Ah! Sudah pukul sepuluh pagi rupa-rupanya. Selepas subuh tadi, aku terus sambung tidur. Langsung tidak sedar. Seronok kalau selallu begini. Boleh bangun lambat, tak payah fikir pasal kerja dan yang paling penting, aku tak perlu berjumpa lelaki tanpa perasaan itu. Amannya dunia ini. Tapi bila difikirkan pasal duit, aku menjadi semput semula. Di manalah aku nak pergi cari kerja? Takkanlah aku nak balik ke Terengganu. Bukan terengganu tak ada kerja, berlambak ada, tapi di Terengganu itu ada rumah mak ayah aku. Itu yang membuatkan aku berasa susah hati. tak rocklah tinggal degan mak ayah.
Tiba-tiba aku teringat Haikal, buah hati pengarang jantung. Kononlah pengarang jantung padahal penyerang jantung. Nama saja buah hati tapi rasanya dah dua minggu aku tak mendengar suaranya. Harap-harap dia dapat membantu aku. Lepas duit makan pun jadilah. Apa guna menjadi kekasih kalau tidak dapat membantu?
Aku turun dari katil dan mendapatkan telefon bimbit. Rasa-rasanya dia sedang bekerja. tapi tak mengapa sebab da bekerja bahagian kontena.
"Hello awak, rindulah." Aku bercakap degan perasaan gembira.
""Myra, saya tengah kerja ni. Nanti saya call balik," kata Haikal dan selepas itu bunyi tut tut tut berpanjangan. Haikal sudah menutul telefon bimbitnya.
Suara Haikal seperti tergesa-gesa. Pelik sungguh. Sejak akhir-akhir ini, Haikal seperti mahu mengelak saja dari bercakap deganku. Nak mengajak untuk berjumpa juga payah. Aku mula berperasaan tidak sedap. Adakah Haikal sudah beralih arah? Rasa-rasanya cinta kali sudah cukup kukuh, takkan semudah itu dia mahu menyikgkirkan aku?
Ah! Pening. Baik aku sambung tidur.
"Weh, Myra! Kau tak kerja ke hari ni?" soal Iza sambil menyenggol kakiku. Pada mulanya secara perlahan, tapi bila tiada sebarang maklum balas dariku, Iza mula menggoyangkan kakiku secara kasar.
"Karang aku simbah juga dengan air!" kata Iza apabila aku masih mengeraskan badanku. Aku masih tak mahu bergerak. "Eh, kau tak kerja ke hari ni? Dah pukul berapa ni!" Iza bertempik. Sakit telingan dibuatnya. Ingatkan dia kawan aku saja, kalau orang lain, terpaksalah Iza menempah gigi baru pada hari ini.
"Dah, dah. Tak payah nak kejutkan aku. Aku dah letak jawatan semalam. Aku berhenti!"
"Kenapa pula ni?"
"Ah! jangan tanyalah. Buat aku sait hati saja!" jawabku dengan mata yang masih terpejam.
"Weh, makcik. Senang-senang datuk nenak kau aje nak berhenti ya? Habis surat cinta kau dengan PTOTN kau tu siapa nak jawab? Tu, cik mek molek kau tu apa cerita? Kau nak mintak subsidi mak ayah kau pula? Kalau orang tua kau kaya, lain cerita. Ka nak menyusahkan mereka lagi ke? Memang dasar tak sedar diri!" bebel Iza. Iza ni nak makan sarapan degan penampar aku ke? Membebel mengalahkan nenek sihir dari Jawa. tak reti berhenti langsung. Dia keturunan cakap laju ke?
"Habis, mana aku tahan kerja degan orang serupa hantu raya. Bertempik macam orang tak ada okat. Dia ingat aku ni apa? Mak ayah yang bela aku dari kecil pun tak pernah tengking aku macam tu." Aku menjawab. Perlahan-lahan, aku membuka mata. Iza sudah lengkap dengan pakaian rasmi hotel, tempat dia bekerja. Iza atau nama penuhnya Haliza Natasha binti Haziq memandang aku tepat. Disebabkan nama dia panjang sangat, jadi aku memanggilnya Iza saja.
"Kau janganlah tiou aku. Aku kenallah kau siapa, Myra. Bukan sehari dua aku berkawan degan kau. Dah masuk lima tahun, tahu tak. Dah masak sangat, Kau tu kepala bini bos. Mana boleh orang marah sikit." Anak Pak Haziq mencekak pinggangnya pula. Dia ni memang layak memegang watak mak tiri. Geram saja aku melihatnya.
"Weh, agak-agaklah. Aku mana tahan degan orang gila tu. tak tentu pasal marah aku, macamlah aku ni tak tau buat kerja."
"Eh! Kalau kau buat kerja betul, mana ada orang nak marah tak tentu pasal?! Ni mesti kau buat kerja tak betul. Tu yang bos kau marah. Orang gila pun kadang-kadang mana suka marah tak tentu pasal/" Iza seperti sedang memujuk aku, tapi yang selebihnya dia mengutuk aku sebenarnya.
"Kau apa tahu Iza. ce kay duduk tempat aku. Tak payah sebulan, sehari pun kau dah cabut. Inikan pula berbulan-bulan." Aku menjawab llagi. "Dulu perangai dia tak sangat macam tu. Sejak akhir-akhir ni memang melampau sangat. Tu yang aku tak tahan."
"Orang gila malam tadi ke?" Iza bertanya.
"Siapa lagi."
"Pelik, siap ikut balik sampai rumah. Ke dia dah syok kat kau." Iza gelak.
Aku terus memcampakkan bantal ke mula Iza. "Melampaulah tu. Agak-agaklah. Kalu orang gila tu syok kat aku, takkan dia nak maki hamun aku."
"Eh, kau nak kerja tak? Mak cik aky nak pergi Mekah. Jadi tak ada siapa nak uruskan rumah majikan mak cik aku. Kau kerja dalam empat puluh hari sementara mak cik aku pergi Mekah. Kerja senang. kau bersihkan rumah dia seminggu empat kali. Gaji dalam seribu empat ratus. Kau nak ke tak?" soal Iza. Aku memandang muka Iza.
"Sementara kau nak dapat kerja baru, apa salahnya kau cuba. Mak cik aku cakap majikan dia tu tak cerewat. Kau kemas rumah dia, basuh baju dia, lepas tu kau gosok baju dia. Kerja macam tu aje." kata Iza lagi. Bersungguh-sungguh dia bercerita. Bunyi seperti menarik.
"Bila boleh mula?" Aku terus bangun, Nampaknya tak sempatlah aku memegang gelaran penganggur.
"Hari ni kalau boleh. Sebab minggu depan mak cik aku dah nak pergi. Tapi kau lalu ke kerja macam orang gaji?" soal Iza sambul memandang aku dari atas ke bawah. Sah dia tak percayakan aku!
"Ah! Aku tak kisah punya. Janji ada kerja. Jangan kerja dengan orang gila meroyan tu, sudahlah. Dari aku waras, terus hilang ingatan. Kau tunggu kejap, aku pergi mandi," jawabku lalu bergegas turun dari katil. Aku tidak menoleh lagi. Aku tidak akan ingat apa-apa lagi. Apa yang penting, aku harus memulakan kehidupan baru sekarang ini.
--Bersambung...

.jpg)
.jpg)

.jpg)

.jpg)

.jpg)
.jpg)