Memaparkan catatan dengan label Crazy'kid. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Crazy'kid. Papar semua catatan

30 Januari 2015

- Hidup student -


Rasanya dah lama aku tak buka blog ni, kan? Biasalah, kesibukan sikit semenjak memegang kembali tittle 'student'. Huhuuu 'student IKTBN Sepang'. Alhamdulillah, petang nie sempat juga aku blogging untuk seketika. Mengikut kata hati, terlalu banyak benda yang nak aku ceretkan di dalam ni, namun apakah daya masa seakan tidak mengizinkan. Kebetulan hari ni hari Jumaat, so untuk tengah hari aku dapat rehat lebih sikit, 2jam setengah, selalunya hari biasa sejam sahaja. Full stop.

Okay, tutup topic mukadimah tu, sekadang aku bkak topic baru ye. Setekat ni, alhamdulillah, hidup aku sebagai pelajar di IKTBN Sepang ni masih lagi dalam kawalan diri sendiri. Means, setiap aku pegi kelas macam biasa. Waktu rehat, aku akan rehat. Waktu balik aku akan balik. Maksudnya tiada istilah ponteng memonteng, ye. Classmate aku pun alhamdulillah semua dapat masuk kepala. Walaupun aku seorang aje gegurl untuk couse ni, tapi diaorang tak pernah menidah dan mengabaikan kewujudan aku. Begitu juga lecture, mereka sentiasa memberi perhatian terhadap aku. Tapi, untuk Semester ni, kami terpaksa mengambil mata pelajaran kawad. Maknanya kami, pelajar Chargeman A1 (DLC02) akan berkawad pada setiap pagi dan setiap pagi rabu kami akan berkawad di hadapan kesemua staff dan pelajar IKTBN Sepang. Hurmmm kedengaran seperti payah, kan? Itulah hakikat yang kami harus lalui. Katanya pihak atasan, kami (DLC02) adalah pelapis dan juga roll model untuk pelajar lain di IKTBN Sepang. Omg!!! besar sungguh tanggungjawab yang diberikan kepada kami. 

Wataniah. Kami, pelajar DLC02 diwajibkan menyertai Wataniah sedangkan untuk pelajar lain hanya terbuka kepada sesiapa yang berminat sahaja. Sekali lagi Omg!!! Hahahaaa.. itulah hakikat yang dilalui oleh kami para pelajar DLC02. aku tahu apa yang pihak atasan aturkan kepada kami adalah untuk kebaikan kami. Aku terima segala arahan tu walaupun tak berapa merelakan. Heheee, bab kawad tu aku tak kisah pun sebab aku memang sukakan aktiviti ketenteraan. Tapi paling aku tak dapat terima apabila kami diminta berlari dua pusingan sebagai tanda memanaskan badan sebelum berkawad. Oickkk! masuk aje bab berlari, akulah orang pertama yang akan semput. Serius, dengan berat badan aku sekarang banyak aktiviti aku terbatas. Tapi apa pun aku harap semua ni akan memberi sinar yang positif kepada aku dan rakan-rakan DLC02 yang lain.

10 Disember 2014

- Pengalaman sebelum bergelar pelajar IPTA -

Assalamualaikum...

Hai readers, hai korang, hai semua, hai hai dan terus hai hai buddy. *Oich berapa banyak hai laaa..
Okay, sebenarnya niat aku berentry hari ini adalah untuk meluahkan sedikit keterujaan aku dalam mengira hari untuk sambung belajar. Hahahaaa.. teruja giler kowt. Teruja ke? Agaklah teruja sikit, tapi dalam teruja ada juga terselit rasa gusar. Kenapa aku gusar? Hurmmm.. entahlah !

Sebab pertama: Maybe sebab dah hampir setahun kowt aku tinggal tittle sebagai pelajar, so untuk kembali memegang tittle tu, terasa macam kekoklah pulak. Sebab kedua: Tak pun maybe sebab tempat study nanti nun jauh dari family. Yalah, kan aku dapat tawaran dekat Sepang, Selongor so jauhlah dari family tercinta yang bertapak di Terengganu ni sejak aku lahir lagi sehiggalah kini. Sebelum ni pun, habis jauh aku study setakat di Kuantan, Pahang aje kowt. Hihihiii tue pun tiap-tiap dua minggu sekali memang wajib aku balik kampung. Oichhh.. nanti mesti rindu family. Huhuuu.. Sebab ketiga: Hurmm.. nie first time aku akan jejak kaki ke Sepang. Dahlah untuk setakat ni aku tade geng lagi. Tapi apapun harap-harap nanti di sana segalanya dipermudahkan. Sebeb keempat: Maybe sebeb couse yang ditawarkan sedikit mencabar jiwa aku.

Medical cheak up. Untuk pengetahuaan u'all, tanggal 9/12/14, pertama kali seumur hidup aku pergi buat medical cheak up yang detil sedetil detilnya. Hahahaaaa, yalah mana tidaknya, sebelum nie untuk aku sambung study, pihak instituti hanya meminta untuk melakukan urien test aje kowt. Tapi berlainan untuk kali nie. Well, korang bayangkan.. tanggal 9/12/14 jam 8:00am aku dah siap terpacak depan kaunter pendaftaran Hospital Sultanah Nur Zahirah Kuala Terengganu (HSNZ). Kononnya datang awal sebab tak nak berebut-rebut dan tertunggu lama-lama tapi berlainan pula ceritanya last sekali. hari itu, hari yang paling mencabar jiwa dan kesabaran aku. Okay, settle mengisi borang yang diperlukan, aku pergi dari satu tempat ke satu tempat, masuk dari satu bilik ke satu bilik dan menunggu dengan penuh ketidak kesabaran.  Bayangkan dari klinik mulut, terpaksa berkejaran ke klinik mata, dari klinik mata perlu pulak berkejaran untuk urien test, dari urien test harus pulak berkejaran ke bilik pengambilan darah, dari bilik pengambilan darah harus pulak terkejar-kejar ke bilik untuk cheaking BMI dan akhirnya rest sekejap sementara menanti jam 2:00PM untuk pendaftaran dan x-ray pula. Apapun alhamdulillah segalanya dipermudahkan. Settle juga medical cheak up aku untuk hari tersebut. Tapi tanggal 16//12/14 nanti, sekali lagi aku perlu ke HSNZ untuk proses pengambilan urien test (dadah) dan temujanji dengan doktor handsome. Hahahahaaa.. Macam-macam kerenah dan ragan yang aku jumpa. Ada doktor yang peramah, ada doktor yang berlagak sombong, ada staff nurse yang peramah ada staff nurse yang garang nak mati! Giler, memang menguji keimanan aku. Dalam apa aku bersabar, mulut tak lepas dengan bebelan. Apapun thanks pada Noor Hafiza Yatie Ruslan, sebab sudi temankan aku sehari suntuk. 

Alhamdulillah, settle dua step sebelum tarikh lapor diri aku. Untuk saat nie, aku sedang bertungkus lumus menyediakan segala bagai dokument dan borang-borang yang diperlukan untuk proses Permohonan bantuan Persediaan ke IPTS/IPTA, Yayasan Terengganu. Untuk makluman semua, pihak kerajaan Negeri Terengganu ada menawarkan tajaan/bantuan pendidikan untuk anak-anak Terengganu melanjutkan pelajaran. Untuk maklumat lanjut, sesiapa yang berkenaan bolehlah melayari Borang Permohonan bantuan Persediaan atau Yayasaan Terengganu Keutamaan diperikan kepada anak Terengganu yang menetap di Terengganu.

Okaylah, rasanya dah panjang lebar aku meluahkan apa yang terbuku dihati untuk petang ni. Jari jemari pun dah letih menari di atas keyboard. Kepala pun dah hampir ketandusan idea dan hati pun dah hampir tergelincir lalu merapu-rapu, so sebelum aku melalut plus merapu-rapu rasanya better aku stop berentry untuk setkat ni sahaja. Kepada reader, kawan, sahabat, sayang dan musuh tercinta, doakan perjalanan aku untuk kembali bergelar seorang pelajar dipermudahkan ya. InsyaAllah nanti terasa nak berentry aku akan kembali berentry di lain hari dan lain tarikh berserta dilain masa. Assalamualaikum.



4 Disember 2014

- Kembali bergelar pelajar -

Assalamualaikum...

Hai reader..
Rasanya dah berkurun aku tak menjengguk masuk blog nie, kan? Huhuuu.. entah apa berita terbaru korang, aku sendiri tak tahu. Ok takpe, nanti aku follow up korang satu persatu, ye. Janji! heheheee..

Sebenarnya malam ni aku tergerak hati nak buka blog sebab aku nak share berita gembira kat dalam ni. Huhuhuuu.. aku berjaya sambung belajar lagi. Ye, aku sambung belajar. Couse apa? Dekat mana? Couse 'Chargeman' . Aku ditatawarkan sambung belajar di Institut Kemahiran Tinggi Sepang, Selangor.

Mesti ada yang tertanya-tanya, apakah itu 'Chargeman'. Kan? 'Chargeman' ataupun dalam bahasa bonda 'Penjaga Jentera Elektrik'. Oichhh sekali dengar macam pelik aje, kan? Hihiiii sebenarnya aku apply couse nie, setelah aku berjaya menamatkan couse 'Wireman' pada awal tahun aritu. Nak dijadikan cerita, memang dari zaman sekolah lagi aku dah plan. Aku nak dapatkan 'Wireman', 'Chargeman', dan seangkatan dengannya yang lebih tinggi lagi. Maybe ada yang memperlehehkan kemampuan aku. Ye, laaa.. aku ni gurl tapi berangan ambik couse yang dimonopoli oleh kaum lelaki, kan? Hahaaa peduli apa aku dengan kata-kata yang langsung tak membantu aku untuk terus mencerahkan masa depan aku. Alhamdulillah, aku maju setapak lagi dalam misi mengejar cita-cita aku. Hurmm... aku tahu couse 'Chargeman' lebih rumit dari couse 'wireman'. Kalau dulu, couse 'wireman' memanjang ada matematik, sistem kira-kira. Rasa-rasanya dalam couse 'Chargeman' mesti lebih rumit lagi matematik dan sistem kira-kira yang ada. Hohohohoooo... dari zaman sekolah sampai lah zaman IPT, aku dan matematik, add math, mamang tak dapat dipisahkan. tak sangka pulak, dalam dunia elektrik nie penuh dengan pengiraan. Penuh dengan sistem nombor-nombor. Tapi takpe, semua tue tidak akan sama sekali mematah atau melemahkan semangat aku. InsyaAllah, aku akan lebih bersemangat. 

Sebenarnya, aku tak sabar nak memulakan kelas. Tak sabar nak masuk kelas. Tak sabar nak pergi kelas pakai baju kurung. Heheeee... bayangkan selama dua tahun aku study 'Wireman'. Dua tahun dunia aku dibaluti jeans, t-shirt dan jaket bengkel. Huhuuu kekadang rasa teringin sangat nak pakai baju kurung bila nampak pelajar-pelajar couse lain pergi kelas berpakaian baju kurung dengan selendang belit-belit bagai. Oichh... tapi aku tak mampu sebab couse aku memang lebih selesa berjeans. Lebih selamat sebenarnya. Apapun, pengalaman dua tahun digelar pekajar 'Wireman' telah pun selamat aku habiskan. Huhuuu.. selepas nie, akan aku lalui dan kutip pengalaman digelar pelajar jurusan 'Chargeman' pula selama dua tahun setengah. InsyaAllah, semoga segalanya dipermudahkan.


Kawan-kawan, doakan segala urusan aku dipermudahkan, ye. InsyaAllah seandainya tiada arah melintang, aku akan melaporkan diri pada tanggal 05/01/2015, jam 9:30AM, bertempat di Institut Kemahiran Tinggi Sepang.

27 Oktober 2014

- Kehilangan itu menyakitkan -

Assalamualaikum reader...

Kehilangan itu sesuatu yang menyakitkan. Siapa sanggup kehilangan insan yang disayanginya? Siapa tegar berjauhan dengan insan yang dicintainya? Pastinya nanti rindu akan bertandang, kan? Hurmmmm...

Kematian itu adalah satu kepastian. Semua orang tahu tarikh lahirnya tapi semua orang tidak ketahui tarikh kematiannya. Sebenarnya aku berentry pada petang ni hanyalah sekadar untuk meluahkan kesedihan dihati. Hurmmm kenapa? Sebenarnya aku baru sahaja kehilangan kakak sepupu yang paling rapat dengan aku pada pagi tadi. Mesti korang terfikirkan, dalam keadaan macam ni sempat lagi aku berblogging. Ya, masih sempat untuk aku berblogging. Kerna disinilah tempat untuk aku meluahkan segala apa yang terpendam. Aku lebih suka dan lebih selesa meluahkan segala yang terbuku dihati tanpa berkata-kata. Cukuplah hati aku menolong sambil jari jemari bertaip mengikut rentak hati.

Sedih, memang aku sedih. Tanggal 27/10/14, jam 5:38am aku kehilangan kakak sepupu yang paling rapat dengan aku. Dalam keadaan separuh sedar, aku menerima perkhabaran tersebut dengan muka yang terpinga-pinga. Hurmmm.. rasanya baru minggu lepas aku berbual dengan arwah. Kami rancak berborak di kenduri tahlil pakcik saudara minggu lepas..

Ya Allah, sesungguhnya apa yang berlaku pasti ada hikmahnya. Kepedihan hati yang aku rasai tidak terkata. Minggu lepas tanggal 19/10/14, jam 3:25am aku kehilangan pakcik saudara dan kini untuk hari ini aku kehilangan kakak sepupu pula. Sungguh, ujianMu datang bertimpa kepada kami, anak- beranak dan cucu cicit Haji Embong. Pakcik saudara aku meninggal disebabkan komplikasi jantung. Menurut kata doctor arwah terkena serangan jantung secara tiba-tiba sehingga menyebabkan pembuluh darahnya pecah dan meninggal. Arwah meninggalkan seorang isteri dan empat orang anak yang berumur dalam lingkungan sebelas tahun dan tujuh bulan. Dan kakak sepupu aku pula meninggal ketika ingin melahirkan anak keduanya. Ajal, maut, jodoh dan pertemuan di tangan Tuhan. Arwah meninggal bersama-sama anak yang dilahirkannya akibat perdarahan yang teruk. Hurmmm.. arwak meninggalkan seorang suami, seorang anak perempuan yang berusia dua tahun setengah, dan kami semua saudara maranya.

Sedih dihati tak siapa yang tahu. Aku cuba untuk kuat tapi airmata seakan mudah benar mahu menitis. Aku terpandang wajah umi arwah, sayu hati aku melihat mata kemerahannya, aku memandang suami arwah, sayu hati aku melihat wajah sugulnya, dan memandang anak arwah, sungguh hati aku tersentuh. Wajah polos Fatimah Al-Zahra yang tidak mengerti akan sebuah kehilangan itu membuatkan rasa sedih aku kian bertambah. Hurmmm.. sebak dihati tak terkata.

Semoga arwah ditempatkan dikalangan orang-orang yang beriman dan tenang disana..
dan semoga kami redha dan tabah dalam menempuhi dugaan dariMu, ya Allah.
Korang kalau free jemput TEKAN sini

25 Oktober 2014

Dua Hari Satu Malam 'terindah'

Assalamualaikum Reader...

Alhamdulillah, saat nie aku masih lagi berpeluang untuk bertaip taipan di ruangan ni. Hurmm rasanya dah beberapa hari aku tak singgah menjenguk, kan? Maklumlah sejak beberapa hari kebelakangan nie banyak sangat kerja yang tertanggu kat opis tu. Tertunggak gara-gara sikap sesetengah pekerja yang suka membuat kerja disaat-saat akhir, contohnya aku. Hahahaaa...

Okay, tutup cerita yang tidak berkenaan itu. Sebenarnya aku menulis disaat nie degan hati yang happy walaupun sedikit kepenatan. Kenapa aku happy? Kenapa aku kepenatan? Hahaaa aku happy sebab aku dapat menghabiskan masa selama dua hari satu malam dengan sahabat yang aku sayang. Dan aku kepenatan kerana sepanjang dua hari satu malam tu, kami menjelajah menerokai hampir keseluruhan pelusok bandar Terengganu. Ishhh.. bayangkan kami redah panas dan hujan semata-mata nak berjimba.. lalalalaaa

Okaylah, aku pun malas nak bertaip panjang berjela so apa kata korang cuci mata dgn sedikit gambar yang sempat kami rakamkan sebagai kenangan bersama..

Yeyeeehhh..Hahahaa dalam kereta sempat lagi kami posing..
Kimchi!!! Cakkkk.. si cantik tudung coklet tu #Moyang a.k.a Kak Oyienz
dan si comel yang semangat pakai seatbell tue pulak #Embak a.k.a fatin.
Hahaa dan yang muncung ala-ala muncung itik tu #Nenek a.k.a akulah!
Hurmmm #Opah aje yang tade dalam ni, sebab dia tak dapat nak join untuk
percutian kali nie.

Kimchi!! Cakkk.. setelah penant lelah panjat tangga akhirnya
kami sampai juga ke Bukit Puteri. Walahhh, bila duduk kat atas Bukit Puteri
ni, korang akan nampak sebahagian kawasan istana dan
bandar Terengganu.. Cantik sangat permandangan kat atas ni.

Penat mendaki tangga, kita pekena air segera dulu. Olalalalaaa, niat dihati kami sebenarnya
nak menghayati permandangan dekat sini lama-lama tapi memandangkan tiba-tiba cuaca bertukar,
maka kami pun terpaksa ubah plan. Risaulah juga, dengan kilat dan guruh, tiba-tiba hujan renyai
pulak dipetang hari.

Kimchi lagi!!!. Nampak tak background dekat belakang tu.
Itulah sebahagian kawasan di #Masjid Kristal.

Kimchi lagi!!! Gambar yang atas tue, kami snap pada sebelah petang
dan yang berdua posing tengah jalan tu pulak, kami
snap pada malam hari. Lawa pulak cahaya tanglung tu..

Cakkk! Kami berada di #Lorong Payang di #Kampung Cina berdekatan #Pasar Payang
Semangat giler kowt kak oyienz snap pic. Hahaaa muka serius habis kaw.!

Olalalaa kepenatan! hilang dah sedikit tenaga. Kami sekarang berada di #Lorong Chowkit.
Di lorong nie terdapat tulisan-tulisan cina yang lama dan ada sebahagian perkakas
zaman dahulu senja.Nampak tak pondok yang disebelah fatin? Itulah pondok telefon
pada abad ke berapa entah. dan si batu besar tempat aku menongkat dagu tu
pulak, sebenarnya itu adalah tempat simpanan surat. 

Senyum... Snap! Nampak tak background kami? Itulah #Masjid Kristal.
Kebetulan waktu kami datang, ada sepasang hamba Allah tengah menjalankan urusan
Akad nikah. So kami pun tumpanglah sekaki menghayati nasihat yang disampaikan
oleh Tok kadi buat pasangan pengantin tu. Apapun masih sempat untuk kami bergambar.

Smile.. cakk.. lagi di sekitar #Masjid Kristal. Waktu ni orang tengah berpusu-pusu
keluar dari masjid sebab majils akad nikah baru je habis. Apapun semoga pasangan pengantin
tersebut bahagia dipanjangkan jodoh, Amin.

Cakkk! Hahhaaa inilah hasilnya, kami tangkap gambar menggunakan camera poloried.
Alaaa camera yang versi Korea punya tu.. Bila kita tangkap, terus keluar gambar terus.

Kimchi...! ini pulak kami di #Pantai Teluk Ketapang. Nikmat giler kowt angin petang
dekat sini. Korang nampak tak myvi putih kat belakang tu?
Hahaa itulah transport yang banyak berjasa kepada kami. Olalalaaaa
Myvi putih hak milik Kak Oyienz (:

lagi sekali Kimchi!!! Sempat lagi kami posing berbeca..
nampak tak background? itulah suasana #Pasar payang :)

Cakkk! Akhirnya dapat juga kami posing dekat signboardnie..
Hahaaa inilah bukti bahawa kami pernah datang ke sini..

Kimchi lagi!!! Okay, dan ini pulakk tempat makan malam kami.. #D'Ganu Cafe
yang terletak di #Pulau Duyong. Dekat sini paling popular masakan Steamboat.
So untuk malam tu kami makan steamboat sambil menghayati siaran langsung
bola sepak, Kedah lawan Pahang. Hahaa nampak tak muka serius Fatin?
Alaa biasalah kak Oyienz dan fatin kan warga Pahang so diaorang mestilah menghayati bola tu
dengan bersungguh-sungguh. Hahahaaa tiap kali bola masuk goll, dengan selamber aje dyornag bersorakkk..
Oh ya lupa nak bagitahu, sebenarnya si fatin dan kak oyien nie memang hantu bola. So tiap kali ada perlawanan
pahang menantang apa-apa aje, comfrem muka diaorang akan terpacak dalam Stadium Darul Makmur tu.
#Nota Hati : Aku happy sebab dapat hang out dengan kesayangan-kesayangan aku. #Moyang #Nenek #Opah #Embak.. itulah panggilan manja diantara kami. Pada aku merekalah sahabat, merekalah adik, merekalah kakak pada aku. Sesungguhnya mengenali mereka merupakan satu rahmat buat aku. Biarpun kini kami hampir dua tahun sudah kami meninggalkan zaman kolej, namun ikatan persahabatan tetap untuh diantara kami. Walaupun jarak kami berjauhan namun wechat, whatsApp, twitter, instagram dan sebagainya tetap mendekatkan kami. Apapun semoga persahabatan kami berkekalan hingga sehingga ke Jannah, Aamin.

18 Oktober 2014

- Cinta Stadium Terakhir -

Assalamualaikum reader...

Tuhan, perubahannya semakin terlihat dimataku
Salah apa diriku, ku semakin merasa jauh
Mungkinkah rasa sayangku tak lagi bererti untuknya
Tuhan, aku sangat menyayanginya
Aku disini akan selalu menunggumu
Sampai bila pun aku akan menunggumu
Walau hati ini selalu kau sakiti
Kerana yang aku inginkan hanya kamu
Kembalilah, duhai kekasihku
Teruskan kisah yang telah terhenti
Ingatlah janji kita untuk saling setia
Walau aku tahu ini berat bagimu..



Take Note : Rasa sayang yang hadir jauh di dasar hati aku bukanlah satu permainan. Rasa cinta yang kian utuh kewujudannya bukanlah satu perjudian. Seharusnya kau bersyukur akan rasa cinta dan sayang yang aku tujukan untuk diri kau. Bukannya kau membalasnya dengan janji-janji palsu  dan menyakitkan hati aku. Sedarlah, ucapan sayang itu bukanlah satu kebiasaan yang aku tuturkan. Hanya yang teristimewa sahaja yang mendengar kata keramat itu terbit dari bibir aku. Mungkinkah bagi kau sayang itu tidak lebih sekadar dibibir dan langsung tidak terkesan dihati? Tolong, jangan pernah samakan aku dengan insan-insan yang pernah kau kenali. Jangan pernah bandingkan aku insan-insan yang pernah kau sayangi dan melukakan hati kau. Nilailah kehadiran aku dari suatu sudut positif. Anggaplah kehadiran aku merupakan sesuatu yang teristimewa di hati kau. Tolong, tolong jangan pernah menyakiti hati aku yang telah retak ini. Tolong jangan biarkan sama sekali hati aku pecah berderai..

16 Oktober 2014

- Kami kembali berjauhan, aku sedih -

Assalamualaikum reader...

Hai korang ! sihat? Good! Tak sihat? Padam muka! Hahahaa tade lah, cepat-cepat pergi telan ubat sebelum nak blogging, okay. Huhuhuuuu.. korang nampak tak tajuk kat atas tu?

Nampak ke tidak tajuk yang kat atas tu? Kami kembali berjauhan.. Mesti korang terfikirkan apa maksud tajuk aku tu.. Olalalaa sebenarnya esok (arini laa 16/10/14) abang kesayangan aku akan berangkat kembali ke Labuan. Labuan tu, jauh nyaaaaa... Sobb sobb sobbbb !_! katanya esok pagi flight 8:30Am dari Kuala Terengganu ke KLIA, then jam 11:00Am dari KLIA ke Labuan.

Rasanya macam sekejap aje, padahal dalam tak sedar hampir tiga bulan dah pun berlalu. Maknanya hampir tiga bulan sudah abang kesayangan aku tu ada dekat rumah. Hurmm.. nak dijadikan cerita, petang semalam tengah syok-syok kita orang berborak dengan family dekat ruang tamu. Tiba-tiba along (abang kesayangan aku) bukak topic perantauan dia. Katanya, pihak company dia dah panggil balik ke Labuan. Perhhh, senyap kejap aku dengar berita tu. Maknanya lepas nie tade dah geng aku nak buat gaduh dekat rumah. tade dah geng untuk aku ajak teman kuar bershopping. Oichh tidak..

Kekadang aku terfkir juga, kenapalah along tu kerja jauh sangat ea? Kenapalah sampai ke Labuan perginya semata-mata tuntutan kerjanya? Kenapalah dia tak stay aje dekat company di Kemaman tu? Kenapa sampai perlu ke Labuan. Oichhh.. persoalan yang aku tak ade jawapan sebenarnya. Tapi bila difikir-fikirkan balik, nak buat macam mana, dah memang rezekinya di sana. Nak tak nak, haruslah dia ke sana juga, kan? hishhh..

Tadi aku ada tolong menyibuk waktu along packing barang-barang dia. sempat jugak aku bertanya, bila lagi dia akan balik. Katanya maybe awal tahun depanlah kowt. Makkk aikk lambat lagi nak tunggu dia balik. hurmm entah.. malas dah aku nak bertaip.. kepala dengan blur + sedih + celaru + tak mampu nak berfikir..


Take note : Kepala tengah serabut, otak tengah celaru dan hati tengah sedih time aku bertaip-taip mencipta entry nie. Hahaaa aku pun sebenarnya tak tahu dan tak berapa nak faham apa yang aku tulis. Entah! malas aku nak baca, aku just taip dan terus taip apa yang terkeluar dari kepala time nie. Aku menulis sekadar untuk melepaskan rasa sedih yang bersarang dihati. Sedih sebab along akan kembali berjauhan dari kami untuk sekian kalinya dalam satu jangka masa yang lama. Apapun aku doakan perjalanan along selamat dan dipermudahkan. Semoga along selamat pergi dan selamat balik. Kami kat sini akan menunggu kepulangan along lagi. Huhuuuu kalau along baca entry nie mesti dia perli aku rapat-rapat. Hahaa dia tak berangkat pun lagi aku dah tunggu kepulangan dia. Nanti dia dekat sana berbulan-bulan macam manalah ye. Apapun semoga segalanya dipermudahkan. Bak kata along, "Along ke sana untuk mencari rezeki, even terpaksa berjauhan dari family tercinta dan tunang tersayang. Apapun jangan risau nanti balik along akan pastikan kek lapis Sarawak dan chocolate dari Labuan special untuk insan-insan yang along sayang". Apa-apa ajelah along, semoga along selamat dan dipermudahkan segalanya, Aamin. We love you!

14 Oktober 2014

- To The Light -

Assalamualaikum Reader...

I lost sight of my destination
The regret in my heart
doesn't stop sounding off
The sky becomes monochrome
And I quietly closed my eyes
I just wanna leave tonight
Having fallen and left behind deep
inside the darkness
I'm struggling
Even if everything disappears
I'll believe in the light that fills me or never see
I walked without even holding up an umbrella
What was falling at the tips on my toes
Weren't drops of roses
I just wanna leave tonight
Through the blue curtain there were no clouds
I certainly felt like I saw..
Who are you
It's as if you're melting away from there
I'll go as well now
I have to fight,
I have to go right now
 I just wanna reach the light...


11 Oktober 2014

- teringat kisah lalu -


kemana nak ku bawa hati dan jiwa ku yang resah
aku kecewa dan tersiksa kerana dirinya
dahulu dia sering disisiku
menemaniku sepanjang waktu
menghiburkan hatiku yang diulit pilu
tanpa disedari dan diduga
mahligai impianku roboh akhirnya
dia berlalu tanpa kata
membiarkan aku sengsara
ouh kekasih...
mengapa kau siksa ku begini
tidakkah kau rasa simpati
untuk ku luahkan hasrat hati
ku pohonkan kesilapan ku dimaafkan
dan berilah daku harapan
agar dapat ku titipkan
cintaku yang gundahan..


Take Note : Dalam diam tak diam, rasanya kini dua tahun hampir berlalu dan malam ni kejadian dua tahun lepas kembali mengingati aku. Pada tarikh yang sama dan pada waktu yang hampir sama aku dijadikan pesalah yang tidak aku ketahu apakah kesalahan yang telah aku lakukan. Aku.. aku kehilangan insan yang aku sayangi.. aku kehilangan gelak tawa dan telatah nakal dia. Rasanya baru semalam aku bersama dia tapi hari ni ternyata segalanya telah berubah tapi ada dua yang masih kekal sama. Rasa cinta aku pada dia dan rasa ingin tahu apakah salah yang telah aku lakukan. Ya, ingin aku ketahui apakah silap dan salah yang telah aku lakukan pada dua tahun lepas sehingga aku kehilangan dia sehingga ke hari ini. Ternyata dalam sedar tidak sedar, dua tahun sudah aku bersendirian. Oich, bersendiriankah aku? Hahaaa bersendirian lahh kowt. Alaaa setakat rasa syng dan crush tu ada laa, tapi tade laa sampai nak cinta bagai. Kenapa? well, sebab aku serik untuk jatuh cinta lagi. Pada aku, rasa sayang tue memang tak terbatas, so sayang laa sesiapa saja dan sayanglah apa benda sekali pun. tapi rasa cinta tu hanya untuk seseorang yang benar-benar mampu buat aku kehilangan arah untuk kemudi hati aku sendiri. Faham? Lol, kalau tak faham, tak pe. Abaikan aje, kata-kata merapu aku tu. Tapi apapun, jujur aku akui sehingga ke hari ni rasa cinta aku pada dia masih lagi ada. walaupun sekarang kami dah tak contact *tipu laa langsung tak contact. Ada juga dia contact aku sekali-sekali tapi aku tak reply sebab tak nak nanti dia gaduh dengan gf dia. Dia pernah cakap gf baru dia tu garang serupa singa lapar. Hahaaa..* Hurmm.. Aku masih tak mampu nak lupakan dia. Aku tak mampu nak padam kenangan-kenangan bersama dia. Dua tahun, bukan satu jangka masa yang sekejap tapi aku memang masih tak mampu. Hingga saat nie, tiap kali aku dengar sesiapa sebut nama dia mesti aku rasa berdebar.. Bila aku terpandang nama dia di facebook mesti aku down so aku ambek keputusan untuk terus block dia. Kalau boleh aku nak hapiskan semua benda tentang dia tapi aku tak mampu. Dan secara jujurnya aku akui, kenapa aku masih sendirian sehingga saat ni. Semuanya adalah kerana janji yang pernah kami ungkapkan dulu. Pernah aku bagitahu dia, biarlah dia menjadi cinta terlarang terakhir yang aku sayang dan aku harap aku akan menjadi cinta terlarang terakhir juga dalam hidup dia. Hurmmm.. tapi dia dah pun mungkiri janji-janji tue. Dia dah ada pengganti aku, just aku je yang masih sendiri. Apapun aku doakan dia bahagia dengan life dia. Aku harap aku mampu lupakan dia. Biarlah dia hidup sebagai lipatan sejarah di masa lalu aku. Semoga aku menemui bakal en.suami aku tidak lama lagi, Aamin (:

10 Oktober 2014

- My Alexandra -

I will never fall again
I will rise upon my time is dead!
Should I've been considering
By the time I've found my only one
Hush now. nothing to be scared
No one dare to blame my Alexandra
Fear not, poison of my love
You''re only cure my Alexandra
You weren't meant to suffocate
In this cruelty violent of the world
Should I never be absurd
Or am I the victim of my prey
Hush now. nothing to be scared
No one dare to blame my Alexandra
Fear not, poison of my love
You''re only cure my Alexandra
You're the only cure my...
Alexandra...

Take Note : Hai uall ! pernah dengar tak lagu ni ? lagu My Alexandra by Blitz Band. Pernah dengar tak tentang Blitz Band? Blitz ni adalah band dengan gerne muzik Pop Alternative, sanggup berevolusi dengan warna muzik yang sesuai dengan masanya tanpa mengurangi ciri mereka yang bertenaga, mereka tetap mewarnai karya dengan musikalitis yang khas, unik dan komersil. Band ni wujud pada April 2005.*waktu tu aku form 3, tengah buzy nak ambek PMR* Kiranya dah lama laa dyorang wujud, kan. Hahaaa tapi sebenarnya aku tahu tentang kewujudan band ni pada toun 2009, waktu tu kebetulan aku dengar lagu dyorang dekat fon kawan.

Aku ingat lagi, first lagi yang aku dengar 'Sepi Senjaku'. Waktu aku dengar lagu tu, aku tak tahu pun siapa penyanyinya. Sekali aku dengar terasa macam best pulak so aku pun dengarlah secara ulangan sehinggalah aku dapat hafal liriknya sekali. Okay, tapi apa kena mengena dengan lagu My Alexandra ni pulak ? Sebenarnya lagu My Alexandra ni, setiap kali aku dengar mesti emosi aku akan teralih. Teralih, tapi kenapa? Huh ! Teralih sebab gemersik yang aku dengar membuatkan aku teringat kisah lalu, kisah zaman study kolej dulu. Tiap kali keluar lepak, mesti lagu ni yang akan berkumandang dekat dalam kereta. Setiap kali karaoke, mesti lagu ni takkan ketinggalan dinyanyikan sekali. Setiap kali study group, lagi ni juga yang dipasangnya.

Bertapa besarnya nilai lagu ni pada aku. Kini zaman kolej telah lama berlalu. Tiada lagi 'My Alexandra' yang berkumandang di dalam kereta, di tempat karaoke dan di meja study. 'My Alexandra' kini hanya tinggal kenangan yang terpahat kukuh dihati. Tiap kali teringatkan zaman kolej dulu, mesti aku akan dengar lagu nie. Terbayang di ruangan mata aku, kami sama-sama lepak, bergurau bagai, kata-mengata, gaduh-gaduh manja, merajuk-merajuk ayam.. Hahaaa indahnya zaman study dulu.

Ouh rindu. Rindunya nak lepak Kuantan. Tengok wayang satu kelas, lepak mc'd sampai pagi, layan bola dekat Mamak Cafe, overnight dekat Pantai Teluk Chempedak, malam-malam pergi usyar bapok.. Hahaaa! ya, tue yang paling aku rindu.. kuikuiii.. 

Apapun, kini zaman study, zaman enjoy, dah lama berlalu. Sekarang masa untuk aku memikirkan hala tuju hidup untuk masa depan aku. (:



- Sepi Senjaku -

keheningan gelap yang memilu
cahaya awan yang menghiasinya
sanubari cerah sang mentari
menyulam bahagia..
kita berdua bagaikan malam dan siang
kan bersama hanya pada
waktu senja...
ouh kekasih..
kan aku menghiasi
sepi senjaku bersamamu
Ouh Tuhan..
satukanlah jiwa yang tak sehaluan
namun hati kita sama
dalam cinta..
Ouhhhhhh ~
kita berdua bagaikan malam dan siang
kan bersama hanya pada waktu senja..
yang suram..

6 Oktober 2014

- Biarku pergi -


Biarku ucapkan selamat tinggal
Kepada diri yang amat tersayang
Percintaan ini yang engkau akhiri
Penuhnya dengan keperitan

Hanya dengan lagu mampu ku sampaikan
Namun tak berdaya berdepan denganmu
Tak dipandang indah dengan cara hidupku
pastinya kau lihat warna terbenam malam


- Shukira -


Kerdipan mata yang indah
Senyuman manis dibibir
Gelak dan tawa yang riang
Memikat hati

Lalu ku luahkan
Kata cintaku kepada dirimu
Ku ingin engkau menjadi teman hidupku
Dalam hidupku hanya engkau yang ku perlu
Kerna kau saja yang mampu membahagiaakan hidup ini
Aku pasti tidak akan tersilap memilih dirimu
Kernaku percaya hanya kau yang sempurna

Kasih engkaulah permata hati
Dirimu tetap ada dihati
Cintaku tak akan berpaling pergi
Kerna cintaku setia padamu

Walau berjuta halangan melanda
Aku tak akan memilih yang lain
Kerna ku tahu kau yang terbaik
Aku terlalu menyintaimu
Shukira...

 Ku sedar diriku punya kekurangan
Namun kau masih memilihku untuk menjadi teman hidup
Kehadiranmu membawa seribu makna kebahagiaan
ke dalam hidupku, aku sayang kamu

Kasih engkaulah permata hati
Dirimu tetap ada dihati
Cintaku tak akan berpaling pergi
Kerna cintaku setia padamu..


- Kamu -


Kini kau ucapkan kata perpisahan
Setelah kau temui cinta baru dihati
Aku tak mengerti apa yang terjadi
Apakah ini hanyalah permainanmu

Namun ku pasrah dan aku tetap sabar
Ku terima dugaan yang menimpa
Andainya dirimu sedari
Aku sedang bersedih

Bila kasihku dipermainkan oleh kamu
Aku sesal dan terluka
Menahan pedih ini
Bila cintaku dipermainkan oleh kamu
Aku sedih dan menangis
Mengimbas kembali cintaku sayang

Masihkah cintaku ada dihatimu
Ingin aku tahu perlukah aku merayu
Indah dirimu bagai bidadari
Namun kau bukanlah untukku


Take Note : Jangan pernah mengungkap kata 'cinta' seandainya dia bukanlah yang kau cintai. Jujurlah dalam meluah perasaan bimbang nanti ada hati yang bakal terluka. Yakinlah degan hati, pasti nanti kebahagiaan yang ditemui...

- Gilakan Dia -


Semalam ku jumpa pakwe kacak giler
Tapi ku tak mampu menengurnya
Kesokan pula ku stalker facebooknya
Ku tahu dia tinggal dimana
Cerita yang aku ingin memilikinya
Ku tahu aku tak mampu
Aku mintak nombor dia taknak tegur
Dia suka gegurl badan comel
Aku cuba lagi dia taknak beri
Aku sangat runsing kali ini
Cerita yang aku bukanlah macam itu
Ku tahu aku tak mampu
Kalau dah gilakan dia
Dunia berubah menjadi Syurga
Aku akan tetap mencuba
Dia sombong aku suka
Benar kata orang tua-tua
Jangan suka-suka nanti jadi duka
Kalau nak bercinta tunggulah dewasa
Jodoh pasti ada akan bahagia selamanya..
Ku terus mencuba
Aku memang gila
Aku sangat suka pada dia
Tapi tak berjaya dia dah berpunya
Cubaanku hanya sia-sia
Ceritanya aku sudah menyerah kalah
Ku tahu aku tak mampu
Kalau aku suka
Sukar untuk melupa
Ku terus mencuba
Agar dia suka
Cerita yang aku ingin memilikinya
Ku tahu aku tak mampu


Take note : Lalalalaaaa aku gilerkan FTISLAND Band :)

5 Oktober 2014

- motif dituju 'Ghaib' -

Assalamualaikum Reader...

Korang buat apa tu? Wah, rajin pulak korang blogwalking sampai ke sini, kan. Hahaaa okay! Stop aku merapu. Pertama sekali, aku nak ucapkan SALAM AIDILADHA buat semua umat Islam di seluruh dunia. Semoga Aidiladha kali ini disambut degan meriah dan penuh keberkatan dalam lindungan-Nya selalu, Aamim.

Okay, uall jom kita layan lirik lagu nie. Sesiapa yang memahami dan fahami maksud disebalik lagu nie bolehlah share-share degan aku. Maybe maksud antara kau dan aku fahaminya berbeza kowt.

Ghaib by Imran Ajmain..
Biar ghaibmu suatu misteri
Tiada ku mencari
Sebarang pembanyang lagi
Biar bertanda tanya saja
Hatiku dah lama bertitik noktah
Biar, biarlah berlalu
Biar, biarlah begitu
Biar waktu mengubat rindu
Tiada ku mencari sebarang penawar pilu
Biarlah mereka tertanya-tanya
Hatiku dah lama berganti arah
Biar, biarlah berlalu
Biar, biarlah begitu
Mana pergi janji-janji setia disisi
Hanya aku yang tertunggu-tunggu
Waktu pun berjalan tanpa kesempatan
Kau hilang tanpa pesanan
Biar, biarlah berlalu
Biar, biarlah begitu
Biar ghaibmu suatu misteri
Tiada ku mencari sebarang pembayang lagi...

Take Note : Aku tak tahu apa motif Mr.Sunshine tuju lagu nie kat aku. Katanya kalau aku dengar lagu nie cubalah ingati dia dan seandainya aku memahami lagu nie maka pasti aku akan faham apa yang dia rasa. Huh! Pandai sungguh dia bermain kata. Aku? Aku tahu dia memang jenis 'Sweet Talk', tapi entah kenapa aku masih termanggu mengharapkan dia. Padahal aku dan dia hanya kawan. Kawan? Oich maybe dia yang anggap aku kawan tapi aku anggap dia sebaliknya. You are my crush, mr.Sunshine! Dalam aku jatuh sayang pulak kat kau, Mr.Sunshine.


Banyaklah orang menanam pulut
Saya seorang menanam pagi
Banyaklah orang karam dilaut
Saya seorang karam dihati..

Giveaway Pertama SitiSab

Assalamualaikum Reader..

Cakk.. cakk.. cakk..  korang rajin tak ? nak hadiah tak ? Nak ea, so apa kata kalau korang ramai-ramai memeriahkan lagi GA yang dibuat oleh si cantik manis, blog SitiSab ni.


Korang nampak banner kat ats tue? meriah, kan. Hahaa so jom TEKAN SINI untuk tahu lebih lanjut info dan syarat tentang GA nie. Hadiahnya RM100, so rugi kalau korang tak join. Mana tahu rezeki dan tuah berpihak pada korang, kan?. Okaylah, jom aku tag 4 orang rakan blogger


Tamat : 3 November 2014 [kemungkinan akan ada pindaan]


Segmen + Giveaway Sweet Sour by N|A

Assalamualaikum Reader...

Korang kreatif dan inovatis walaupun bukan artis ? Okay, good ! apa kata kalau korang GA ni sama-sama dengan aku. Hahahaaa bole laa sumbangkan karya terindah anda sambil-sambil tue menangi hadiah sekiranya anda seorang yang bertuah. Okay, aku pun malas nak meleter panjang berjela so apa kata kalau korang baca info kat bawah ni..


Jom klik link bawah nie untuk info seterusnya..


Tamat : 14 October 2014

Tajuk karya : KEMBALI

Kekasih aku pohon kau kembali
Tiada apa lagi yang ku pinta darimu
Kekasih maafkanlah diriku
  Kerna ku telah melukakan hatimu

Kembalilah jangan pula kau lupa
Kisah cinta antara kita berdua
Aku masih menyayangi dirimu
Aku juga masih mencintai dirimu

Jika ku teringat kamu
Akan ku termenung jauh
Engkau yang ku cinta,
kaulah yang ku sayang
Kembalilah kekasihku

Hanya engkau dihatiku
Diriku akan merana
Jika kau tiada
Didalam hidupku
Kembalilah kekasihku

Kekasih aku pohon kau kembali
Tiada apa lagi yang ku pinta darimu
Kekasih maafkanlah diriku
Aku juga masih mencintai dirimu

Kekasih benarkah sebenarnya
Tiada ruang dihatimu buat diriku
Kekasih maafkanlah diriku
Ku ingin kembali berada disisimu...
 Take Note : Tiada salahnya untuk kita merasai cinta, namun jangan jadikan diri ini sebagai hamba kepada sebuah cinta. Carilah kebahagiaan yang hadir bersama cinta. Sesungguhnya bahagia itu pasti datang disusuli cinta bukannya cinta yang wujud dalam kebahagiaan paksaan. Jujurlah dalam bercinta, pastinya hati akan sentiasa tersenyum indah..

3 Oktober 2014

- Aku bertangan kayu atau berhati buta seni -

Assalamualaikum Reader...

Krikk.. krikk... Olalalalaaa 'Aku bertangan kayu atay berhati buta seni '.
Alkesahnya, tadi tengah-tengah kebosanan tetiba aku tergerak hati nak belajar buat doodle. Doodle, apakah itu? Entah! Hahaaa.. aku tahu sebenarnya apa itu doodle tapi aku tak reti laa nak explin panjang lebar berjela-jela.

Okay, nak dijadikan cerita, dah terbayang di dalam kotak pemikiran aku. Alaa setakat buat doodle memang kacang laa. Huh! doodle je pun, senang sangat nak buatnya. lebih-lebih lagi aku nie jenis hampir 25jam melekat sokmo depan laptop. Hahaaa, aku dan laptop memang tak dapat nak dipisahkan. Well...

Maka, aku pun bukalah 'PhotoScape'. Mula-mula rasa blur laa jugak tapi still dapat control. Lama aku pandang skrin laptop. Aku tenung keyboard laptop. Oich blankkk sudah datang! Hilang semua ilmu untuk membuat doodle yang serba sedikit aku ketahui. Arghhhhh.. rasa macam nak angkat tangan kibarkan bendera putih tanda kekalahan. Tapi semua tue degan separuh hati jep. Then, slow-slow aku cuba. Aku klik dekat bahagian 'Editor'. Aku tekan 'Menu' then set 'New Page berbackground white'. Ok settle sampai di situ.

Langkah seterusnya aku klik perkataan 'Object' dan mulalah sesi menconteng. Banyak kali aku cuba tapi gagal. Sabar, hanya sabar yang aku mampu. Aku cuba lagi then gagal. Aku delete dan buat lagi. Tapi tetap gagal so aku delete lagi dan terus buat lagi. Ishhh.. entah berapa puluh aku aku buat dan delete. Banyak masa terhabis dekat situ. Tetiba aku berfikir, pelik.. Aku mampu kuasai drawing menggunakan Autocad. Aku mampu hasilkan drawing yang rumit tapi kenapa doodle yang sebegitu senang aku fail?

Maka di situ terhasillah sepotong persoalan aku. 'Aku bertangan kayu atau aku berhati buta seni'. Bagi aku aku berhati buta seni. Ya, tangan aku bukan tangan seni. Aku tak mampu untuk melakar karya yang terindah tapi tangan aku mampu menghasilkan drawing yang sempurna. Antara salah satu sebabnya, maybe kerana ilmu yang aku dapat dalam berkarya adalah secara tidak formal sebaliknya ilmu yang aku timba dalam penghasilan drawing adalah secara formal. Formal laa sangat, tiga tahun hampir retak kepala aku belajar. Hahaa..

Apapun setelah penat telah aku beruasah, hampir 2 jam lamanya akhirnya aku berjaya menghasilkan satu doodle. See my hand laa sayang! Hahaa tersenyum lebar aku. Yes, aku berjaya walaupun tak berapa nak cantik. Atleast aku puas hati degan hasil yang aku dapat. Alaa biasa laa, budak-budak baru nak belajarkan, so mohon jangan patahkan semangat aku dengan kritikan yang membunuh ya. Aku lempang laju-laju nanti kang!

Olalalalaaaa, rasanya cukup setakat ni aku merapu. Kuikuikuiii, aku pun dah penat jari nak menari menekan keyboard. Idea yang tak berapa bernas aku pun dah hampir kekeringan so sebelum aku bertambah merapu, mengarut dan meraban, better aku stop setakat ni.


Jom klik sini plak Blogbabyshambles


- GivEaway BirRthdAy We aLLs -

Assalamualaikum Reader...

Hey kawan-kawan jom kasi pecah.. Jom kawan-kawan meh kasi gempaq!!!
Korang nampak tak tajuk yang kat atas tu? Hah! tak berapa nampak ea, jom aku kasi bold kan besar gedabak ye.
GIVEAWAY BIRTHDAY WE ALLS.

Okay, dah nampak? Hahaaaa... (",)


My Birthday : 11 Jun 1990

Jom ramai-ramai pakat join GA Acik Watie ni.
Aku dah pun join, korang bila lagi?
Apa kata kalau korang pakat join ramai-ramai, baru laa meriahnya lebih sikit.