“ Kalau ayah sebagai menantu, tak mampu menjaga nenek,
biarlah aku sebagai cucu, menjaga nenek bagi pihak ayah”
Kadang kala hati ini merintih. Aku tersepit diantara mak ayah dan juga nenek. Aku kasihankan nenek sebenarnya, nenek sudah terlalu tua untuk tinggal seorang diri. Hurmmm.. kadang kala menitis airmata ini memikirkan situasi nenek. Kesian, simpati, sedih pun ada. Dengan usia sebegitu, nenek tidak mampu lagi untuk menguruskan diri. Aku tahu nenek sudah tak larat tapi terpaksa gagahkan diri demi kelangsungan hidup. Nenek kesunyian sebenarnya, tinggal di rumah yang besar itu seorang diri. Dengan siapa nenek nak berbual, pada siapa nenek nak mengadu nasib. Ya, memanglah anak saudara tinggal di rumah sebelah, tapi mana perginya anak menantu dan cucu?
Nenek, bagi aku seorang wanita yang cukup tabah. Di usia muda, nenek merantau hampir setiap bulan untuk menjual kain batik dan soket. Huhuu ingat lagi, waktu tu aku masih kecil. Kebiasaannya hujung minggu, aku akan ke rumah nenek dan bermalam di sana. Adakala aku mengikut nenek ke bandar dan pasar besar bagi mencari stock kain batik dan songket. Bagi aku, nenek seorang yang kuat semangatnya. Selepas arwah atok meninggal, nenek tinggal seorang diri di rumah tersebut. Hurmmm mungkin dirumah tersebut banyak kenangan diantara mereka jadi itu salah satu cara untuk nenek terus mengingati arwah atok. Kebiasaannya nenek juga akan membuat kuih muih tradisional untuk dihantar ke kedai-kedai pada setiap pagi. Ya, kuih yang nenek buat sangat sedap. Nenek buat dengan penuh kasih sayang tanpa memikirkan keuntungan pun. Kata nenek, kalau itu rezeki kita, insyaAllah pasti akan jadi milik kita juga nanti. Nenek, hatimu terlalu murni. Jiwamu terlalu kental. Engkau seorang wanita yang tabah aku kenali.
Tatkala usia nenek beranjak, nenek tidak lalu meneruskan kerja menjual kain batik dan songket. Nenek juga tidak lagi membuat kuih untuk dijual. Nenek sering sakit-sakit. Ya, aku tahu kesihatan nenek tidak berapa baik. Tapi nenek kuatkan semangat untuk teruskan hidup. Andai nenek lemah, siapa yang nak jaga. Mungkin atas dasar itu nenek kian kental. Tapi sekental-kental nenek, tidaklah sekental mana pun. Dari hari ke hari, nenek seding mengadu sakit lutut setiap kali aku dan mak datang melawat nenek. Setiap hari nenek perlu makan ubat untuk meredakan rasa sakit itu.
Suatu ketika, aku sambung belajar. Mak cakap nenek sudah tinggal di Pondok Agama. Katanya, nak tumpukan perhatian untuk ilmu akhirat. Di Pondok Agama boleh dapat kawan yang sama usia, sama-sama belajar perbetulkan bacaan kalam Allah, sama-sama habiskan masa yang terluang, sama-sama mencari ilmu akhirat. Nenek ada balik ke rumah sekali sekala. Itupun kalau hari cuti yang panjang, puasa dan juga raya.
Kekadang terdetik dihati aku, nenek mungkin ambil keputusan untuk tinggal di Pondok Agama tu sebab tiada anak menantu yang mahu jaga dia. Mungkin nenek tak nak susahkan jiran tetangga sebab tu nenek ambil keputusan untuk tinggal di Pondok Agama, disamping belajar ilmu agama. Kalau tak silap aku lebih kurang 4tahun nenek tinggal di Pondok Agama. Akhirnya nenek ambil keputusan untuk kembali tinggal dirumah seperti sediakala. Katanya, ramai kawan-kawan seuisnya yang telah meninggal dunia. Bilik-bilik di Pondok Agama pun sudah banyak yang kosong. Hurmmm.. mungkin nenek sedih sebab ramai kawan-kawan nenek yang dah meninggal.
Kebelakangan ni, nenek sering menyebut soal kematian. Katanya, biarlah mati dirumah tu. Tak nak susahkan sesiapa. Hurmmm sayu hati aku setiap kali nenek sebut tentang tu. Katanya lagi, rasanya macam dah tak lama. Rasa macam dah dekat je. Ya Allah, sungguh hati aku merintih setiap kali dengar nenek cakap macam tu. Ya, pada zahirnya aku bagai tak peduli tapi jauh dilubuk hati, aku sayangkan nenek. Sungguh aku sayangkan nenek. Aku rindu suasana waktu kecil dulu. Meriah sungguh. Rindu nak ikut nenek pergi dengar ceramah agama di surau. Rindu nak ikut nenek naik bus pergi bandar. Rindu nak tolong nenek buat kuih. Semua tu takkan mampu lagi aku ulangi. Sungguh aku rindukan suasana waktu kecil.
Rasanya dah terlalu lama aku abaikan nenek. Hurmmm.. maafkan cucumu ini. Aku biarkan nenek berjuang seorang diri demi kelangsungan hidup sedangkan aku bergembira bersama mak ayah dan adik adik. Ya Allah, cucu apakah aku ini. Kejamnya aku. Aku sedar ayah gagal jalankan tanggungjawab dia sebagai seorang menantu kepada nenek. Takkan aku pun nak ikut sama jejak ayah. Hurmmm kejamnya aku. Ampuni aku, Ya Allah.
Hari ni, mak tiba-tiba tanya, bila nak tinggal dengan nenek. Aku cakap nantilah. Itulah ayat yang biasa aku jawab setiap kali mak tanya. Tetiba tadi mak cakap, nenek dah tiada dekat rumah. Nenek pergi rumah anak sedara dia. Nenek tinggal dekat situ. Katanya, nak mati dekat situ. Hurmmm lepas tu aku dengar esakan kecil mak. Aku keraskan hati dan diam. Sebenarnya aku terkejut, sedih pun ada dan terkilan apatah lagi. Sebenarnya aku ada plan nak tinggal dengan nenek sementara praktikal dekat sini. Tapi itulah, asyik bertangguh saja. Sampaikan tanpa aku sedar, mungkin nenek terkilan dengan sikap aku ataupun nenek penat menanti aku. Sesungguhnya aku adalah seorang cucu yang tidak bertanggungjawab. Hurmmmm.. aku sayangkan mak ayah dan adik adik aku tanpa aku sedar, aku sishkan nenek. Aku pun sayang nenek! Ya Allah, kejamnya aku. Aku fikri punya fikir, sampai bila aku nak macam ni. Sampai bila aku nak lepaskan tanggungjawab. Nenek dah terlalu tua. Au tahu bila-bila masa saja Allah boleh ambil nyawa nenek dan kami semua. Ya Allah, janganlah Engkau mengambil nenekku sebelum aku membahagiakan nenek. Berilah aku kesempatan untuk bahagiakan nenek walaupun hanya untuk seketika. Tolonglah, Ya Allah.
Aku cakap dekat mak, telefon nenek, suuh nenek balik nanti hujung minggu aku pergi rumah nenek dan tinggal dengan nenek. Aku dengar mak teresak-esak. Mak menangis. Ya Allah berdoanya aku. Hurmmmm.. aku terkilan dengan sikap aku. Tadi aku call nenek, tanya bila nak balik rumah. Nenek cakap tak balik dah. Aku tanya lagi bila nak balik, aku nak pergi rumah nenek, nak tinggal dengan nenek. Nenek cakap nanti lepas raya haji nenek balik. Aku cakap dekat nenek, nanti balik call lah. Nak pergi rumah nenek. Nenek tanya, sungguh ke tipu. Ya Allah, bagai nak luruh jantung ni. Malu pun ada sebenarnya. Nenek bagaikan dah putus harapan dekat aku. Hurmmm suara nenek pun macam tak mesra je. Macam tak puas lagi nak borak dengan nenek tetiba nenek dah bagi salam. Hurmmm aku cucu yang kejam!
Ya Allah, Engkau permudahkanlah urusan aku. Engkau bantuilah aku. Semoga nenek terima cadangan aku ini. Semoga nenek setuju untuk pulang ke rumah tu. Semoga aku diberi kesempatan untuk menjaga nenek. Biarlah aku yang berkorban. Biarlah aku yang menjaga nenek bagi pihak mak dan ayah. Semoga aku mampu bahagiakan nenek. Semoga nenek dilembutkan hati untuk kembali pulang. Ya Allah, sesungguhnya Engkaulah yang Maha Pengampun. Bantulah hambaMu ini. Berilah aku peluang untuk menjaga nenek. Hurmmm aku rindukan nenek. Ya, Memang kadang kala nasihat nenek mengguris hati aku. Tapi aku tahu, nenek ikhlas menasihati aku. Memang kata-kata nenek kadangkala agak tajam, tapi aku tahu itu untuk kebaikan aku. Ya Allah, tolonglah hambaMu ini. Berilah peluang untuk aku mewarnai hari-hari terakhir nenek. Semoga aku sempat membahagiakan nenek.
Nenek yang aku kenal seorang yang kuat berceloteh. Huhuuu tetiba aku rindu dengan celoteh nenek.
