9 Oktober 2014

- Encik Idham & CIk Myra - PART 5

Assalamualaikum Reader...

Aku berasa cukup gembira dan kembali bersemangat. Haikal dan Encik Idham, sudah berjaya aku singkirkan buat seketika. Encik Idham juga sudah tidak menghubungiku. Mungkin dia faham kehendakku, jadi dia sudah tidak ambil tahu lagi.
Aku kembali datang kerja semula selepas dua hari bercuti. Baru dua hari tak mengemas, keadaan rumah itu mengalahkan kapal pecah. Masuk saja ruang tamu, sofa kelihatan tunggang-langgang, surat khabar dan bungkusan makanan ringan berterabur. Memang serupa sepuluh orang yang tinggal di rumah ini. Geram sungguh aku melihatnya. Itu belum masuk ke bilik tidur dia. Gamaknya bilik tidur lagi teruk.
Mula-mula, aku mengemas ruang tamu. Selesai di ruang tamu, aku pergi ke bilik. Hmmmm, dah agak. Memang teruk. Ini sudah serupa tongkang karam. Tak dapatku bayangkan bertapa ganasnya manusia yang tidur di atas katil ini. Melihat keadaan cadar, rasa-rasanya bukan seorang yang tidur di atas katil ini. Mungkin berdua. Tapi kalau berdua, mana boleh sejadah pun terbentang. Jangan tuduh yang bukan-bukan, Myra. Tak baik.
Entah bagaimanalah makhluk yang tinggal di dalam rumah ini. Tak sanggup aku bayangkannya. Bagi merehatkan badan, aku berbaring seketika di atas katil. Tapi cepat-cepat aku bangun bila teringatkan kot-kot tuan rumah di sini ada memasang CCTV. Mati aku nanti!
Selesai menyidai semua pakaian, sarung bantal dan cadar yang aku basuh tadi di ruang kering yang terletah di belakang rumah, aku ke ruang tamu semula. Kemudian langkah kakiku terhenti melihat ada seseorang di ruang tamu.
                “Encik?” Terkejut beruk aku sebaik sahaja melihat Encik Idham. Rasa menggeletar seluruh badanku. Mustahil aku bermimpi di siang hari. Jelas-jelas lelaki yang duduk itu Encik Idham.
                “Myra?” soalnya. Sah, aku bukan sedang bermimpi. Makhluk di hadapan ini memang Encik Idham. Kenapa harus aku bertemu dengan lelaki ini dalam keadaan begini? Ujuan apa lagi yang harus aku hadapi?
                “Encik buat apa kat sini?” Dengan suara yang berketar-ketar, aku bertanya.
                “Eh! Saya yang sepatutnya tanya soalan tu. Kenapa Myra ada di rumah saya ni?” Dia bangun dan menghampiriku. Aku berundur beberapa langkah. Dia juga seperti terperanjat.
                “Rumah encik? Ini rumah encik?” Aku sudah berasa semacam. Rasa seperti batu bedsar menghempap kepalaku. Takkanlah ini rumah dia!
                “Yalah. Ini rumah saya! Takkan rumah beruang pula!”
                Aduh! Aduh! Aku rasa kepala aku dah pening. Dah rasa berat sebelah. Rumah dia? Rumah lelaki tanpa perasaan ni? Arghhhhh! Kenapa jadi seperti ini?
                “Hah, yang Myra ni muka macam babun tertelan Panadol apa hal pula?” soal Encik Idham sambil melonggarkan ikatan tali lehernya. Kemudia dia membuka butang lengan baju kemeja yang dipakainya dan dilipat sampai ke siku.
                “Saya kerja kat sini!” jawabku perlahan. Malu pun ada. Mana tak malunya, aku bekerja sebagai tukang membersihkan rumah dia.
                “Kerja kat sini? Myra yang bersihkan rumah saya?” soal Encik Idham lagi. dia duduk semula. Kali ini dia menyilang pula kakinya ke atas meja sofa. Lagak pelakon samseng dari Nepal yang kalah bertumbuk.
                “Myra berhenti kerja semata-mata nak kerja sebagai tukang bersih rumah saya?” Encik Idham bertanya lagi. sakit sungguh hati aku.  Dia seperti memerli aku. Sakai! Aku langsung tak dapat berfikir. Sebabnya, cakaplah apa pun, memang aku juga yang terkena nanti.
                “Ke memang dah bersedia nak jadi suri rumah tangga. Sebab itu kerja pun ada berkaitan rumah tangga?” Dia menyoal lagi tanpa ada rasa bersalah langsung. Ikutkan hati aku, ingin saja aku mencili mulutnya. Biar padam muka.
                “Hah! Tolong buatan saya air!” Dia mengarahkan aku pula.
                “Saya bukan orang gaji. Saya tukang bersih rumah encik saja!”
                “Apa salahnya. Kebetulan Myra ada, tolonglah buatkan saya air sekali.”
                “Minta maaflah encik. Memandangkan encik dah balik, terpaksalah saya keluar dari rumah ni. Tak elok kita berdua-duaan macam ni. Nanti terjadi apa-apa kita juga yang susah. Saya balik dulu!” Aku tergesa-gesa mengambil beg galasku dan kemudian berlari-lari anak menuju ke pintu.
                “Myra, tunggulah kejap!” Encik Idham cuba menahan, tapi aku tidak mempedulikannya. Aku terus berlari menuju ke pagar. Aku langsung tidak menoleh lagi. lepas saja dari pintu pagar, au berlari sampai ke perhentian bas. Ketika aku duduk di situ, barulah aku tersedar, rupa-rupanya aku sudah menangis. Pipi aku sudah basah. Aku rasa betul-betul terhina, aku sendiri tidak tahu kenapa aku boleh rasa sebegitu sekali.
Ketika aku melayan rawan di hatiku, tiba-tiba aku terpandang kereta Encik Idham berhenti berhampiran dengan perhentian bas. Dia keluar dari dalam kereta sambil memandang aku. Aku bangun dan cuba melarikan diri tapi cepat-cepat pula Encik Idham mengejar aku. Setelah itu, Encik Idham memedang tangan aku dengat kuat.
                “Apa hal nak lari-lari ni? Kalau dalam rumah tadi saya boleh terima alasan tak nak berdua-duaan. Sekaran kita kat khalayak ramai. Apa lagi alasan Myra nak lari-lari?” soal Encik Idham dengan kuat. Dia menengking aku sama seperti dia menengking aku ketika di dalam ofis dulu.
Aku terdiam. Tidak mampu untuk bersuara. Nampaknya aku tidak seberani mana pun. Ternyata setiap kali dimarahinya, aku pasti akan terdiam.
                “Kita bincang,” kata Encik Idham sebaik sahaja melepaskan tanganku. “Kalau Myra lagi lagi, saya cium Myra kat sini juga. Saya tak kira!” tokoknya lagi, memaksa aku memandang wajah lelaki berkulit putih kecerahan itu. Kalau berani cubalah. Kalau tak rata muka itu, jangan panggil aku Umairah Alya binti Mohd Rusli.
Aku duduk di perhentian bas begitu juga dengan Encik Idham. Beberapa ketika kami hanya berdiam diri. Tapi aku tahu sedari tadi dia asyik memandang aku. Seram pula rasanya.
                “Tadi saya nak cakap apa?” Dia bertanya kepada aku lantas aku memandang mukanya. Tanya aku pula. Mana aku tahu dia nak cakap apa. Cis, buat perasaan aku bertambah panas saja.
                “Mana saya tahu encik nak cakap apa,” balasku garang. Wajahnya aku tatap.
                “Garang sangat ni, kenapa? Tak tentu pasal nak naik angin. Babun yang baru tertelan ubat gegat pun tak macam ni,” kata Encik Idham sambil memandang aku.
Aku menahan sabar. Karang kalau aku dah hilang sabar, ada juga yang terpaksa makan penampar aku. Ada hati nak jadi babun ke? Otak mereng agaknya.
                “Myra masuk kerja semula. Saya akan naikkan gaji kalau itu yang Myra nak dan saya janji takkan marah-marah Myra lagi.”
                “Apa?” soalku dengan garang. Muka juga aku masamkan sehabis boleh.
                “pekak ke? Saya cakap Myra masuk pejabat semula dan saya akan naikkan gaji Myra!” Suara Encik Idham sedah kedengaran kuat. Seperti itu dia nak aku percaya yang dia takkan memarahi aku lagi?
                “Tidak sama sekali. Selepas mak Cik Eton balik dari mekah, saya akan cari kerja lain!” balasku.
                “Boleh tak Myra jangan degil sangat? Penat tahu tak nak pujuk-pujuk ni. Cubalah dengar sikit cakap saya ni. Untuk kebaikan Myra juga.”
                “Saya bukan degil tapi saya dah serik nak kerja dengan encik!” Aku menjawab dengan berani.
                “Apa masalahnya dengan saya? Saya pernah buat gangguan seksual kat Myra ke? Atau Myra fikir saya ni lelaki yang tak berhati perut?”
Aku terdiam. Sendiri mahu ingatlah. Lagi mahu tanya pula. Nanti aku list satu persatu, mulalah terasa hati pula. Lu fikirlah sendiri.
“Apapun, saya tak nak lagi kerja di situ.”
                “Myra nak kerja kat mana lagi? Myra ingat senang ke nak cari kerja?”
                “Kerja kat mana-mana pun ada. Janji saya berusaha. Dahlah encik bus pun dah sampai tu. Saya balik dulu.” Aku bangun kemudian menahan bas.
                “Saya hantar Myra balik,” kata Encik Idham sebaik sahaja bas sampai. Aku tak peduli. Ingat aku teringin sangat menaiki keretanya? Minta maaf banyak-banyaklah! Tak ingin aku.
Encik Idham menarik tanganku. “Sekali lagi, saya minta maad kalau saya dah melukakan hati dan perasaan Myra. Kali ni saya serius dengan tawaran saya,” kata Encik Idham.
                “Dan saya juga berhak untuk serius dengan keputusan saya.”
Bas berhenti. Sebaik sahaja pintu bas terbuka, aku terus naik tanpa memandang muka Encik Idham. Apabila bas bergerak, hati aku juga bergerak-gerak untuk memandang Encik Idham. Perlahan, akhirnya aku menoleh wajahnya. Aku Nampak Encik Idham masih di situ sambil bercekak pinggang.
------------------------------------------------------
Fikiran aku bertambah serabut. Sejak pulang dari rumah Encik Idham sehingga petang senja sebegini, aku masih berasa buntu. Kenapalah aku harus dikaitkan dengan lelaki seperti itu?
                “Kenapa termenung?” soal Iza sambil menepuk bahu aku. Dia yang baru keluar dari bilik mandi, harum semerbak dengan wangian mandian.
Aku menarik nafas panjang, “Kau penah dengar perumpamaan, keluar mulut buaya masuk mulut harimau?” soalku sambil memandang muka Iza.
                “Ada juga sekali sekala aku dengar. Tapi yang aku kerap dengar keluar Sunway Pyramid, masuk Mid Valley!” kata Iza sambil tergelak.
Ah! Buat lawak pula Iza ni. Aku cakap serius, dia main-main pula.
                “Aku serius ni!”
                “Kenapa? Kau serius nak masuk mulut harimau ke?” soal Iza lagi.
                “Eee..” Aku mencekik Iza. Ambil kau! Saja nak panaskan keadaan.
                “Okay, okay. Ampun!” iza separuh menjerit sambil tergelak. Aku sedang panas hati, dia main-main pula. Jangan kata mencekik orang, bunuh orang pun aku sanggup dalam keadaan macam ni.
                “Kau tau sebab apa aku berhenti kerja?” soalku selepas itu.
                “Tau. Sebab bos kau yang garang serupa singa taraf antarabangsa tu.”
                “Kau tahu mak saudara kau tu kerja kat rumah siapa?”
                “Rumah ex-boss kau tu?” Iza meneka dengan penuh semangat.
                “Mana kau boleh tahu ni?” soaku yang turut bertanya dengan penuh semangat.
                “Ayat mua-mula kau sebut, kau ada sebut bos kau. Lainlah kalau kau sebut David Aramugan tadi,” jawab Iza selamba.
                “Argggh!” aku menjerit. Itu saja yang au mampu akukan ketika itu.
                “Betul ke rumah ex-boss kau?”
Aku tahk boleh nak menjawabnya sebab aku tak boleh nak bercakap apa-apa agi. Kepala aku memang betu-betul tengah serabut.
                “Errrr, kata moyang aku, salah satu tanda kita ada jodoh dengan orang tu iaah, ke mana pun kita pergi, kita tak akan dapat lagi dari berjumpa dengan orang tu,” kata Iza sambil tersenyum-senyum.
Aku menjeling Iza dengan jelingan yang paling tajam. “Kata nenek moyang aku pula, makan boleh sebarang makan, tapi cakap tak bileh sebarang cakap. Takut ayam bertelur kat punggung, kau bertelur kat dahi.” Aku membalas dengan selamba.
Iza tergelak sebaik saja mendengar kata-kata aku. Kuat dia gelak. “Kenapa tiba-tiba aku rasa macam bau nasi minyak ni?” kata Iza lagi.
Aku segera membaling banta sofa ke muka Iza. Kurang wajar betul!

----------bersambung----


2 ulasan:

  1. Best best best dan terbaik. Saya tak tahu nak komen apa cuma saya nak cerita ni sambung cepat. Hahaha. Nak tanya, kenapa awak panggil saya senior?

    BalasPadam
    Balasan
    1. InsyAllah nanti ada idea, akan disambung..
      saje panggil senior.. sebab awk cakap awk dah sem 5 kan.. kuikuiii senior lettuw :)

      Padam

Take Note Bigfoot..1000 ♥