29 November 2015
1 November 2015
Kisah Kala Jengking
Pernah dengar cerita tentang seorang lelaki yg ingin menolong kala jengking yg x dpt keluar dripada longkang.
Lelaki tu cuba nk keluarkan kala tu dri dalam longkang tapi kala itu menyerang setiap kali lelaki itu menghulurkan tangan.. begitu jugalah setiap percubaannya bila dia gagal.. datang seseorang menegur perbuatan lelaki itu “kenapa ingin dibantu kala jengking itu sedangkan kala jengking itu menyerang kamu setiap kali kamu ingin bantu nya?”
lelaki itu tersenyum lalu menjawab “jika kala jengking tak dapat meninggalkan sifat menyerangnya, kenapa harus saya tinggalkan sifat ingin menolong?”
30 Julai 2015
Allah ada tapi kita yang melupakanNya
bila mana dunia tak mengizinkan kau untuk menikmati bahagia - jangan mati
bila dunia tak izinkan kau punya orang yang boleh digenggam erat percaya - jangan mati
bila suara kau tak pernah di dengari walaupun dengan yang terdekat paling dekat denganmu - jangan mati
bila semuanya sentiasa tak adil bagimu
walaupun sedaya upaya
sedaya kudrat kau goncangkan jiwamu lahirnya syukurmu
tolong jangan patah
bila semua hati berkehendak busuk padamu
jangan lemah
kekal teguh
bila semua seolah mebuangmu
biarkan mereka
tetaplah utuh dirimu
bila bilah berkilau seksa meraung raung meminta nadi
mengilai n\ngilai manja kegairahan darah
jangan pernah kau pergi
bila nikotin terlalku seksi bermain main dimata dan bibir
jangan pernah kau dekati
bimbang nanti merana datang bertimpa
bila kelongsong sempit penuh kegelapan merayau rayau
meliuk liuk menggoda kau untuk terpelosok kedalamnya
jangan sesekali kau hampiri
mibang kau akan terjerumus
bila semua yang ada berkehendakan kau sendiri
rayu aku jangan mati
jangan bunuh jiwa itu
belai perlahan lahan
duakan jiwamu
rapatkan mereka
bersahabatlah dengan mereka
satukan dengan Tuhannya
sesungguhnya Tuhan sedang memanggilmu
untuk menghampiri dan duduk denganNya
kerana mungin kau sudah terlalu jauh berjalan tanpa henti
Tuhanmu merinduimu
minta pulang ke dalam pelukan paling hakiki
21 April 2015
Belajar dari kesilapan
Assalamualaikum
“aku dan dia dah putus…”
“kenapa?”
“aku dah x sayangkan dia. pelik bukan.tiba-tiba saja perasaan tu hilang”
“kau pasti dengan keputusan kau.kau x kesiankan dia? dia sayang kau…”
“kesian la jugak. tapi bila aku fikir balik. lagi kesian kalau aku teruskan. aku dah x mampu…”
“buatlah apa yang kau rasa terbaik….”
selepas setahun.
“aku geram. dia tipu aku. lepas setahun baru aku tahu…”
“kenapa? apa yang dah jadi…?”
“dia ada ramai perempuan belakang aku. dia tipu aku.aku rasa pedih. terlalu pedih…”
“kenapa kau pedih. kan perasaan kau dekat dia dah lama hilang”
“entah. mungkin rasa dikhianati. x dihargai.mungkin kalau aku sayang dia. sekarang aku dah longlai. separuh mati aku terluka. rabak. koyak. patah….”
“lupakanlah. jangan bebani hati fikiran diri kau dengan benda dah lepas ni…tidurlah dah lewat…”
“aku tak boleh stop. mata aku x boleh nak lelap .kecewa aku menggunung. otak aku overtime….”
.
beberapa bulan kemudian
“Aku selalu tertanya-tanya kenapa perasaan aku pada dia boleh hilang. Sekelip mata.”
“kau ada jawapan?”
…senyum “ada…mudah.”
“apa dia?”
“bila aku pandang semua benda yang jadi tu ada hikmah.aku mula refleksi balik segala apa yang aku dah buat.apa yang jadi dalam hidup aku.dan aku dapat jawapan.kau nak tahu?”
“kongsi lah…”
“Allah sayang aku. Dia taknak aku setia pada orang yang x hargai aku. Dia benarkan aku tahu kebenaran setelah setahun.mungkin masa tu baru kekuatan aku cukup untuk menampung kekecewaan aku.dan aku fikir-fikir balik, Allah beri yang terbaik untuk aku.sedangkan banyak benda yang aku lalai.hubungan aku dengan Allah aku terabai.”
“maksud kau?”
“aku banyak berfikir.refleksi balik segalanya.cari jawpan pada soalan-soalan aku.aku kadang-kadang lalai dalam mengingati Allah.leka dengan cinta lelaki.aku dah bazirkan masa,duit untuk cinta lelaki.aku dah sedar aku sepatutnya fokus cinta kepada Pencipta.nak tahu sesuatu?”
“teruskan aku dengar…”
“aku pernah tanya kenapa aku jumpa lelaki yang salah.sekarang aku rasa aku tahu kenapa.aku belum cukup baik.dan aku kena betulkan diri aku untuk dapat yang terbaik. Rasa cinta itu memang anugerah daripada Allah.tapi kita manusia ni lebih menghargai rasa cinta itu daripada Si Pemberi.
Kakak sepupu aku pernah cakap bila kita couple susah nak kawal bukan…rindulah sayanglah then gaduh sampai emo seminggu.lepas itu mula nak pegang-pegang tangan, bergambar rapat-rapat…sebab tu,lebih baik mencegah daripada mengubati bukan…”
“so sekarang?”
“aku tengah berjuang.menjadi lebih baik.doakan.selangkah.dua langkah…aku sedang berlari.mendekati Pencipta…”
“lelaki?cinta?”
“hanya yang Halal.janji Allah itu pasti.”
“kau yakin sekarang?rasa lebih baik?”
“alhamdulillah.semua jawapan-jawapan yang aku cari membawa aku pada Allah.aku nampak cahaya melambai-lambai dari jauh.cahaya itu yang buat aku bangun.dan ketenangan itu milik aku.sungguh,hikmah itu kalau dicari gali manisnya tiada berpenghujung.aku khilaf.sebab aku tahu Allah sentiasa ada, cuma manusia yang mencipta jarak.
Itu kata-kata yang aku rasa sesuai dengan situasi aku.mungkin dulu aku nak dekat dengan Dia bila nak sesuatu atau sedih kecewa saja.tapi sekarang aku dah sedar,faham tanggungjawab aku.Allah buktikan lagi sayang Dia pada aku dengan adanya perasaan ini.syukur ”
p/s : Semoga bermanfaat
MANUSIA : BODOH: tak belajar dari pengalaman sendiri dan tak belajar dari pengalaman orang lain PANDAI: belajar dari pengalaman sendiri tapi tak belajar dari pengalaman orang lain BIJAK: belajar dari pengalaman sendiri dan pengalaman orang lain….
14 Mac 2015
SEGMEN WWW.SITISHARINI.COM
![]() |
| CLICK BANNER TO JOIN! |
Cik Siti sedang melancarkan segmen bagi mewar-warkan penghijrahan storybyciksiti.blogspot.com ke www.sitisharini.com .
Jemput join semua ye. Thanks!! =))
Tarik tamat: 15/03/15
SEGMEN MARI "TINGKATKAN FOLLOWER BLOG
Follower ke -> 965 >_<
Syarat-syarat penyertaan mudah jer...:
1.Follow blog bonde : http://kumahuitu.blogspot.com
2.Follow IG bonde : zaidalifah aisheteru ( kalau yg dah follow tu, terima kasih banyak saja suka-suka, cuci mata )
3.Buat entri yang bertajuk: SEGMEN MARI "TINGKATKAN FOLLOWER BLOG"
4.Copy banner di atas dan backlink ke entri ini semula
5.Jangan lupa copy n paste url link di ruangan komen entri ini sahaja
1.Follow blog bonde : http://kumahuitu.blogspot.com
2.Follow IG bonde : zaidalifah aisheteru ( kalau yg dah follow tu, terima kasih banyak saja suka-suka, cuci mata )
3.Buat entri yang bertajuk: SEGMEN MARI "TINGKATKAN FOLLOWER BLOG"
4.Copy banner di atas dan backlink ke entri ini semula
5.Jangan lupa copy n paste url link di ruangan komen entri ini sahaja
5 Mac 2015
Andai Jodoh
Semakin jauh dan semakin laju
Langkah ini ku susun rapi
Ku cuba sedaya upayaku
Membawa diri ini pergi
Bukan mudah namun harusku berpura
Selindungkan titisan airmata
Pilu sepilunya hatiku terasa
Namun ku yakin kau juga rasa sama
Kerana kita saling cinta
Namun pertengkaran sering saja
Terjadi di dalam hubungan ini
Hingga harus kita berpisah
Tapi ku yakin ini sementara
Andai jodoh ini milik kita
Pasti di suatu hari nanti
Kita kan bertemu kembali
Kini terlerai sudah semuanya
Ku serahkan pada Yang Maha Esa
Ku relakan diri ini kecewa
Tiada seindah melihat kau bahagia
8 Februari 2015
30 Januari 2015
- Hidup student -
Rasanya dah lama aku tak buka blog ni, kan? Biasalah, kesibukan sikit semenjak memegang kembali tittle 'student'. Huhuuu 'student IKTBN Sepang'. Alhamdulillah, petang nie sempat juga aku blogging untuk seketika. Mengikut kata hati, terlalu banyak benda yang nak aku ceretkan di dalam ni, namun apakah daya masa seakan tidak mengizinkan. Kebetulan hari ni hari Jumaat, so untuk tengah hari aku dapat rehat lebih sikit, 2jam setengah, selalunya hari biasa sejam sahaja. Full stop.
Okay, tutup topic mukadimah tu, sekadang aku bkak topic baru ye. Setekat ni, alhamdulillah, hidup aku sebagai pelajar di IKTBN Sepang ni masih lagi dalam kawalan diri sendiri. Means, setiap aku pegi kelas macam biasa. Waktu rehat, aku akan rehat. Waktu balik aku akan balik. Maksudnya tiada istilah ponteng memonteng, ye. Classmate aku pun alhamdulillah semua dapat masuk kepala. Walaupun aku seorang aje gegurl untuk couse ni, tapi diaorang tak pernah menidah dan mengabaikan kewujudan aku. Begitu juga lecture, mereka sentiasa memberi perhatian terhadap aku. Tapi, untuk Semester ni, kami terpaksa mengambil mata pelajaran kawad. Maknanya kami, pelajar Chargeman A1 (DLC02) akan berkawad pada setiap pagi dan setiap pagi rabu kami akan berkawad di hadapan kesemua staff dan pelajar IKTBN Sepang. Hurmmm kedengaran seperti payah, kan? Itulah hakikat yang kami harus lalui. Katanya pihak atasan, kami (DLC02) adalah pelapis dan juga roll model untuk pelajar lain di IKTBN Sepang. Omg!!! besar sungguh tanggungjawab yang diberikan kepada kami.
Wataniah. Kami, pelajar DLC02 diwajibkan menyertai Wataniah sedangkan untuk pelajar lain hanya terbuka kepada sesiapa yang berminat sahaja. Sekali lagi Omg!!! Hahahaaa.. itulah hakikat yang dilalui oleh kami para pelajar DLC02. aku tahu apa yang pihak atasan aturkan kepada kami adalah untuk kebaikan kami. Aku terima segala arahan tu walaupun tak berapa merelakan. Heheee, bab kawad tu aku tak kisah pun sebab aku memang sukakan aktiviti ketenteraan. Tapi paling aku tak dapat terima apabila kami diminta berlari dua pusingan sebagai tanda memanaskan badan sebelum berkawad. Oickkk! masuk aje bab berlari, akulah orang pertama yang akan semput. Serius, dengan berat badan aku sekarang banyak aktiviti aku terbatas. Tapi apa pun aku harap semua ni akan memberi sinar yang positif kepada aku dan rakan-rakan DLC02 yang lain.
4 Januari 2015
- Warkah untuk dia -
Assalamualaikum..
Sekilas pantas kau berlaku pergi, berlalu pergi sekali lagi..
Tidakkah kau sedari, diriku yang disini tak mampu melangkah tanpamu disisi..
Adakah kau pergi kerna dia, dia yang telah membuat kau sengsara..
Tidakkah ku ada ketika kau terluka, mengapa mesti dia kembali lagi..
Aku yang menjadi saksi bila kau menangis, akulah yang temani tika kau sunyi..
Ku cuba sedaya upaya, demi membasuh luka yang kau rasa..
Tapi mengapa dia yang menghancurnya..
Cinta, ku hanya tak ingin kau merana..
Sungguh cinta ku tak sanggup melihat kau berduka..
Inilah sebebnya ku setia menemani, walaupun berkali kau usirku pergi..
Cinta, hanya satu yang ku pinta..
Bukalah matamu dia tak layak untukmu..
Telah pun berkali hatimu dihancuri, kerna dia juga kau usirku pergi..
Andai inilah kesudahannya, ku harus tabah dan terima jua..
Cinta ku doakan agar kau bahagia disana..
Jika suatu masa kau perlukan diriku, ingatlah cinta ku takkan jauh.
Awak..
Rasanya bagaikan baru semalam kita bersama. Awak genggam tangan saya,
kita beiringan meniti hidup berkongsi gelak tawa. Bahagia yang tercipta
bagaikan bukan kepalsuan. Bahagia yang dilahirkan ikhlas jauh disudut hati.
Tapi siapakah saya untuk mengukur nilai keikhlasan awak. Kan? Siapa sangka
dalam leka kita berbahagia akhirnya duka datang menerjah saya. Saya jatuh
terduduk, tak mampu untuk bangkit seketika mengiringi perkhabaran yang awak
sampaikan. Awak, apa salah saya? Awak, apa silap saya? Awak, kenapa sanggup
buat saya macam ni? Awak, kenapa bagi saya harapan palsu? Awak, kenapa bagi
janji dusta pada saya? Awak, sebenarnya terlalu banyak soalan yang nak saya
tanyakan tapi tak terluah. Saya sendiri tak pasti soalan mana yang patut
didahulukan. Saya buntu. Buntu dengan perilaku dan sikap awak yang berubah
dalam sekelip mata. Apakah sebelum ni sikap awak didepan saya hanya lakonan
semata-mata? Oichhh banyaknya soalan dalam kepala ni yang tak punyai jawapan.
Awak, tolonglah jawab soalan-soalan saya. Tolonglah, jangan tinggalakan tanda
tanya yang merimbun dalam kepala saya. Tolong, tolong bantu saya rungkaikan misteri
yang awak ciptakan. Awak, saat ni awak sedang bahagia bergelak ketawa disisi
dia. Tidakkah ada sekelumit ingatan awak terhadap saya? Saya nampak awak
berlawak jenaka dengan dia. Sampainya hati awak! Boleh lagi awak berjenaka,
kan? Hurmm.. padahal saya sakit hampir separuh mati kerana awak. Ingat tak
janji-janji awak kepada saya? Awak janji nak bahagiakan saya, awak janji takkan
biarkan airmata saya mengalir, awak janji akan sentiasa disisi saya, awak janji
untuk kongsi suka duka bersama saya, awak janji akan sentiasa ada dalam saya
susah ataupun senang, awak janji tapi awak tidak tepati. Awak jahat! Awak
kejam! Awak tipu saya. Awak cakap saya yang terakhir dalam hidup awak tapi
kenapa awak berpaling tadah. Awak, ingat
lagi tak kenangan kita? Ingat tak dulu, macam mana susahnya awak nak memikat
hati saya tapi kenapa sekarang senangnya awak rungkaikan ikatan tu. Oichh saya
sakit. Sakit dengan drama yang awak ciptakan. Awak cakap sayang saya sedangkan
awak ada dia. Awak cakap awak jujur setia dengan saya sedangkan awak bermain
perasaan dengan dia. Awak, saya ketahui ‘permainan kata’ awak secara tidak
sengaja. Pepatah mengatakan ‘Sepandai-pandai tupai melompat akhirnya jatuh ke
tanah juga’, sama macam awak. Sepandai-pandai awak menipu akhirnya saya dapat tahu
juga. Saya kecewa dengan sikap awak. Saya terkilan dengan perangai awak. Apa
yang saya rasai, biarlah sekadar saya meluahkan disini. Hurmm.. saya tunggu dan
terus menunggu. Ada baiknya awak sendiri memberitahu saya tentang hal ni.
Rasanya tak perlulah saya menangis, meraung, meratap didepan awak untuk meminta
secebis kepastian, kan?. Awak pun dah besar panjang, dah matang, dah pandai
berfikir jadi ada baiknya awak sendiri yang jelaskan kepada saya. Awak, hari
dah larut malam ni. Saya undur diri dulu tau. Penat dah saya menangis, letih
dah saya merintih, ada baiknya sekarang saya tidur untuk tenangkan hati yang
tengah bercelaru. Saya harap awak sentiasa gembira dan bahagia. Saya sayang
awak walau apapun yang terjadi. Awak, jangan nakal-nakal ya. Sentiasa ingat
saya selalu ya. Nanti ada rezeki, panjang umur kita jumpa lagi. Saya sayang
awak, sayang.
Nukilan,
Langgan:
Catatan (Atom)













