Rasanya dah lama aku tak buka blog ni, kan? Biasalah, kesibukan sikit semenjak memegang kembali tittle 'student'. Huhuuu 'student IKTBN Sepang'. Alhamdulillah, petang nie sempat juga aku blogging untuk seketika. Mengikut kata hati, terlalu banyak benda yang nak aku ceretkan di dalam ni, namun apakah daya masa seakan tidak mengizinkan. Kebetulan hari ni hari Jumaat, so untuk tengah hari aku dapat rehat lebih sikit, 2jam setengah, selalunya hari biasa sejam sahaja. Full stop.
Okay, tutup topic mukadimah tu, sekadang aku bkak topic baru ye. Setekat ni, alhamdulillah, hidup aku sebagai pelajar di IKTBN Sepang ni masih lagi dalam kawalan diri sendiri. Means, setiap aku pegi kelas macam biasa. Waktu rehat, aku akan rehat. Waktu balik aku akan balik. Maksudnya tiada istilah ponteng memonteng, ye. Classmate aku pun alhamdulillah semua dapat masuk kepala. Walaupun aku seorang aje gegurl untuk couse ni, tapi diaorang tak pernah menidah dan mengabaikan kewujudan aku. Begitu juga lecture, mereka sentiasa memberi perhatian terhadap aku. Tapi, untuk Semester ni, kami terpaksa mengambil mata pelajaran kawad. Maknanya kami, pelajar Chargeman A1 (DLC02) akan berkawad pada setiap pagi dan setiap pagi rabu kami akan berkawad di hadapan kesemua staff dan pelajar IKTBN Sepang. Hurmmm kedengaran seperti payah, kan? Itulah hakikat yang kami harus lalui. Katanya pihak atasan, kami (DLC02) adalah pelapis dan juga roll model untuk pelajar lain di IKTBN Sepang. Omg!!! besar sungguh tanggungjawab yang diberikan kepada kami.
Wataniah. Kami, pelajar DLC02 diwajibkan menyertai Wataniah sedangkan untuk pelajar lain hanya terbuka kepada sesiapa yang berminat sahaja. Sekali lagi Omg!!! Hahahaaa.. itulah hakikat yang dilalui oleh kami para pelajar DLC02. aku tahu apa yang pihak atasan aturkan kepada kami adalah untuk kebaikan kami. Aku terima segala arahan tu walaupun tak berapa merelakan. Heheee, bab kawad tu aku tak kisah pun sebab aku memang sukakan aktiviti ketenteraan. Tapi paling aku tak dapat terima apabila kami diminta berlari dua pusingan sebagai tanda memanaskan badan sebelum berkawad. Oickkk! masuk aje bab berlari, akulah orang pertama yang akan semput. Serius, dengan berat badan aku sekarang banyak aktiviti aku terbatas. Tapi apa pun aku harap semua ni akan memberi sinar yang positif kepada aku dan rakan-rakan DLC02 yang lain.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Take Note Bigfoot..1000 ♥