4 Disember 2014

- Kembali bergelar pelajar -

Assalamualaikum...

Hai reader..
Rasanya dah berkurun aku tak menjengguk masuk blog nie, kan? Huhuuu.. entah apa berita terbaru korang, aku sendiri tak tahu. Ok takpe, nanti aku follow up korang satu persatu, ye. Janji! heheheee..

Sebenarnya malam ni aku tergerak hati nak buka blog sebab aku nak share berita gembira kat dalam ni. Huhuhuuu.. aku berjaya sambung belajar lagi. Ye, aku sambung belajar. Couse apa? Dekat mana? Couse 'Chargeman' . Aku ditatawarkan sambung belajar di Institut Kemahiran Tinggi Sepang, Selangor.

Mesti ada yang tertanya-tanya, apakah itu 'Chargeman'. Kan? 'Chargeman' ataupun dalam bahasa bonda 'Penjaga Jentera Elektrik'. Oichhh sekali dengar macam pelik aje, kan? Hihiiii sebenarnya aku apply couse nie, setelah aku berjaya menamatkan couse 'Wireman' pada awal tahun aritu. Nak dijadikan cerita, memang dari zaman sekolah lagi aku dah plan. Aku nak dapatkan 'Wireman', 'Chargeman', dan seangkatan dengannya yang lebih tinggi lagi. Maybe ada yang memperlehehkan kemampuan aku. Ye, laaa.. aku ni gurl tapi berangan ambik couse yang dimonopoli oleh kaum lelaki, kan? Hahaaa peduli apa aku dengan kata-kata yang langsung tak membantu aku untuk terus mencerahkan masa depan aku. Alhamdulillah, aku maju setapak lagi dalam misi mengejar cita-cita aku. Hurmm... aku tahu couse 'Chargeman' lebih rumit dari couse 'wireman'. Kalau dulu, couse 'wireman' memanjang ada matematik, sistem kira-kira. Rasa-rasanya dalam couse 'Chargeman' mesti lebih rumit lagi matematik dan sistem kira-kira yang ada. Hohohohoooo... dari zaman sekolah sampai lah zaman IPT, aku dan matematik, add math, mamang tak dapat dipisahkan. tak sangka pulak, dalam dunia elektrik nie penuh dengan pengiraan. Penuh dengan sistem nombor-nombor. Tapi takpe, semua tue tidak akan sama sekali mematah atau melemahkan semangat aku. InsyaAllah, aku akan lebih bersemangat. 

Sebenarnya, aku tak sabar nak memulakan kelas. Tak sabar nak masuk kelas. Tak sabar nak pergi kelas pakai baju kurung. Heheeee... bayangkan selama dua tahun aku study 'Wireman'. Dua tahun dunia aku dibaluti jeans, t-shirt dan jaket bengkel. Huhuuu kekadang rasa teringin sangat nak pakai baju kurung bila nampak pelajar-pelajar couse lain pergi kelas berpakaian baju kurung dengan selendang belit-belit bagai. Oichh... tapi aku tak mampu sebab couse aku memang lebih selesa berjeans. Lebih selamat sebenarnya. Apapun, pengalaman dua tahun digelar pekajar 'Wireman' telah pun selamat aku habiskan. Huhuuu.. selepas nie, akan aku lalui dan kutip pengalaman digelar pelajar jurusan 'Chargeman' pula selama dua tahun setengah. InsyaAllah, semoga segalanya dipermudahkan.


Kawan-kawan, doakan segala urusan aku dipermudahkan, ye. InsyaAllah seandainya tiada arah melintang, aku akan melaporkan diri pada tanggal 05/01/2015, jam 9:30AM, bertempat di Institut Kemahiran Tinggi Sepang.

1 ulasan:

Take Note Bigfoot..1000 ♥