3 Oktober 2014

- Aku bertangan kayu atau berhati buta seni -

Assalamualaikum Reader...

Krikk.. krikk... Olalalalaaa 'Aku bertangan kayu atay berhati buta seni '.
Alkesahnya, tadi tengah-tengah kebosanan tetiba aku tergerak hati nak belajar buat doodle. Doodle, apakah itu? Entah! Hahaaa.. aku tahu sebenarnya apa itu doodle tapi aku tak reti laa nak explin panjang lebar berjela-jela.

Okay, nak dijadikan cerita, dah terbayang di dalam kotak pemikiran aku. Alaa setakat buat doodle memang kacang laa. Huh! doodle je pun, senang sangat nak buatnya. lebih-lebih lagi aku nie jenis hampir 25jam melekat sokmo depan laptop. Hahaaa, aku dan laptop memang tak dapat nak dipisahkan. Well...

Maka, aku pun bukalah 'PhotoScape'. Mula-mula rasa blur laa jugak tapi still dapat control. Lama aku pandang skrin laptop. Aku tenung keyboard laptop. Oich blankkk sudah datang! Hilang semua ilmu untuk membuat doodle yang serba sedikit aku ketahui. Arghhhhh.. rasa macam nak angkat tangan kibarkan bendera putih tanda kekalahan. Tapi semua tue degan separuh hati jep. Then, slow-slow aku cuba. Aku klik dekat bahagian 'Editor'. Aku tekan 'Menu' then set 'New Page berbackground white'. Ok settle sampai di situ.

Langkah seterusnya aku klik perkataan 'Object' dan mulalah sesi menconteng. Banyak kali aku cuba tapi gagal. Sabar, hanya sabar yang aku mampu. Aku cuba lagi then gagal. Aku delete dan buat lagi. Tapi tetap gagal so aku delete lagi dan terus buat lagi. Ishhh.. entah berapa puluh aku aku buat dan delete. Banyak masa terhabis dekat situ. Tetiba aku berfikir, pelik.. Aku mampu kuasai drawing menggunakan Autocad. Aku mampu hasilkan drawing yang rumit tapi kenapa doodle yang sebegitu senang aku fail?

Maka di situ terhasillah sepotong persoalan aku. 'Aku bertangan kayu atau aku berhati buta seni'. Bagi aku aku berhati buta seni. Ya, tangan aku bukan tangan seni. Aku tak mampu untuk melakar karya yang terindah tapi tangan aku mampu menghasilkan drawing yang sempurna. Antara salah satu sebabnya, maybe kerana ilmu yang aku dapat dalam berkarya adalah secara tidak formal sebaliknya ilmu yang aku timba dalam penghasilan drawing adalah secara formal. Formal laa sangat, tiga tahun hampir retak kepala aku belajar. Hahaa..

Apapun setelah penat telah aku beruasah, hampir 2 jam lamanya akhirnya aku berjaya menghasilkan satu doodle. See my hand laa sayang! Hahaa tersenyum lebar aku. Yes, aku berjaya walaupun tak berapa nak cantik. Atleast aku puas hati degan hasil yang aku dapat. Alaa biasa laa, budak-budak baru nak belajarkan, so mohon jangan patahkan semangat aku dengan kritikan yang membunuh ya. Aku lempang laju-laju nanti kang!

Olalalalaaaa, rasanya cukup setakat ni aku merapu. Kuikuikuiii, aku pun dah penat jari nak menari menekan keyboard. Idea yang tak berapa bernas aku pun dah hampir kekeringan so sebelum aku bertambah merapu, mengarut dan meraban, better aku stop setakat ni.


Jom klik sini plak Blogbabyshambles


1 ulasan:

  1. Awak mungkin bertangan kayu tapi awak bukan buta seni. Orang yang buta seni takkan hasilkan cerpen sebaik awak. Serius ni. Saya suka baca cerpen awak.

    BalasPadam

Take Note Bigfoot..1000 ♥