keluar dari kereta itu.
Dulu subjek Bahasa Melayu gagal agaknya. Tak tahu ke orang rumah yang
disebut-sebutnya itu bermakna seorang isteri. Suka-suka hati aje nak
menggelarkan aku sebagai orang rumah dia. Teruk punya orang!
“Terima kasih,” ucapku sekali lagi.
“Sama-sama.” Dia mengangkat tangan dan terus berlalu
pergi. Aku menarik nafas panjang dan kuhembuskannya. Kemudian aku memandang
langit. Langit malam Nampak kelam. Bulan juga sedang berselindung di sebalik
awan.
Aku mengatur langkah
masuk ke dalam rumah bersama perasaan yang pelbagai.
--------------------
BERSAMBUNG --------------------
Terbaikk.....kalau hantar kat syarikat penerbitan, boleh jual cerita ni.
BalasPadam