11 Oktober 2014

- teringat kisah lalu -


kemana nak ku bawa hati dan jiwa ku yang resah
aku kecewa dan tersiksa kerana dirinya
dahulu dia sering disisiku
menemaniku sepanjang waktu
menghiburkan hatiku yang diulit pilu
tanpa disedari dan diduga
mahligai impianku roboh akhirnya
dia berlalu tanpa kata
membiarkan aku sengsara
ouh kekasih...
mengapa kau siksa ku begini
tidakkah kau rasa simpati
untuk ku luahkan hasrat hati
ku pohonkan kesilapan ku dimaafkan
dan berilah daku harapan
agar dapat ku titipkan
cintaku yang gundahan..


Take Note : Dalam diam tak diam, rasanya kini dua tahun hampir berlalu dan malam ni kejadian dua tahun lepas kembali mengingati aku. Pada tarikh yang sama dan pada waktu yang hampir sama aku dijadikan pesalah yang tidak aku ketahu apakah kesalahan yang telah aku lakukan. Aku.. aku kehilangan insan yang aku sayangi.. aku kehilangan gelak tawa dan telatah nakal dia. Rasanya baru semalam aku bersama dia tapi hari ni ternyata segalanya telah berubah tapi ada dua yang masih kekal sama. Rasa cinta aku pada dia dan rasa ingin tahu apakah salah yang telah aku lakukan. Ya, ingin aku ketahui apakah silap dan salah yang telah aku lakukan pada dua tahun lepas sehingga aku kehilangan dia sehingga ke hari ini. Ternyata dalam sedar tidak sedar, dua tahun sudah aku bersendirian. Oich, bersendiriankah aku? Hahaaa bersendirian lahh kowt. Alaaa setakat rasa syng dan crush tu ada laa, tapi tade laa sampai nak cinta bagai. Kenapa? well, sebab aku serik untuk jatuh cinta lagi. Pada aku, rasa sayang tue memang tak terbatas, so sayang laa sesiapa saja dan sayanglah apa benda sekali pun. tapi rasa cinta tu hanya untuk seseorang yang benar-benar mampu buat aku kehilangan arah untuk kemudi hati aku sendiri. Faham? Lol, kalau tak faham, tak pe. Abaikan aje, kata-kata merapu aku tu. Tapi apapun, jujur aku akui sehingga ke hari ni rasa cinta aku pada dia masih lagi ada. walaupun sekarang kami dah tak contact *tipu laa langsung tak contact. Ada juga dia contact aku sekali-sekali tapi aku tak reply sebab tak nak nanti dia gaduh dengan gf dia. Dia pernah cakap gf baru dia tu garang serupa singa lapar. Hahaaa..* Hurmm.. Aku masih tak mampu nak lupakan dia. Aku tak mampu nak padam kenangan-kenangan bersama dia. Dua tahun, bukan satu jangka masa yang sekejap tapi aku memang masih tak mampu. Hingga saat nie, tiap kali aku dengar sesiapa sebut nama dia mesti aku rasa berdebar.. Bila aku terpandang nama dia di facebook mesti aku down so aku ambek keputusan untuk terus block dia. Kalau boleh aku nak hapiskan semua benda tentang dia tapi aku tak mampu. Dan secara jujurnya aku akui, kenapa aku masih sendirian sehingga saat ni. Semuanya adalah kerana janji yang pernah kami ungkapkan dulu. Pernah aku bagitahu dia, biarlah dia menjadi cinta terlarang terakhir yang aku sayang dan aku harap aku akan menjadi cinta terlarang terakhir juga dalam hidup dia. Hurmmm.. tapi dia dah pun mungkiri janji-janji tue. Dia dah ada pengganti aku, just aku je yang masih sendiri. Apapun aku doakan dia bahagia dengan life dia. Aku harap aku mampu lupakan dia. Biarlah dia hidup sebagai lipatan sejarah di masa lalu aku. Semoga aku menemui bakal en.suami aku tidak lama lagi, Aamin (:

1 ulasan:

  1. Amin... Saya doakan awak jumpa bakal suami awak nanti dan kalau boleh macam romantik macam Encik Idham. Jgn garang mcm dia dah la. Hihihi.

    BalasPadam

Take Note Bigfoot..1000 ♥