16 Oktober 2014

- Tempe ibu -

Assalamualaikum reader...


Tau tak bila kita mimpi, mimpi kita tu selalu mengarut-ngarut. Sekejap kita tengah makan pisang ditepi pantai then tetiba kita tengah berenang cari timun laut dengan Lee Hong Ki. Hahahaaa tak masuk akal langsung!

So malam tadi abang mimpi arwah mak abang iaitu Cik Hanim. Jalan cerita simple aje. Masa tu abang tengah lepak dalam bilik kat Sussex ni then tetiba ada orang datang ketuk pintu.

Bukak-bukak, tengok mak abang datang bawak sepeket tempe! Haha tak tau apa signifikasinya tempe tersebut.

Then kita orang lepak-lepak, borak-borak sampailah abang terjaga.

Lulz. Then bila tengok jam pagi tu, abang ternampak yang hari ni 14 hb 10. Which means dah genap sebulan abag kat tempat orang. And sepanjang sebulan tu abang tak pernah post apa-apa pasal CIK Hanim kat mana-mana. Mesti dia sentap lettuw. Hahahaaa...

Anyways, mak, orang tak lupa pun kat mak. In fact, pagi sebelum orang fly ke Uk, orang gigih cari bunga ros untuk mak. Sampai ke depan Batu Caves orang cari.

Then orang pegi rumah mak dan letak bunga ros tu depan pintu. Siap snap gambar lagi. Hahahaa

Orang dah terpikir nak upload gambar tu lama dah tapi tak berani. Sebab orang tau yang orang akan sedih time tulis caption.

Don;t worry, orang ok aje kat sini. Makan pakai semua cukup. Cumanya kadang-kadang ada teringat kat mak. Kalau mak ada lagi, mesti mak dok sibuk suruh cucu-cucu  tolong bukak skype sebab nak tengok orang, kan? Hahahaa

Thanks lah sebab melawat orang kat Sussex ni Thanks juga for that tempe. Hahahaa Oklah. Orang nak sambung tengok dunia. mak jaga diri kat sana. Al-fatihah :)

P/S: One of my greatest fears is happening. Abang dah makin lupa suara mak abang..


Take Note : Tengah-tengah meroyan dalam twitter tadi, tiba-tiba terasa idea muncul, maka terhasillah 'Tempe Ibu'. 'Tempe Ibu', sketsa kehidupan yang sering kali kita alami. Kata orang mimpi itu mainan tidur. Kata orang mimpi itu adalah petanda sesuatu yang akan berlaku. Dan kata orang lagi mimpi itu adalah petanda yang sesuatu perkara itu pernah terjadi dalam kehidupan kita. Entah! berapa puluh orang yang berkata-kata. Apapun fikir dan fahamilah sendiri. Belajarlah tafsir mimpi-mimpi yang dialami. Tapi jangan terlalu tabsub dengan segala mimpi-mimpi. Ada juga orang berkata, apabila kita sangat rindukan seseorang sehinggakan kita termimpikan dia, maka sebenarnya dia juga sedang merindui kita. Benarkah? Wallahualam..
 korang kalau free jom TEKAN sini

2 ulasan:

  1. Mimpi adalah serpihan ingatan dan jiwa seseorang, tidak kira betapa mengarutnya ia muncul. Mimpi mak yang membawa tempe itu sebenarnya ada maksud. Si anak rindukan kepada mak, dan jauh di dalam perasaannya dia tahu maknya inginkan si anak menjadi seorang yang berjaya dan berguna. Mimpi tentang makanan yang diperam seperti tempe, keju, tapai dan sebagainya merupakan simbol kepada harapan dan doa yang dipendam. Kemungkinan ia merujuk kepada harapan dan doa untuk anak yang sering dibawa oleh ibu semasa hidup.

    BalasPadam
  2. Mimpi itu mainan tidur. Kata orang mimpi itu maybe perkara yang akan berlaku ataupun yang telah berlaku..

    BalasPadam

Take Note Bigfoot..1000 ♥