14 Oktober 2014

- Gerhana Senja - PART 3

Assalamualaikum Reader...

Pergantungan persekolahan selama dua minggu benar-benar mengembirakan Alya Natasha. Ini bermakna setiap hari dia boleh bertemu Danny Burger untuk melepaskan kerinduannya. Bagaimanapun rancangannya itu tidaklah mudah untuk dilaksanakan kerana kali ini ibunya meletakkan syarat yang sangat ketat selepas peristiwa tempoh hari. Dia rimas dan semakin bosan. Keluar dari rumah tidak boleh lebih dari tiga jam. Pulang ke rumah mestilah sebelum pukul enam. Berbual dalam telefon tidak boleh melebihi sepuluh minit. Mengulang kaji pelajaran sekurang-kurangnya tiga jam sehari. Ahhh! Semua syarat-syarat ini benar-benar menyusahkannya.
Jangankan mengulangkaji tiga jam, mengadap buku lima belas minit pun dia sudah terlelap di meja belajar. Pun begitu dia sangat cekap dalam memastikan rancangannya untuk bertemu Danny Burger berjaya. Ibu yang terpaksa keluar mencari rezeki mana mungkin dapat mengikat anak daranya di rumah. Alya Natasha semakin berani melanggar syarat! Malam hari, dia akan meneruskan lakonan profesianalnya dengan berteleku berjam-jam di meja belajar. Puan Ramlah menyangka Alya Natasha sedang tekun menelaah pelajaran sedangkan sebenarnya gadis suntik itu khusyuk menulis lirik lagu yang berkumandang si corong radio.
Dua minggi dirasakan terlalu pantas berlalu. Dua minggu juga tidak dapat menginsafkannya terhadap apa yang telah berlaku. Alya Natasha masih belum mengakui kesilapan dirinya. Rasanya cuti belum puas dia berseronok menghadapi cuti dianugerahkan istimewa kepadanya itu. Esok dia harus menyambung persekolahan semula.
Ini bermakna dia terpaksa berdepan dengan tiga orang manusia yang paling dibencinya di dunia ini.
Alya Natasha termenung. Dia mula merancang untuk ponteng sekolah dan berjumpa Danny Burger di pasar lambak. Setelah memastikan yang rancangannya pasti akan berjaya, Alya Natasha tersenyum sendirian.
Dia memaukkan t-shirt dan seluar jeans ke dalam begnya. Tidak ketinggalan juga sikat, bedak, gincu dan alat-alat solek lain. Dia puas.
Keesokan paginya Alya Natasha sangat terkejut. Lain yang dirancang lain pula yang menjelang! Pagi-pagi lagi ibunya telah membuat kejutan dengan menawarkan diri untk menghantar Alya Natasha ke sekolah. Kebetulan kawan ibunya yang selalu menumpang ke tempat kerja hendak singgah ke sekolah sekejap bagi menguruskan urusan buku teks anaknya. Ahhh! Alya Natasha mula cemas. Kata ibu harus dituruti. Melawan atau membantah bermakna dia harus pulang ke kampung dan tinggal bersama nenak atau bapa saudaranya. Lebih baik ke sekolah daripada pulang dan tinggal di kampung.
‘Tak apalah. Mungkin esok aku ada peluang ponteng,’ Alya Natasha cuba memujuk hatinya.
Menunggu untuk melaporkan diri kepada Cikgu Siva adalah saat yang sangat menyakitkan bagi Alya Natasha. Terpandang Cikgu Siva berjalan ke pejabat, dia mengurut dada lega.
Di kelas, seboleh mungkin dia tidak mahu melayan pertanyaan kawan-kawannya. Dia sekadar tersenyum dan sengaja memekakkan telinga apabila kejadian emaknya menyerang sekolah ditimbulkan.
            “Mana buku nota Sejarah awak?” Cikgu Salma bertanya.
Alya Natasha menggaru-garu kepalanya yang tak gatal. Dia berpura mencari sesuatu di dalam beg walaupun dalam beg itu tiada sebuah buku pun. Pada masa yang sama, seorang pelajar kelas lain mengetuk pintu memanggil Cikgu Salma dan kerentak itu juga Alya Natasha mengenyitkan mata kepada Chim yang duduk di barisan sebelahnya.
Chim sudah faham dengan isyarat rakannya itu dan menghulurkan buku nota Sejarahnya. Selepas bercakap sesuatu dengan pelajar tadi, Cikgu Salma masuk dan kembali ke meja Alya Natasha melihat buku nota Sejarahnya. Kali ini dia tersenyum.
            “Tengok pelajar-pelajar. Ini yang saya mahu. Perubahan sikap masam inilah yang saya suka. Bagus Alya Natasha. Teruskan usaha. SPM dah tak sampai tiga bulan lagi. masih ada peluang untuk awak.”
Alya Natasha membuat muka selamba. Sampai keluar air mata Yati dan Zira menahan ketawa melihat kelakuan Alya Natasha yang berpura-pura bodoh itu. Mereka memang arif sangat dengan perangai Alya Natasha yang malas menyiakan sebarang kerja rumah.
            “Ha, awak Kiera! Apa fasal kerja rumah yag sedikit ini tak dapat siapkan. Sekolah datang setiap hari. Tengok Alya, walaupun dia tidak datang sekolah tetapi kerjanya bagus. Apa pun waktu rehat nanti awak jangan keluar dan habiskan kerja awak di tempat saya. Sebelum waktu balik, awak harus tunjukkan kerja awak.:
Kiera terperanjat. Serentak itu air matanya mengalir perlahan. “Faham cikgu,” Dia menjawab lemah.
Sehingga waktu rehat, Alya Natasha pening mencari helah demi helah bagi melepaskan diri. Dia tidak sanggup berhelah lagi. dia harus mencari jalan supaya dapat memboloskan diri dan pergi ke tempat Danny Burger.
Setiba di pintu pagar sekolah, sesuatu yang cuba dielakkannya berlaku juga. Kelihatan Fendi sedang bertugas dengan seorang pelajar baru yang agak asing pada pandangannya. Pelajar tersebut tidak memakai seragam pengawas.
            “Lagi satu bala! Lepas ini entah apa lagi yang akan berlaku kepada aku.’ Alya Natasha panic. Dia malu kepada Fendi. Pelajar baru tu…. Ahhh! Lantaklah! Dia bukannya kenal aku!
            “Hi Alya! Nak ke mana gopoh-gopoh ni?”
“Saja jalan-jalan ambil angin.” Spontan dia menjawab tanpa berfikir panjang.
            “Cuti panjang hari tu kemana?”
Alya Natasha dapat merasakan yang darah menyirap ke seluruh mukanya. Wajahnya merona merah. Pelajar lelaki di sebelah Fendi sedang membaca sesuatu tanpa menghiraukan perbualan dia manusia di hadapannya.
            “Oh ya! Petang nanti kita ada latihan kawad. Alya boleh hadir kan?” Fendi seolah-olah lupa pada sindirannya awal tadi. Alya Natasha hanya mampu mengangguk.
            “Kita ada komanden baru tau. Kenalkan, ini Farid, pelajar baru sekolah ni.” Badrul memberikan senyuman. Alya Natasha membalas. Senyuman mereka bertaut.
            “Rid, ini Alya pelajar tingkatan lima yang paling aktif.”
Alya Natasha terperanjat. Dia tidak dapat menangkap maksud Fendi adakah memuji atau sekadar menyindir.
Loceng berakhir waktu rehat menjerit nyaring. Semua pelajar berasak-asak memasuki kelas masing-masing. Alya Natasha terpaksa berpatah balik ke kelas. Perutnya berkeroncong hebat. Hari ini memang benar-benar malang! Dia tidak dapat meramalkan apa lagi yang bakal berlaku sehingga waktu petang. Kacau. Memang kacau.
----------------------------------
Pulang dari latihan petang itu, Alya Natasha berjalan pantas. Kawan-kawannya yang selalu pulang bersamanya ditinggalkan jauh di belakang. Dia tidak mengendahkan mereka walaupun berkali-kali Yati dan Zira memanggilnya. Mereka jadi hairan. Tentu ada sesuatu yang disembunyikan daripada kawan-kawannya. Sebenarnya dia berasa malu kepada Fendi dan Farid! Berkali-kali dia didenda berjalan itik tapi masih juga tidak boleh melakukan sesuatu aktiviti dengan memuaskan.
Setaip saat yang berlalu dirasakan sangat lambat. Walaupun kawan-kawannya sudah menaiki bas untuk pulang ke rumah masing-masing, Alya Natasha masih menanti bas dengan wajah yang muram. Sehingga hampir ke Maghrib, Alya Natasha masih tegah berdiri di tepi jalan menanti bas dengan penuh bosan. Dia cuba menelefon ibunya namun tidak diangkat.
            “Alya tunggu siapa?” Alya Natasya tergamam.
            “Bas.”
            “Mari saya hantar balik.”
Alya Natasha masih tidah berganjak dari tempatnya berdiri walaupun Farid sudah membukakan pintu kereta.
            “Marilah. Dah hampir senja ni. Nanti pakcik jaga akan tutup pintu pagar.”
Alya Natasha melihat sekelilingnya, hari beransur gelap. Dia berasa ngeri memikirkan cerita-cerota seram yang pernah didengarinya. Tapa sedar, Alya Natasha melangkah masuk ke dalam kereta Farid.
            “Rumah Alya kat mana?”
            “Taman Aman Desa.”
            “Jadi kena membelok ke kirilah, ya?”
Alya Natasha sekadar mengangguk.
Tiada perkara yang dibualkan mereka. Masing-masing melayan perasaan. Rupanya hari ini tidak semalang yang disangkakan! Sebaik Farid memberhentikan kereta, Alya Natasha terburu-buru masuk ke dalam rumah setelah mengucapkan terima kasih kepada Farid.
Sehingga tengah malam itu, Alya Natasha masih terkenangkan detik-detik manis menumpang kereta Farid. Dia tidak dapat melelapkan matanya. Sebaliknya terus memasang angan-angan.

---------- BERSAMBUNG ----------

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Take Note Bigfoot..1000 ♥