"Kerja senang aje!" kata Mak Cik Eton, iaitu mak cik Iza sambil membawa aku ke bilik tidur majukannya.
"Kemas bilik tidur, kemas ruang tamu, bersihkan dapur dan juga bilik mandi. Masak tak payah. Masuk kerha pukul sepuluh pagi. Kalau siap semuanya, boleh balik, Tak sempat jumpa tuan rumah pun," kata Mak Cik Eton lagi. Kemudian dia membawa aku ke dapurp pula. Kelihatan banyak pinggan dan juga cawan yang tidak berbasuh di dalam singki, Pemalas betul orang dalam rumah ini.
"Berapa orang tinggal dalam rumah ni,, mak cik?" soalku. Gaya semak samun seperti sepuluh orang saja yang menghuni rumah ini.
"Seorang saja, Bujang lagi."
Mak ai, seorang saja tinggal, tapi keadaan rumah serupa rumah sewa Bangla.
"Rumah dia tak ada barang berharga ke, mak cik? Takutlah kalau hilang dia tuduh saya curi pula," kataku sambil memandang sekeliling. Kediaman mewah itu nampah begitu menakutkan.
"Kalau larat angkat TV plasma tu, angutlah. Mak cik rasa itu sajalah barang yang berharga," kata Mak Cik Eton. ;agi. "Jangan bimbanglah. Ta ada barang yang berharga pun dalam rumah ni. Tapi tulah. Kasih kenalah jujur. Kita nak cari rezeki yang halal, jangan buat benda tak baik," Mak Cik Eton lagi. kali ini, Mak Cik Eton menyerahkan sampul surat kepadaku. Katanya itu gaju permulaan untuk aku. Setelah itu, Mak Cik Eton menyerahkan aku kunci rumah sebelum dia meminta diri. Aku duduk sebentar di sofa, Perlahan, aku mengeluarkan sampul surat lalu menciumnya.
Aku bangun. Aku harus memulakan kerja. Mula-mula aku mengemas bilik utama kemudian aku pergi ke ruang tamu. Rumah semo banglo satu tingkat ini boleh tahan besarnya. Boleh bengkok tulang belakang gamaknya mengemas. Tiba-tiba aku teringat surat di dalam laci meja yang aku tinggalkan semalam. Cepat-cepat aku mengeluarkan telefon bimbit dari beg galasku.
"Hello. Ain, kau tolong aku sikit," kataku sebaik sahaja Ain menjawab panggilanku.
"Eh! Kau kenapa tak datang kerja ni? Habis satu pejabat kena amuk. Kau buat laporan semalam masih salah," suara Ain kedengaran cemas.
"Hmmm, sengaja aku buat salah. Baru padan degan muka bos mangkuk ayun tu."
"Beraninya kau."
"Nasiblah." Hmmm, padanlah dengan muka mereka. Baru mereka tahu langit itu tinggi atau rendah selepas ini. Nak aje aku gelak kuat-kuat, tapi tak seronok kalau gelak sorang-sorang.
"Habislah kau. Mahu lepas ni kene telan hidup-hidup degan bos," kata Ain dan aku rasa dia seperti sedang takut-takutkan aku. Tak apa. Nanti tengoklah siapa yang kena telan hidup-hidup.
"Ni, aku nak mintak tolong daripada kau. Dalam laci aku ada sekeping surat. Kau tolong hantar ke pejabat HR. Aku dah letak jawatan. Berkuat kuasa 24jam."
"Apa? Kau letak jawatan?" Degan kekuatan suara Ain itu, aku percaya, satu ofis sudah mendengar kata-kata Ain. Ain seperti sudah membuat pengumuman kepada semua.
"Yup. Jangan ditanya ke mana aku pergi. Jadi kau orang yang tinggal tu jagalah bos kau orang tu baik-baik. Kipaslah dia elok-elok. Kut banyak naik gaji nanti." Aku memerli Ain. baru kau sedar Ain, semalam aku mintak tolong sikit pun kau tak nak hulurkan bantuan. Sekarang rasalah.
"Tapi apa aku nak bagitahu bos?"
"Kau jagan cakap apa-apa. Diam-diam aje. Buat tak tahu. tapi surat aku tu jangan lupa. Okey, apa-apa hal nanti, kau telefonlah aku. Kirim salam semua kawan-kawan. Assalamualaikum." Aku terus menutup telefon bimbitku kemudian menyimpannya semula ke dalam beg galasku.
Sewaktu aku menjejak kaki ke bilik bujang ini, aku sudah dapat mengagak bagaimana keadaannya. Sebab aku sendiri mempunyai abag. Pengotornya abang aku itu susah aku nak cakap. Degan perangai selambanya, maka aku tidak hairan degan keadaan bilik lelaki bujang yang lain.
Huh ! Ini bilik orang ke bilik beruang? Semak samun! kata Mak Cik Eton, baru dua hari tidak berkemas. tapi rasa-rasanya seperti sudah dua tahun tidak berkemas. Degan sejadah masih terbentang. Conforter yang sudah terjatuh dari katil. Bantal berterabur. Ganas sungguh manusia yang tidur di atas katil ini. Mesti orangnya pun jahat gila.
Selesai di dalam bilik utama, aku beralih ke ruang tamu pula. Aku menyelesaikannya telat pada waktu tengah hari. Aku membawa keluar sampah dan mengunci semula pintu rumah besar itu. Sebelum balik, aku mengunci pagar rumah tersebut..
Selesai untuk hari ini. Senang sangat kerjanya. Selepas ini, aku akan bercuti selama dua hari dan akan datang semula pada hari isnin. Wah! Kalau begini, terus kerja pun aku sanggup.
Aku terus berjalan ke perhentian bas yang berhampiran. Nak jimat duit minyak, aku memilih untuk menaiki bus saja. Sementara menunggu bus, telefon bimbit berbunyi. Encik Idham?
"Hello, dah pukul berapa ni? Tak reti nak masuk pejabat? Ingat ni syarikat tok nenek awak ke?" Encik Idham bertempik. Rasa nak tercabut gegendang telinga aku mendengar suara lelaki itu.
"Syarikat tu pun bukan tok nenek encik punya!" Aku menjawab. Apa yang aku nak takutkan lagi. Aku bukan lagi pekerja di syarikat itu.
"Apa? Saya tak dengar!"
"Encik pekak ke? Kalau encik pekak, saya cakap lagi sekali. Syarikat tu pun bukan tok nenek encik punya!" Aku menjerit sekuat hati. Puas hati. Beberapa saat, aku tak mendengar suara Encik Idham lagi. Dah pecah agaknya gegendang telinganya.
"Saya nak awak masuk pejabat sekarang juga!" jerit Encik Idham pula. Kamu berbalas jerit rupa-rupanya.
"Okay. Dengan rasminya saya dah berhenti kerja, berkuat kuasa hari ini. Surat peletakan jawatan saya ada di maja HR. Apa-apa hal encik rujuk ke pejabat HR." Aku terus menutup telefon bimbitku. Aku terus mematikannya sebab aku percaya, Encik Idham akan menghubungiku lagi. Pas hati aku. Terasa hendak gelak jahat pun ada.
"Ada orang hendak jumpa kau tu." Iza memberitahu di hadapan pintu ilik. Aku memandang Iza yang ala-ala muka Angelina Jolie selepas bergaduh dengan Brad Pitt. Sugul dan muram. Sah, siang tadi dia dimarahi oleh bos.
"Siapa?" Aku bertanya balik. Iza menjongjet bahu tapi selepas itu dia tersenyum semacam. Haikal? Haikal nak berjumpa aku? Ah! Rindunya pada dia.
Aku menyarung tudung dan bergerak ke ruang tamu. Kemudian aku menoloak pintu yang sedia tidak berjunci. Sewaktu aku menyarung selipar, aku sudah terpandang Encik Idham di hadapan pintu pagar rumah. Dia masih lengkap bertali leher, bermakna dia dari pejabat. La, manusia ini ke yang hendah berjumpa aku? Padanlah senyum Iza tadi semacam. Memang dia nak mengenakan aku rupanya.
Apa hal mamat ni. Sesuka hati dia aje datang ke rumah aku. Takkan sehari tak jumpa, dah rindukan aku. Huh, dia nak rindukan aku? Nak terbaliknagaknya duni ini kalau lelaki ini henda merindui aku.
"Apa hal encik cari saya?" soalku bersama perasaan yang kurang senang. Aku memandang wajah Encik Idham yang sekali imbas persisi pelakon itu. Lelaki yang bertubuh sederhana besar dan agak tinggi itu memandang aku degan jelingan tajam.
"Merajuk? Dah mula buat perangai?" soal Encik Idham.
Eh, aku tanya kepada dia, dia pula bertanya kepada aku. Memang tak faham soalan betul. Bagaimana dia boleh bekerja di syarikat itu, aku pun tak tahu. Memegang jawatan bos pula tu.
"Buat perangai apa pula..." Dengan sadisnya aku menjawab.
"Habis tu yang gatal letak jawatan, kenapa? Tunjuk perasaanlah?"
"Saya memang dah letak jawatan/ Saya memang tak nak kerja kat situ lagi. Suka hati sayalah." Aku masih dengan muka yang masam. Aku berasa semakin bengang. Rupa-rupanya dia datang mencari aku semata-mata hendak bertanyakan perkara itu.
"Saya tak kira, saya nak awak masuk balik kerja. Jangan nak mengada-ada tunjuk perasaan bagai. Macam budak-budak. Tak boleh kena marah langsung. Sikit-sikit merajuk. Ingat cantik sangat buat perangai macam tu?" Encik Idham mengcekak pinggang pula
Eh, Dia ni karang tak pasal-pasal balik dengan membawa telur di dahi. Sesuka hati dia aje nak mengutuk aku depan-depan. Dia tu yang tak faham bahasa, tak sedar. "Keputusan saya muktamad. Saya tetap letak jawatan. Saya tidak akan tarik balik keputusan saya. Terpulang kepada encik." Aku bertegas.
"Kenapa? Apa masalahnya sampai nak letak jawatan? Saya ada buat salah kat awak? Atau ada benda yang awak tak puas hati?"
Memang dia ni betul-betul tak ada perasaan. Boleh lagi dengan rasa tak bersalahnya dia bertanya begitu. Kalau dia seperti Encik Aizat, bos aku sebelum ini, aku tak akan membuat perangai sebegini. Baru enam bulan naik pangkat, dah berlagak seperti sudah bekerja 60 tahun. Memang betul-betul tak sedar diri.
"Encik Idham ni, kenapa? Serupa orang hilang ingatan saja." Aku membulatkan mata sambil menentang anak matanya.
"Hilang ingatan apa pula? Bukan ke saya sedang pujuk awak sekarang. Nak suruh saya buat macam mana lagi?"
"Memang susahlah bercakap dengan encik ni. Tak faham bahasa betul." Encik Idham melonggarkan ikatan tali lehernya. Kemudian dia kembali bercekak pinggang.
"Macam mana saya nak bagi awak faham, hah? Nak saya cakap dalam pahasa apa? Saya cakap, esok datang kerja. Datang kerja!!!" Dia memekik di telingaku.
"Eee.." Aku rasa hendak saja mencekik lehernya. Dia yang tak faham bahasa. "Dahlah encik. Buang masa saja cakap dengan encik ni. Buat sakit jiwa." Aku mula mengatur langkah. Belum apa-apa, ENcik Idham sudah menghadang aku.
"Okay, kita berbincang," kata Encik Idham tiba-tiba. Aku mendongok sedikit, memandang ke arahnya yang renjong itu. "Kita berbincang," katanya lagi apabila mata kami saling bertentang.
Aku malas nak melayannya lagi. Karang aku cakap lain, dia faham lain pula. Buat penat aku bercakap saja. Jadi aku segera menolak badan Encik Idham. "Tepilah..."
"Kita berbincang," kata Encik Idham lagi. Dia masih menghalang aku.
"Encik, kalau encik masih buat perangai macam ni, saya tidak teragak-agak untuk panggil polis nanti."
"Myra..."
Aku menolak badannya sedikit kasar dan terus ke pagar. Nasiblah.
"Saya naikkan gaji awak dua kali ganda. Kalau awak nak separuh gaji saya pun tak apa, asalkan awak kerja semula."
lelaki ini memang sudah betul-betul gila. Dia sedar tak apa yang dia cakapkan? Atau dia sekarang di bawah pengaruh alkohol?
"Encik mabuk ke apa ni?" soalku memandang tepat ke wajah Encik Idham. barang kali dia benar-benar mabuk.
"Saya masih waras. tak ada mabuk-mabuk."
"Baliklah, encik. Saya pun dah penat nak dengar suara encik. Lagi pula kalau saya tak ada pun, rasa-rasanya lagi bagus sebab tak ada orang yang bebal yang kerja di pejabat encik tu."
"Perlilah tu?"
"Perli apanya. Saya ni memang bebak, kan..."
"Eh, sedar pula." Encik Idham tergelak lagi.
"Encik..." Sakitnya jiwa apabila bercakap dengan orang sengal seperti Encik Idham ni. Encik Idham masih ketawa melihat aku. Semakin aku tidak faham dengan perangai peliknya. "Hmmmm.. Myra kalau marah macam nu memang nampak manis, ya. Suka tengok Myra macam ni."
Ya Rabbi, ni manusia ke apa? Atau jelmaan hantu raya Encik Idham yang disuruh untuk mengacau aku? Sesuka hati dia saja mengeluarkan kenyataan itu.
"Encik ni, kenapa?"
"Memang Myra manis apabila tengah marah, Suka tengok Myra macam ni." Dia tersenyum pula, menunjuk seperti seorang lelaki gatal.
"Wayar otak encik ni memang dah putus agaknya. Dahlah, saya nak masuk. Layan encik ni karang, saya gila sekali." Aku terus mengatur langkah tanpa mempedulikannya lagi.
"Myra, tolong fikirkan tawaran saya tu." Sempat lagi Encik Idham bersuara. Aku tetap tidak menghiraukannya.

-------------------------------------------

.............BERSAMBUNG............
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Take Note Bigfoot..1000 ♥